Tuesday 21 October 2014

Runner #6 Ego atau mengalah

Sepatutnya cuma 5 minit dari kuliah ke rumah. Tetapi hari ni jadi setengah jam. What a hectic day and people we have. Sigh.

Dengan asap rokok berkepul kepul aku hisap sepanjang jalan bekas hembusan orang lain.

Oh thanks. Aku memang ada insurans.

Bayangkan aku menunggu lebih puluhan minit dalam keadaan berpeluh merembes membasahi baju dan yang paling menyesalkan ialah aku tak bawak buku langsung untuk dibaca. Tak dapat mengisi masa langsung.

Phewww setengah jam percuma je aku jual.

Pandang atas. Rumah tingkat lapan. Tahniah diri sendiri. Kau boleh *yosh*

Okay. Tolong lah terima hakikat rumah kau tinggi.

"Eh bila kau balik?"

"Baru je. Apa yang kau sepahkan dekat tempat aku tu?"

"Nanti aku kemas la balik. Kejap lagi aku nak keluar jumpa kawan. Kau tolong masak boleh tak?"

"Eh, bukan turn kau ke hari ni?"

"Ye la kan aku cakap aku nak jumpa adik. Sebab tu la aku mintak tolong kau"

"At least bagitahu lah awal awal" * terpaksa cakap dalam hati *

"Rul, boleh tak?"

"Ye la. Tapi kejap lagi la aku penat ni"

"Okay."

****

"Aku keluar dulu, Rul"

"Okay. Kunci pintu"

"Weh, tempat aku..."

"Balik japgi. Aku dah lambat ni. Byee"

Okay.

***

"Rul, malam ni kawankawan aku nak tumpang tidur rumah."

Ada mesej dari Syen.

"Okay. Boleh je. Tapi berapa orang?"

"Lima. Yang pernah datang dulu"

"Esok aku ada kuiz."

"Habis tu?"

Em.

"Aku takut takleh nak layan diorang"

"Kawan kawan aku kan."

Erk. Okay. Tarik nafas.

Memuliakan tetamu yang pertama. Serabut yang kedua.

***
Kenapa kadang kadang aku rasa dia tak pernah faham aku.

As kawan.

Aku cuba menjaga sebuah ukhuwwah tetapi gagal.

Mungkin aku terlupa menyebut nama dia dalam sujud.

Kadang kadang aku rasa 'penat' dipujuk.

Kenapa tidak pernah selesai?

Satu jawapan.
Kerana aku belum berjaya.

Teruskan berpenat walau terpaksa berlakon.

Kerana antara ego dan mengalah, aku memilih Tuhan.

"Dan kerana Tuhanmu, maka bersabarlah " (74:7)

Antara cheritera kita dan Tuhan, ternyata Dia tak pernah salah.



Wednesday 24 September 2014

Runner #5 Aku hidup.

9.00 am.

Sekali lagi catwalk dah masuk sepuluh round aku tawaf ruang tetamu. Mata tak lekang dari pintu.

"Salam. kau dah ada dekat mana?"

Mesej dihantar ke Akim. 

Beberapa minit kemudian tangan yang berpeluh memegang handphone vibrate.

"Kejap la. Aku on the way"

Sigh. On the way lagi. Dari 15 minit tadi tak sampai sampai lagi. Bukan jalan 'jem' pun pagi pagi.

Mengeluh. Salahkan orang lain.

Dua kesalahan aku dipagi hari. Sungguh, hari ini bukan permulaan yang salim (baca: bagus/sejahtera)

Sekejap aku duduk. Sekejap aku pegang buku.

Bagus jugak si Akim ni lambat, tersentuh la jugak buku buku di rak tu.

Sempat aku jamah beberapa. 

Jom tanya murobbi osem.
Ihya ulumuddin.
The Kite.
Fiqh Seerah.
Bekalan dalam jalan dakwah.

Sempat aku hafal. Tajuk je la.

9.25 am.

Sekali lagi ketidaksabaran memaksa aku mencari Akim.

