Saturday, 17 November 2012

Aku dan Dia # 1


aku dan dia

 mencorakkan kehidupan dengan keindahan warna pelangi amat menarik, kadang kala suka, kadang kala duka. itu lumrah.
" eh, kau buat apa tu?"
" astaghfirullah, kalau ya pun bagila salam dulu, terkejut saya"
"maaf, maaf. wah awak menulis ka? nak baca!"

itulah sahabat, Amira. sejak kecil aku dengannya. hobinya sergah orang. aku cukup senang bersahabat dengannya. sungguh. bersahabat dan berkasih sayang atas dasar iman sangat sweet. bukannya sebab rupa dan bukan juga sebab kepentingan sesuatu. begitu lama masa yang diambil untuk membina persahabatan seutuh ini

Ujian itu sangat bermakna.
lelaki. dek kerana dianugerahi Allah dengan rupa yang menyejukkan hati, ujian kecil ini sesekali menggugat persahabatan kami
" eh sampai hati awak rampas dia daripada saya. kenapa awak tak cakap yang awak sukakan dia"
" sejak bila pulak saya sukakan dia ni. amira, cuba bawa bertenang. kita duduk dan berbincang" ujarku lembut.
sungguh tidak pernah pernah aku dengan amira mempunyai masalah berkaitan lelaki. pasti ada sesuatu yang tidak kena. sangkaku .

sudah dua hari amira tidak menyapa aku bahkan senyum pun tidak.
aku tidak akan berdiam diri. aku harus lakukan sesuatu untuk menyelamatkan persahabatan yang aku sayang ini. tidaklah hanya kerana ujian sekecil ini aku telah lemah. ya, mungkin Amira tidak memahami dan tidak mengerti, jadi akulah yang perlu perbetulkan semula.

aku memberanikan diri untuk menegur Amira. setiap kali aku mencuba, setiap kali itulah dia melarikan diri daripadaku. aku yakin pasti ada sesuatu yang mengganggu Amira sehingga menyebabkan dia berkelakuan begini.


Awak, nak berkenalan boleh?

ringtone berbunyi menandakan satu mesej masuk.

Siapa awak?- balasku

Saya Shafiq, dah lama saya perhatikan awak.

Shafiq? fikiranku ligat mencari kenangan lepas. kenapa aku rasa macam pernah dengar nama shafiq ini.

tupp!

Ya aku ingat. dua hari lepas aku terjumpa sepucuk surat bawah meja study amira. surat tersebut daripada shafiq. mungkinkah orang yang sama.?

aku tidak terburu-buru menyambut sapaan shafiq. aku mahu menyiasatnya dahulu.
 
awak kenal Amira?

ouh, saya kenal dia.

bagaimana awak kenal dia.

dia pernah hantar surat kepada saya.

amira hantar surat kepada shafiq? hatiku hairan dan gelisah.

bukankah awak yang hantar surat kepada amira terlebih dahulu.

tidaklah, saya terpaksa membalasnya.

kenapa terpaksa?

sebabnya amira meluahkan perasaan dia kepada saya. saya tidak boleh terima.

aku yakin inilah puncanya. aku bertanya lagi.

apa yang awak tulis dalam surat itu.

saya cuma cakap yang saya tak boleh terima dia kerana hati saya terpikat pada awak.

lemah rasanya jantung ini. sebab inilah amira menjauhkan diri daripada aku.

maaf ya awak, saya lebih sayangkan persahabatan saya. assalamualaikum, jangan ganggu saya lagi.

aku perlu cari amira dan terangkan segalanya. ya Allah, sampaikanlah kepada amira aku sangat sayangkan dia. aku nampak amira sedang duduk atas kerusi batu berhadapan air terjun buatan di asrama. terima kasih ya Allah kerana pertemukan aku dengannya. aku mendekati dan menyapanya.

amira, saya nak cakap sikit dengan awak.

cakap apa?

