Thursday, 27 June 2013

Girlpren aku Kak Lily, Boypren kauAbang Lie

Assalamualaikum. Kalau korang baca kertas ni bermakna korang dah diari aku. Diari aku bukannya secret pun sebenarnya tapi aku malu la. Terbongkar semua rahsia aku.

Tapi mohon kena baca dari awal baru kau paham kisah aku yang rumit ni.

Sebenarnya aku nak bagitahu dekat korang satu rahsia.

Aku ada minat seorang mamat/ minah ni. Serius talk, memang die hard fan lah. Admire habisssssss.

Memang kalau boleh memang aku selalu nak berkepit dengan dia. Korang tahu berkepit tu macam mana? Allaaa korang pernah sidai baju? Haa macam itu lah. Ambil pengepit letak dekat baju.

Tapi aku tak tahu dia suka dekat aku atau tak.

Mula-mula memang aku takut nak tegur. Fuhh garang nak mampos. Aku hantar surat.

" Awak saya teringin nak berkawan dengan awak. Saya banyak kali dengar nama awak melalui kawan kawan saya. Diorang cakap kawan dengan awak best. Awak brutal."

Then dia reply.

" Awak saya bukannya taknak kawan dengan awak. Cumanya awak saya cuma cari orang yang setia. Bukannya macam awak."

Alahai jiwang jugak ingatkan singa.

Sejak bila baik ni? Sumpah, saya akan setia. Jangan main sumpah nanti makan diri

Berhempas pulas aku pusing ayat, tak tidur malam aku karang ayat jiwang, selam dalam kawah minyak wangi yang tengik, semua aku buat  nak kawan dengan dia punya pasal.

Memang dia nampak kegigihan aku ni, akhirnyaa masanya sudah tiba.

Kak lily/ Abang lie sentiasa disisi :D

Memang aku rasa mantap habis lah. Semua benda dalam dunia ni aku buat. Langgar divider langgar lampu isyarat aku tak peduli pun. Banyak kali kena saman tapi aku buat tak tau.

Weh, dunia ni aku yang punya. Suka hati la taknak ikut peraturan pun.

Sambar petir.

Tapi korang tahu apa perasaan aku yang sebenar benarnya.

Makin lama makin serabut. Makin hari makin rimas.

Sebab tu la kawan kawan aku ramai yang tinggalkan dia ni.

Baru aku tahu, dia ni buat hidup aku susah je. Langgar habis semua benda.

Lesen dah nak expired. Takde duit. Takde saham nak bayar. Semua aku belanjakan untuk dia tu.
Saman semakin bertimbun. Dulu aku tak hiraukan pun. Sekarang baru menggigil.
Weh saham aku dah habis. Kak Lily tu yang kikis.
Aku dah tinggalkan kawan kawan aku, kawan susah senang aku. Semuanya sebab Abang Lie yang hasut.

Aku buntu.

Satu hari ni kak Lily datang lambat rumah aku. Aku plan nak tinggalkan dia.

Aku cari balik kawankawan aku. Diorang tolong aku dapatkan saham aku balik.

Diorang ajarkan aku macam mana nak bayar saman. Perbaiki kereta aku yang calar balar. Topupkan duit aku bila perlu.

Bila abang Lie call aku tak angkat. Bila kak Lily datang rumah aku menyorok dalam stor.

Aku dah nekad nak jauhkan diri aku. Dulu memang aku yang cari dia. Tapi aku baru sedar.

Hidup aku dengan dia tak sama. Memang tak boleh serasi sampai bila bila.

Hidup aku yang sepatutnya putih tetapi dia jadikan hitam.

Nak tinggalkan tak senang. Dua bulan aku berusaha. Penat sangat.

Akhirnya aku bebaaaaaaaaaaaaaaass. Bebas dari gangguan kak lily dan Abang lie.