"Nombor yang anda dial tidak terdapat dalam perkhidmatan kami..."

Haila Akim. Sejak bila kau pandai upah operator jawabkan call ni?!

Aku ingat waktu dulu. Memang kitorang sangat suka bergaduh. Bukannya sebab apa pun. Kadang kadang cuma perselisihan faham. Tetapi masam mukanya berhari hari. Lebih malang apabila kitorang sebilik, sekelas di kuliah, sesame street semunya lah.

Memang sengaja la ditakdirkan sekali. Biar cepat cepat pulih penyakit hati tu.

Akibatnya semua kerja tak menjadi. Ikhlas tu jauh sekali lah. Dah memasing mencuka, macam mana roh nak bersatu?

Patutla time hijrah Nabi mempersatukan muhajirin dan ansar terlebih dahulu supaya akan ada support system yang kuat. 

Keadaan semakin baik apabila masing masing mula menapak dalam jalan tarbiyyah.

Sekali abam naqib kitorang fire kaw kaw dalan usrah. Menusuk qalbu beb.

"Kalau ukhuwwah korang still tak settle settle sampai sekarang, cuba check balik takut takut iman korang palsu. Bukankah ukhuwwah tu atas dasar iman? Gabungan roh roh? Mana mungkin iman yang palsu dapat bergabung dengan iman yang segarbugar.."

Muhasabah tiga hari tiga malam. Memang menangis dalam toilet la nak lawan. 

9.40 am

Ada wasap masuk.

"Man, aku kat bawah. Kau dah siap ke belum?"

Bergegas aku capai beg dan hadiah.

" Abam Man, kitorang dah sampai Taman Astakiri"

Okay dah start berpeluh.

"Tunggu abam dekat pondok sebelah tasik"

Balas aku ringkas.

Akhirnya, pintu dibuka.

"Tu la kau, dah tahu nak jumpa hadek usrah yang kau tinggal kunci rumah dalam beg aku tu kenapa?"

"Ya la. Aku salah"

Malas melayan. Kalau tak, setengah jam tak habis.

" Okay aku pergi dulu. Ada pesanan? "

" Bawa diorang kepada Allah" Balas Akim.

Gulp. Padat. Cukup buat aku rasa tanggungjawab ni besar.

"Aku takut." Terluah jugak sesak di dada.

" Kau takut apa? "

"Aku takut aku gagal." 

Sejenak dia terdiam dan bertanya.

"Apa yang kau harapkan sebenarnya? "

Bersambung . . .

Kau terhenti. Berharap dapat berpatah balik. Tapi mustahil. Tawaran cuma ada dua.
Hidup mulia atau mati syahid.








Thursday 22 May 2014

Runner #4 Ukhti.

Cakap nak membina, kenapa menyepi?

***

Beberapa hari ni tak disibukkan dengan anak sendiri.
Yang ada pun anak angkat dan anak saudara :v

Cumanya aku mengepit untuk 'membantu' sebabnya taknak rasa menganggur dalam dnt. Tahu tak perasaan menganggur? Tunggu musim panas ni. Ada banyak anggur..

Disebabkan hal itu, aku merasakan Allah sedang menyuntik tarbiyyah lembut yang berbentuk peribadi. eheh

Orang panggil diabetes. Tapi aku panggil akhawatys.

*lap air mata dan hingus yang merembes*

Seminggu dua minggu setengah ni aku rasa aku kena sedar kehadiran ukhuwwah. Bukan selama ini tak sedar, cumanya separa sedar.

Yang kekadang kita berkawan dengan seseorang disebabkan hal tertentu.
Contoh?
Manfaat yang kita boleh ambil daripada dia.

Itu contoh . . .

Tapi aku rasa bukanlah aku berkawan disebabkan manfaat, cumanya nak menghargai logam yang dia ada.
Incase kalau orang tu pandai masak, kita berkawan sebab nak mintak resepi. pftt
Kalau orang tu pandai akademik, kita berkawan sebab nak ajak study sekali.
Kalau orang tu pandai buat status, kita bagi email dan password facebook. Okay ni tipu.