saya sayangkan awak. sangat

dia membisu.

saya tak mampu nak menghadapi semua ini berseorangan. saya tahu awak sukakan shafiq.   percayalah saya tidak ada sedikit rasa minat terhadap dia. saya minta maaf jika saya ada buat salah kepada awak. amira, saya sayangkan persahabatan kita lebih daripada segala-galanya.

amira masih tidak memberikan reaksi.

awak cakap nak masuk syurga dengan saya. kan kita dah berjanji dalam hati kita tiada yang lain selain Allah dan kekasihNya yang lebih kita cintai. tetapi kenapa dengan ujian sekecil ini awak lupa pada janji. awak seorang yang kuat amira. percayalah.

sedikit pun amira tidak berganjak. mungkin amira ingin bersendirian. aku mengambil keputusan untuk pergi dari situ takut-takut jika aku memaksa amira untuk berbaik denganku. soal hati tidak boleh dipaksa.

sedang aku berjalan balik,

awak.

hatiku tersentuh, amira memanggilku.

kenapa awak begitu cepat beralah dengan saya. kenapa awak tak datang jumpa saya awal-awal lagi. kenapa awak tak tegur perbuatan saya. saya sangat malu. saya telah kalah dengan nafsu sendiri. kenapa awak membiarkan saya begitu. walaupun saya dingin dengan awak, tapi percayalah saya sangat mengharapkan awak datang kepada saya. datang menasihati saya. saya sangat sayangkan awak. tak mungkin disebabkan cinta saya gadaikan persahabatan kita. tak mungkin.

jatuh air mataku melihat esakan amira. lantas aku menariknya dalam pelukanku. kami berpelukan. erat.

saya minta maaf awak. saya bukan sahabat yang baik. saya tidak berada ketika awak memerlukan saya. saya jauh dengan awak ketika awak memerlukan bahu saya untuk menangis. saya minta maaf.

saya tak pernah marahkan awak. sungguh, ujian yang Allah berikan ini amat bermakna buat saya. Terima kasih ya Allah atas cubaan ini.

saksikanlah ya Allah, aku sangat sayangkan dia kerana Mu.



Wednesday, 14 November 2012

Wahai Pemilik Hati

Sungguh, pena pun tidak mampu untuk mengungkap perit yang tertanggung di dada. Menangislah jika itu yang dapat membuatkan hati ini tenang. Menangislah tanda hati ini mempunyai kelemahan. Menangislah tanda hati ini perlu bergantung pada yang satu. Sungguh wahai Pemilik hati, betapa banyak dosa yang hati ini lakukan sehingga sampai satu tahap hati ini tidak tahu kenapa air mata mengalir. Terima kasih ya Allah atas air mata ini. Terima kasih ya Allah kerana jatuhkan ego hati ini untuk mengalir hina di hadapan Mu. Tetapkan hati ini di jalan Mu. Janganlah palingkan ia walau sedetik, bahkan masa yang cepat dari sedetik. Sayangilah hati ini, Ya Rabb :')


Sunday, 4 November 2012

Sungguh, aku terharu denganMu

PerancanganMu adalah sebaik-baik perancangan dan Engkau ya Allah adalah sebaik baik perancang.

Aku duduk santai di katilku. Dek kerana kebosanan aku mengambil handphone dan menekan satu apps di dalamnya iaitu kisah nabi. Perancanganku ingin membaca kisah kekasihMu Muhammad SAW tetapi tidakku sedar aku menekan kisah Nabi Nuh . Aku teruskan pembacaanku walaupun aku agak pelik dengan diriku sendiri. Selang beberapa hari selepas kejadian itu, aku mengikuti sebuah program yang membincangkan berkenaan kisah Nabi. Dan salah satu kisah yang dibincangkan adalah kisah Nabi Nuh. Aku berasa hairan macam mana aku boleh tahu kisah ini dan boleh menjawab soalan yang diajukan sedangkan aku ini bukanlah seorang yang rajin membaca. Rupa-rupanya Allah menetapkan aku membaca kisah tersebut pada awal lagi supaya aku dapat bersedia dengan apa yang akan dibincangkan. PerancanganMu sangat teliti.  Sungguh, aku terharu denganMu.