Saman aku dah settle. Aku dah pandai ikut peraturan dan tak langgar divider. Saham dan duit aku dah semakin bertambah. Yang penting kawankawan aku setia dengan aku.

Kalau korang nak tahu, kak lily dan abang lie tu nama glamour.

Nama i/c dia jahiliyyah.

*nota kaki
saman-dosa
saham/duit- amalan pahala
peraturan/divider/lampu isyarat- hukumhukum Allah
kawankawan - sahabat <3

[kredit] hitam dan putih memang takkan pernah serasi

Wednesday, 19 June 2013

Shhh Pembisik

" pst pst kau buat apa tu?"

" shhh diamlah. pergilah tidur! jangan ganggu aku."

"weh, boraklah dengan aku. Tak boleh tidur ni"

"kau pejamla mata. Esok kita ada qiamullail, kena bangun awal."

"Alaa.. kalau kau tak bangun pun, paling kurang ustaz simbah air je."

"kau nak cakap apa? "

*******

" Nah, ambil ni. Try la. "

" Taknak. Aku tak biasa."

" Sekali je. Bukannya bapak kau tahu pun kau merokok. Ini nama dia cubaan pertama"

" Memang la bapak aku tak tahu tapi Allah tahu. Benda haram kau tahu? "

" Alaa kau ni. Nanti nanti tua kita bertaubat la. Kita ni muda lagi. Hidup kena enjoy! Ambil ni"

" Taknak."

" Kau ni tak nama anak jantan la penakut "

 yakin ke hidup sampai tua. krik

*******

" Awak, malam ni ada movie best. Jom turun bilik tv nak tak?"

" Em, memanglah nak tapi saya exam esok. Amal soleh saya sekarang ialah study."

" Awak exam tengah hari kan, pagi esok sempat lagi nak baca. Jomla kawan kita semua dah tercangak depan tv "

*amal soleh- amal yang sesuai dengan waktunya

******

" Kau ni kuno lah. dengan stokin bebagai"

" Eh mana ada. Memang sepatutnya pakai macam ni kan? "

" Iya lah tapi kita ni nak keluar melepak bukannya nak pergi surau"

" Melepak pun bukannya sebab tak boleh tutup aurat dengan sempurna"

" Dah dah kau jangan banyak soal. Kalau kau tak tukar pakai macam kitaorang kau duduk rumah je la. Hishh susah orang macam kau ni. Tak berfesyen langsung "

******

Natijahnya, Abu terlepas qiamullail.

Ali belajar merasai 'nikmat' merokok.

Minah tak sempat study sebab tidur lambat dan fail exam.

Minoh tak pakai stokin keluar rumah dek nak menjaga hati kawan.

Situasi yang berbeza tetapi punca yang sama.

Kawan / manusia / chinggu / sodiq / sodiqah / friend dan sewaktu dengannya.

" Yang membisik (kejahatan) di dalam dada manusia. Iaitu dari (syaitan) jin dan manusia" [ Surah An-Nas: 5-6]

Syaitan atau jin, bisikan jahat yang kita sedia maklum. Buat jahat sikit setan yang hasut. Setan yang suruh buat. Setan itu setan ini.

Dari Ibn 'Abbas RA katanya sabda Rasulullah SAW : " Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut Allah ia akan mengundurkan diri dan apabila manusiaa lalai ia akan membisikkan kejahatan"

Kita sedar bahawa syaitan telah mengisytiharkan perang berterusan dengan manusia, iaitu pengisytiharan yang lahir dari tabiat jahat yang ada pada dirinya, dan lahir dari sifat-sifat angkuh, hasad dengki dan dendam kesumatnya terhadap manusia sehingga manusia mengikut jejak langkahnya.

Syaitan akan mengundurkan diri apabila kita menyebut nama Allah. Apabila kita mengingati Dia. Kerana sifat syaitan datang dan menghilang [114:4]

Dan syaitan akan sentiasa mencari peluang ketika manusia lalai untuk mengingatiNya. Pada saat itu, dia akan keluar dan mencucuk bisikan jahat. Hanya manusia yang bersiap siaga dan sedar dengan bisikan syaitan akan berjaya menanganinya.