Mungkin akan ada certain orang yang aku tercuit hatinya apabila kita tak rapat dengan dia.
Adakah aku ni tak memberi manfaat kepada orang lain? - kata orang itu.

Wahai orang itu, jangan sedih. Ketahuilah andai seseorang menjauhkan dirinya darimu untuk seketika, bermakna ada peluang untuk kau memberi manfaat kepada insan lain. ~ ayat sedap hati.

Tak kisahlah apa pun sebab kita berkawan, satu benda bagi aku yang aku baru tersedar adalah mati.

Mati. Tahu tak mati tu apa.?
Bahasa islamiknya kembali menemui Allah. Bahasa daienya syahid. Bahasa mudahnya tiada lagi didunia, berjumpa di akhirat nanti.

Apa kaitannya mati dengan kawan ni? Pening seketika.

Bagi aku.
Aku merasakan setiap orang perlu ada saksi.

Dan aku, sedaya mampu untuk menjadi saksi kepada mereka. Meskipun aku sendiri tiada lagi saksi.

Saksi atas syahadatul haq yang kita syiarkan selama ni. Berpenat lelah menangis meraung sakit hati sendiri dalam dnt, tapi apa guna tiada saksi di sana. Nauzubillah.

Andainya seketika waktu lagi, salah seorang daripada kita mati, adakah dia mempunyai saksi?
Adakah kita mampu menjadi saksinya dihadapan Ilahi?

Kata ukhuwwah fillah. Apa guna andai tak mampu nak selamatkan sesama sendiri kat sana?
Debu-debu berterbangan. Nauzubillah.

Andai terasa sikit-sikit tu biasala. Pemanis agar-agar merah katanya. Hidup kena kental bro. Barulah legend.

Senarai nama orang yang kental
1. aku ( isi nama sendiri)
2. kawan aku ( sila type sendiri)

Cara aku bila rasa tak sedap dengan seseorang ialah cepat-cepat aku tegur dia. Tak kisahla panggil nama dia kuat kuat atau pergi peluk atau pegi salam atau hantar wasap smiley banyak-banyak atau post kat wall dia "you are my hunny bun sugar plum, you are my sweetie pie, you are my cuppycake " takdak kena mengena kann.

Haa? melawan fitrah kan haha
Dahla tengah marah, tetiba nak kena pergi tegur pulak.

Habis tu takkan nak biar syaitan perintah kot. Kenala lawan.
Cuba lah buat inshaaAllah hilang penyakit hati tu.

Dan satu benda yang aku percaya dalam hidup ialah manusia memerlukan harapan. Tak kisahlah dalam keadaan apa sekalipun, hembuskan sedikit harapan. Dan dia akan kembali hidup dalam nafas yang baru.

Andai Allah sentiasa memberi harapan kepada kita, takkanlah kita sanggup menguburkannya.

Impian aku untuk hidup kembali bersamasama akhawatys, dalam syurga tanpa memikirkan segala yang memenatkan.
Tapi aku tahu, dengan syarat dekat dunia kena berpenat penat, baru terbayar.

Salah satu benda yang aku sedang berpenatlelahan adalah untuk deal dengan akhawatys.
Kerana masing-masing ada mujahadah tersendiri. Janji yang dibina antara dia dengan Tuhan. Tak layak kita menghukum.

Apabila dua manusia sedang menambahkan caj positif, percayalah ada caj negatif yang cuba memerangi. Syaitan. Jangan tewas dengannya kerana dia bukan seteru kita.

 Kokohkanlah sebelum badai datang. Kerana kita adalah kekuatan badar.
-Chenta hati ana-


malam berlalu,
tapi tak mampu kupejamkan mata dirundung rindu
kepada mereka
yang wajahnya mengingatkan ku akan surga
wahai fajar terbitlah segera
agar sempat kukatakan kepada mereka
"aku mencintai kalian kerana Allah".

