Tuesday, 8 October 2013

Tentangan itu.

Sungguh aku risau untuk mengakui aku ditentang kerana jika ada penentangan pasti ada penentang. Kasihan kan mereka andai mereka tidak faham digelar penentang.

"Daripada Abi Abd Rahman bin Mas'ud r.a berkata. Seakan-akan aku melihat Rasul saw sedang menceritakan seorang Nabi dari Nabi-Nabi, selawat dan salam ke atas mereka, kaumnya memukulnya sehingga menyebabkan dia berdarah-darah, dan dia menyapu darah itu dari mukanya sambil berkata
        "Ya Allah ampunkan kaumku, sesungguhnya mereka itu tiada mengetahui "

(Muttafaq alaih)

Kita, keep moving.

Jadikan penduduk daerah ini adalah bilangan 313 di Mekah. Jadikan penduduk daerah ini, penggerak dan pemikir untuk medan amal yang sebenar.

Kita, keep moving.

Suatu saat, mereka pasti mengerti apa yang sedang kita lakukan. 

Kita, keep moving.
Dakwah dan tarbiyyah di daerah ini biar Dia yang uruskan natijahnya.

Jangan mempertikaikan keadaan, nama, jemaah andai engkau langsung tidak menghiraukan apa yang dibawa, tarbiyah yang dipupuk. Jangan, jangan.

Jemaah cuma wasilah, yang penting tarbiyyah. Pepatah Cina ada menyebut " Andai engkau ingin pergi laju, bergeraklah sendirian. Andai engkau ingin bergerak jauh, beradalah dalam sebuah kumpulan."

Sunnatullah itu pasti berlaku. Nabi pernah ditentang. Para sahabat pernah ditentang. Ulama pernah ditentang. Kita akan ditentang. Tetapi yakinlah engkau akan jalan ini. Jangan melatah. Itu warna hidup.

"Dear believer, don't despair. If He doesn't heal you today. He'll heal you tomorrow. The cure always come " [YM]

 Para Rasul semuanya diuji dan disakiti, Baginda nabi saw pernah dipulaukan, diusir, cuba dibunuh, diracun dan diperangi. Para sahabat demikian difitnah dan dimusuhi, Umar RA, Uthman RA, Ali RA dibunuh, Al-Hasan diracun, Hussin dibunuh, Abdullah bin Zubayr RA, Ad-Dhahhak bin Qays, Nu'man bin Basyir dan Khubaib bin Adyy pun dibunuh.

Salah seorang tukang seksa yang pernah ditugaskan memukul Imam Ahmad memberitahu setelah bertaubat bahawa :

" Aku telah menyebat Imam Ahmad dengan 80 sebatan yang jika aku pukul gajah dengannya nescaya ia akan jatuh ".

Tetapi Allah menguatkan sang Imam Ahmad agar teguh untuk menjadi ikutan ahli sunnah wal jemaah.

Imam Malik ra pernah menyebut " Tidak ada kebaikan bagi mereka yang tidak disakiti kerana urusan agama ini " [ Hilyah al- Awliya, Abi Nuaym]

Mereka disebat dan dibunuh. Kita hanya dimomokkan dengan kata-kata kosong.
Berbahagialah, Allah menyayangimu.

Kita inginkan pandangan kasih sayang dariNya. Kita, pandanglah manusia dengan kasih sayang.
Pandanglah dengan kasih sayang.

Orang yang menentang dan yang belum memahami kekadang memerlukan perhatian dan kasih sayang lebih.
Orang yang menentang kekadang memerlukan masa untuk berfikir semula, biarkan mereka.

Sungguh hati manusia Dia yang pegang. Jaga qudwah. Jaga qudwah. Jaga qudwah. Moga pengorbanan kita layak dijual beli dengan Allah. Ya Allah, saksikanlah aku mengorbankan perasaan dan jiwa aku dengan mujahadah menjaga kualiti jual beli, agar ujian ini menjadi saksi shahadatul haq aku. Bekerjalah !!

Hargai perbezaan, sayangi persamaan [kredit]
Allah ma3ana :')