* * * * * * * * *

Aku berkira-kira untuk menukar takhasus kerana aku lebih meminati fiqh berbanding usuluddin. Peluang berada di depan mata apabila Biro Akademik (BA) menawarkan kepada pelajar tahun satu untuk menukar takhasus dengan mengisi borang. Tapi kenapa aku buat tak endah eh? Aku sendiri tidak faham dengan diriku. Mungkin kerana aku redha dan yakin inilah yang ditetapkan untuk aku dan mungkin kerana ibubapaku. Mereka amat menyokong aku jika terus berada dalam bidang ini. Baru-baru ini aku mengikuti program Seminar Ulum Hadis dan Bengkel Takhrij Hadis. Tak berniat sebenarnya untuk join program ni tapi entah haha Aku bertanya kepada kawanku sama ada dia hendak join program ini atau tidak. Dan kami bersepakat untuk join. Ada seorang penceramah berkata, diantara ratusan orang di universiti, kamulah yang dipilih oleh Allah untuk berada di dalam majlis ini dan mempelajari ilmu takhrij hadis. Ya, aku orang yang terpilih. Kenapa aku? Kerana ini merupakan hint untuk aku terus berjuang dalam bidang ini meskipun sukar. PerancanganMu sangat teliti. Sungguh, aku terharu denganMu.

Semoga setiap kejadian yang terjadi kepada kita dapat kita fikir secara berhikmah kerana Allah tak jadikan kita sia sia di bumi ini melainkan untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah di bumi ini.






Thursday, 1 November 2012

Engkau orang yang kuat hatinya.

Pernah tak rasa dipinggirkan? Sakit tak kalau kawan kita saling berbisik sedangkan kita betul-betul di sebelahnya ataupun bercakap tentang perkara yang tidak kita ketahui di hadapan kita? Sakit kan? Sangat.

Apa yang patut kita lakukan? Tenangkan hati. Mungkin pada waktu itu bukan masa yang tepat untuk kita mengetahui tentang soal tersebut ataupun kita tidak mahu dibebani dengan perkara yang dibincangkan.

Mengadulah pada Dia. Mudah mudahan hati kita kembali tenang dan jauh dari prasangka buruk,

Apa yang paling penting, biarlah orang lain melakukan sedemikian kepada kita dan janganlah sesekali kita   membalas perbuatan mereka dengan memerli atau melakukan perkara yang sama. Ingatlah Allah Maha Adil dan Dia akan membalas setiap perbuatan kita. Hubungan kita dengan orang lain adalah tanggungjawab kita dan hubungan orang lain dengan kita adalah tanggungjawab mereka dengan Allah. Jagalah tanggungjawab dan amanah itu sebaiknya kerana semuanya akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Allah bersama orang-orang yang bersabar :')



Kenikmatan yang kekal

Perasaan yang tak dapat digambarkan apabila dah habis exam. Rasa wahhh heaven bebenor. Ringan kepala. Mula lah habis sekolah tengok movie, melepak dengan kawa-kawan dan yang paling suka kita lakukan ialah online 24 jam.

Bila terfkir balik alangkah lagi indah dan selesanya apabila kita mendapat rehat yang sebenar-benar rehat iaitu di syurga yang hakiki. Kita baru diuji dengan ujian dunia, dan apabila kita melepasinya kita dapat rasakan nikmat yang tersangat. Inikan pula kalau kita dapat merasakan nikmat yang kekal abadi di sana.

Sama-samalah kita meningkatkan amalan supaya kita dapat rasakan kenikmatan selepas exam yang sebenar, iaitu syurgaNya :)