-Umar ibn Alkhattab-

ANA CHENTAAAA AKHAWATYS ANAAAAAA !!!!!!

mohon menangis ~

*sungguh orang yang memberi inspirasi kepada orang lain ialah orang yang banyak berperang dengan diri sendiri. Wahai T_T

p/s: selamat berchenta dengan ukhti ukhti ~

Friday 25 April 2014

Runner #3 Takdir!

Benda yang kita susah nak percaya ialah takdir bila ia tak selari dengan apa yang kita nak.

Boleh juga kita susah nak terima bila kita terpening pening fikirkan hikmah disebaliknya.

Dan bertambah tambah sedih bila yang diatur bertembung dengan sesuatu yang kita sayang.

Sungguh, Dia Maha Tahu apa yang kita perlu.

Mana mungkin Dia aturkan sesuatu, tetapi Dia tak bersama-sama.

Yakinlah. Dia nak kuatkan pergantungan kita.

Ada sesuatu yang lebih besar yang akan dihadapi.

Cuma, satu yang ditakuti.

Bila bertembung antara dua. Dan terpaksa memilih.

Andai tersalah pilih. Adakah tapisan disitu?

Mungkin aku merasakan ini adalah takdir. Tapi mungkinkah ini satu cara untuk tidak melibatkan aku dalam kerja kerja itu.

Astaghfirullah. Besar peperangan ini.

Ya Rabb, aku tak tahu ini rahmat atau musibah. Aku hanya bersangka baik dengan Kau.

Aku tahu kau iring aku setiap langkah.

Ajarkan aku redha.

Ajarkan aku berfikir besar.

Supaya aku tahu syurga sedang menantiku.

Dan kerana Kau, izinkan aku melangkah mengikut timeline yang Kau bina.

Pergilah kau segala zhon. Aku ada Tuhan yang memerhati.

Pergilah kau segala kesedihan. Perjalanan aku baru bermula.

Melangkah sebagai orang yang punya kekuatan.

Kekuatan dari Tuhan.

Dan wahai ukhti, andai kau melihat aku berat disebelah pihak.

Mohon tarik kembali.

Aku perlukan semangat dari kau.

Aku tahu kau wasilah dari Tuhan untuk aku terus berpijak dalam jalan yang kita imani.

Wahai dunia, kau bukanlah yang abadi.

Aku tak memerlukan kuasa kau.

Tapi andai itulah yang perlu diperjuangkan untuk maslahat yang lebih besar.

Aku korbankan diri aku untuk kepentingan ukhrawi.

Aku tidak akan tenggelam dalamnya dengan izin Ilahi.

Kerana aku tahu Tuhan sentiasa disisi.

Wahai Allah, dekat syurga nanti dah tiada kuasa dunia kan?
So, bolehlah kann aku fokus pada dnt :')
Tapi dalam syurga ada dnt ke, eheh

Hikmah itu perlu dicari.


Tuesday 8 April 2014

Runner #2

" Andai waktu ini adalah waktu yang terakhir, apa yang kau nak buat? "

" Ni cuma andaian je kan, so takyahla fikir, possible je tak jadi. "

" Andai waktu ni adalah saat terakhir kau tengok aku, apa yang kau akan buat dekat aku? "

Aku tersentap. Pehal pulak dia ni. Nak bergurau pon janganlah seram seram sangat.

Aku diam. Biar angin menjadi jawapan.

Hebat betul tamparan soalan yang dia bagi petang tadi, sampai sekarang kusut dalam fikiran. Tetiba aku tertanya, apa yang aku akan buat?

Dan memang la tu cuma soalan, tapi takdir siapa tahu?

Ah, kau lain sehari dua ni. Kenapa.? Syahid menjadi zikir. Senyum menjadi hiasan. Seolah pertanyaan kau adalah zahiriah perasaan rindu untuk kembali ke tempat asal kau.

Airmata aku mengalir tanpa malu dihadapan yang lain. kerana aku cemburu dengan kau.

Kau begitu yakin dengan jalan kau. Kau sangat sabar menghadapi waktu.

Kalau kau nak tahu, satu benda yang sangat aku kagumi tentang diri kau.
Semua orang mengatakan Allah adalah tujuan hidupku. Tetapi sedikit sekali yang mengerah diri kearah matlamat itu.

Tetapi pada kau, aku nampak. Kau bersegera ke arah Tuhan. Kau kata kau nak ikut jejak Nabi Musa; meninggalkan kaumnya dibelakang semata mengejar redhaNya. Kau nak meninggalkan dunia dibelakang kerana kau kata ajal waktunya tak tahu.

Kau kata satu benda penguat kau iaitu qiam. Waktu cinta kau dengan Dia.
Tapi aku masih bertatih menolak selimut ke tepi.

Setiap benda kau hitung pandangan Dia. Langsung tak hiraukan bisikan manusia yang melemahkan. Kau kata andai sesuatu itu baik untuk agama dan dakwahtarbiyyah, kau teruskan.

Aku nampak itu dalam diri kau. Tanpa kau definasikan kepada aku. Sungguh qudwah inilah yang diajar sehingga mampu menundukkan dua pertiga dunia pada pemerintahan Islam suatu ketika dulu.

Aku tak tahu kenapa aku masih memikirkan pertanyaan kau.
Tak dapat bayangkan andai kau tiada disisi aku. Aku sayang kau lah! Kenapa kau tanya soalan yang boleh buatkan jiwa kental aku menangis?!

" Kau kata kau ukhuwwah fillah dengan aku. Kenapa kau nak sedih bila aku tiada?"

" Habis tu tak kan aku tak boleh sedih kot"

" Kejap kejap sudah la. Kau yakin kan pertemuan kita Allah yang atur?"

" ye aku tahu"

"Aku yakin kau juga tahu perpisahan jugak Dia yang atur"

Okay. Aku terlupa yang kedua. Aku tahu tapi aku terlupa maknanya.

" Kau yakin ke kita akan berjumpa dekat syurga?" aku menguji.

" Aku yakin.Kita banyak berkorban untuk meneguhkan bata-bata islam. Kita bermujahadah untuk merelakan persahabatan ini ditarbiyyah mengikut acuan Ilahi. Aku yakin itu kerana kau sahabat syurga aku. Dengan izin Allah "

Sendu aku masih berbaki.

Aku kena 'pure'kan segalanya sebelum ditanam kembali. Kerana kita mendakwa kita ukhuwwah kerana Ilahi, korbankan segalanya yang tak islami. Redha dengan pemergian yang tak akan kekal dibumi.

Berkenaan soalan kau petang tadi,

 "Andai waktu ni adalah saat terakhir kau tengok aku, apa yang kau akan buat dekat aku? "

Jawapan aku, aku sedia menjadi saksi kau disana nanti. Kerana islam kau bukan sekadar mimpi.

Wahai, adakah aku punya saksi?

T_T

080414, 11.12pm.



Friday 28 February 2014

Jangan terlalu lama disitu.

Amaran : Post ini tak sesuai untuk kanak-kanak dan orang degil yang masih nak hidup dengan hati yang berpenyakit.

Saban hari manusia cakap soal mujahadah. Tak kisahla sama ada manusia tu aku, kau, dia, mereka, hampa, hang, mu, cek okay panjang pulak nanti.

memasing ada mujahadah tersendiri. itu tak pelik.

manusia tulis setiap minggu dalam list mutabaah amal senarai mujahadah. itu masih tak pelik.

tweet sana, post sana tentang mujahadah with caption "bantulah aku. aku sedang mujahadah dan aku tahu kau pun ada mujahadah. kita sama-sama menguatkan " itu biasa. semua orang buat termasuk aku.

cerita dekat murobbi bagaimana ketahapan mujahadah yang sangat susah sehinggakan murobbi tu pun rasa macam di tepi gaung anaconda sambil lap hingus yang meleleh-leleh menahan esak tangis. itu agak rare. mungkin tak semua orang buat macam ni.

yang peliknya. bila dia nak orang lain faham dia tengah mujahadah sedangkan diri dia sendiri pun tak tahu dia sedang mujahadah.

lagi pelik bila dia mujahadah benda yang sama sampai tiga empat lima minggu dan tiada peningkatan sikit pun. sampaikan hati dia sendiri dah penat dan lali dengan 'mujahadah' dia.

kesannya mujahadah dah jadi benda yang biasa. sekadar di mulut dan dikertas dan di wall wall tetapi tiada perubahan.

yang bertambah tambah pelik apabila dia tak rasa usaha keatas mujahadah dia.

Kau ingat mujahadah akan settle bila kau tulis kat kertas MA kau?
Kau ingat mujahadah kau akan berhasil bila kau nak orang lain faham mujahadah kau sedangkan kau sendiri tak usaha kearah tu?
Kau ingat dengan bersenang lenang membelai mujahadah akan buat kau lebih baik?

Kalau kau rasa benda itu, istighfar.

Cuba renung kejap. Apa niat kau bermujahadah? Mujahadah tu apa? Apa yang kau nak mujahadah? Apa yang kau harap daripada mujahadah kau?

Hanya Allah dan kau tahu.

Kalau kau harap selain daripada Allah, istighfar.
Andai manusia tak faham mujahadah kau, kau jangan marah.
Andai kau menangis disebabkan mujahadah yang terlalu berat, jangan salahkan suasana dan support system.
Andai kau rasa fed up dengan mujahadah, istighfar. Diam dan sujud.

Aku bukan nak lemahkan kau. Aku cuma nak cakap yang memang tak senang nak mujahadah. Lagi berat kalau kau sendiri masih bermain-main dengan jahiliyyah. Ego kau diatas mujahadah.

Kau sendiri tak put effort nak berubah, kau duduk la dekat situ bersama bebanan yang berat di belakang. Dan kau jangan nangis dan iri hati kalau tengok orang lain melaju.

Pesan aku, setiap hari kita mempunyai harapan. Setiap hari kita ada pilihan. Diatas setiap harapan dan pilihan, ada Tuhan. Kau kena ingat itu. Dia tak tinggalkan kau sendirian bersama sama kepenatan.

Tinggalkan bebanan. Hadirkan ruang dalam hati. Maniskan muka dengan ukhti. Ya, manis muka pun satu mujahadah :3 eventho kau tengah dalam keadaan nak-duduk-dalam-selimut-dan-muram disaat kau mujahadah. Ingat, riak muka kau akan beri effect atas mood seseorang.

Leave and live.
Keep calm and move on.

Andai kau tahu kau akan tenggelam dengan mendalam, sediakan tali.
At least kau ada harapan mencapai permukaan. 


Thursday 13 February 2014

Runner! #1

"Eh kejap, cuba check balik kita gate nombor berapa?"

"Tak tahu lagi. Kejap lagi baru diumumkan dekat announcement board"

Aku dipandang. Tersenyum. Caknanya mereka masyaAllah.
Itulah seorang ketua. Engkau ketua untuk sesebuah kumpulan. Engkau ketua terhadap diri kau sendiri.

Seorang ketua itu adalah ketua yang hebat jika dia menjadikan Allah sebagai ketuanya.

***
Pensel diketuk. Mengelamun lagi dan lagi. Bunyi deringan loceng menandakan ada pengumuman hendak disuarakan. Aku tersenyum.

Ingatkan taknak buat pengumuman dah.

"Perhatian kepada semua ahli rumah Abu Bakar perempuan, anda dikehendaki berkumpul di padang sekolah pada jam 2.49 petang "

Psikologi, bak kata kawanku. Menggunakan digit yang ganjil dibelakang membuatkan orang jadi on-time.

Sungguh, mereka sangat on-time. Bila aku sampai hampir kesemua orang dah siap berkumpul. Hari ni ahli rumah Abu Bakar akan buat larian 400m dahulu. Muka masing masing mencebeh. Lari kan, siapa yang suka.

Kecuali aku lah. Trek tu memang bespren aku.

"Eh lapar la. Tak sempat nak makan tadi. Kena kumpul awal" Aku dengar keluhan seorang junior dan cikgu pun mendengarnya.

Erk jangan kata ramai yang tak sempat makan. Adeh macam mana ni. Kesiannya.
bisik naluri kemanusiaan aku.

Tiba-tiba cikgu cakap " Sesiapa yang tak sempat makan tadi, takpayah lari. Takut pengsan"
Dengan suara yang ganas dan lantang.

Mulut aku like terbuka seluas-luasnya macam boleh bawak masuk badak air.
"What cikgu, dahla rumah sukan aku dapat tempat paling last time merentas desa, time ni pun cikgu nak bagi hadiah tempat last jugak ka!?" mungkin aku hanya mampu jerit dalam hati.

Selepas habis warming up, aku mintak semua orang kumpul. Dan bahagikan berapa orang yang tak makan.
Keputusan yang mengecewakan. Hampir separuh. sigh

Aku minta kawan aku handle jap taklimat. Dan aku macam biasa ke belakang.
Tak dapat tahan. Sedih koooot. Ingatkan kali boleh naikkan markah rumah sukan rupanya tak. Memang salah aku jugak. Nasib kan seorang ketua kena tanggung semua.

Sempat lagi aku ngan bestie buat drama kat belakang. Dia lah yang chill me up! Dan dia bagi satu idea suruh budak-budak tu makan glucose bagi tenaga. Disebabkan acara dah nak mula lagi beberapa minit, aku pun berlari balik asrama untuk ambil glucose dalam locker.

Bila aku sampai ja padang, tibatiba jeng jeng jeng . . .
Semua orang berkumpul dalam satu bulatan termasuklah bulatan orang-orang-yang-tak-makan pun ada dalam bulatan tu. Dan semua orang bagi harapan yang diorang boleh berlari dan kumpul mata untuk rumah sukan eventhough diorang tak makan.

Aku tak tahu la apa yang jadi. Tapi aku syak kawan-kawan aku yang lain mesti 'basuh' diorang ni.

Kalau kau seorang ketua, dan kau berkorban untuk anak-anak buah dengan sebaik-baik pengorbanan, kau akan jumpa hasil yang manis. Saat tu aku rasa macam. Walaupun at the end lepas habis acara aku pulak yang terkorban kena merawat beberapa orang yang cramp dan pengsan, aku sanggup sebab aku tahu pengorbanan harus dibayar dengan pengorbanan.

***
"What's your seat number, miss?"
" 24 B"
" Oh its the right side. Have a nice journey"

Nikmatnya dapat duduk lepas tunggu dan berkejar nak check-in masuk flight.
Hey, medan amal here I comeee !! biiznillah.

Terlalu banyak perkara yang diberi semasa program. Dan diri kau tunggu. Sungguh kau akan diuji dengan apa yang kau terima.

Teringat kisah muda-muda dulu saat menjadi seorang ketua. Mungkin tak mampu menjadi sehebat Nabi Sulaiman yang sangat penyabar menghadapi karenah penduduk kerajaannya.

Apabila dipanggil untuk berkumpul semuanya, Nabi Sulaiman tahu setiap ahli-ahlinya sehinggakan beliau perasan ketiadaan burung hud-hud pada waktu itu.

"Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata, "Mengapa aku tidak melihat Hud-hud, apakah ia termasuk yang tidak hadir? " AQ [27:20]

Setibanya burung hud-hud datang menghadap, sebagai seorang ketua, Nabi Sulaiman memberikan peluang kepada burung hud-hud untuk menjelaskan sebab kelewatannya. Tidak pula beliau bersikap emosi dan memarahi burung hud-hud.

"Pasti akan kuhukum ia dengan hukuman yang berat atau kusembelih ia, kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang jelas." AQ [27:21]

Hebat qudwah seorang ketua kepada penduduk kerajaannya.

Andai seorang ketua pada zamannya mampu memberi peluang kepada si burung untuk menjelaskan keadaan, kita juga seorang ketua pada diri sendiri yang mampu memberi peluang untuk hati mengenal penciptanya.

"beramallah, kemungkinan kita tiada esok"