Tetapi ada satu makhluk yang tidak menghilang dan yang membisikkan kejahatan. Ada satu makhluk yang apabila kita boleh menepis bisikannya kita terselamat kerana pengaruhnya sangat kuat. Makhluk ini makhluk yang zahir dan yang boleh kita lihat dan berkawan dengannya.

Manusia.

Manusia mampu membawa kita kearah kebaikan dan kejahatan. Kita akan terikut tanpa sedar mahupun sedar. Kerana manusia memang akan terdedah dengan dua tarikan. Sama ada kebaikan ataupun kejahatan.

Tetapi mohon jangan hindari mereka, tetapi cuba untuk mengubah.

 Hindari untuk selamatkan diri kita adalah perlu tetapi jangan tinggalkan mereka terus menjadi pembisik secara tidak berjawatan kepada manusia lain. Mengubah mereka dari terus menjadi syaitan manusia. Mengubah mereka dari menjadi penyebab jauhnya manusia dengan Allah dan rasulNya. Mengubah mereka dari menjadi pembisik kejahatan secara tidak langsung.

 Manusia memang tidak berupaya untuk menolak bisikan bisikan kejahatan yang halus, kerana itu Allah menunjukkan perisai dan alat-alat senjata kepada kita supaya kita dapat menempuh pertarungan antara hati yang sedar dengan bisikan tersebut.

" Katakanlah (wahai Muhammad) aku pohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara manusia. Yang menguasai (dan memerintah) manusia. Tuhan yang disembah manusia. Dari kejahatan (syaitan) pembisik yang datang dan menghilang " [114:1-3]

Solusinya. Berbalik kepada Allah. Berdoa supaya kita hidup dalam keadaan sedar. Berusaha untuk sedar dan hindari bisikan syaitan. Hindari bisikan syaitan manusia dan mengubah.


hidup aman [kredit]

Sunday, 16 June 2013

Aku pen, kau highlight.


Melihat mereka meluncur laju dalam dunia TnD [baca: tarbiyah dan dakwah  ] , jujur aku cemburu.

Melihat hidup mereka diserahkan sepenuhnya dalam tnd, jujur aku malu.

Tetapi aku tak tahu, buntu untuk mengubah diri aku. Tak tahu apa yang boleh disumbangkan. Terkadang aku hampir futur [baca: terjun dalam lembah anaconda]. . .

" kau tahu tak, kalau aku tak bawa buku fikrah dalam beg umpama orang yang ada diabetes tak bawak ubat pi obersi, resah kau tawu? "

Gulp. eh, kau ada diabetes eh, macam mana kau tau perasaan dia? hahahambar

Tengok. betapa haibatnya dia.

"macam mana nak terus thabat eh dalam tnd ni, akuuuuu hmm penat lah "

senyum. tarik nafas.

" Kau tahu ada ikhwah/ukhti sayang kau, kau terharu tak. Kalau dia selalu bagi nota chenta dan coklat bonbon, apa yang kau akan buat?"

         " Fuhhhh mestilah seronok berbunga bunga chenta hati aku ni. tak senang nak dapat 'mailbox' akhi/ukhti haibat tu *senyum kambing "

" kau tahu kan ada Tuhan yang sentiasa sayang kita, bagi kita macammacam nikmat, apa yang kita buat"

senyum. berpeluhpeluh T_T

"iya la tu aku tawu. apa kaitannya dengan tnd ni?"

        " dengan kerahkan diri kita, dengan menjadi khalifah dan hamba, dengan buat tnd dapat menunjukkan kita hamba yang bersyukur. "

"kau bagi macam macam dekat kawan kau, time birthday bagi hadiah, time dia sakit kau tolong bagikan ubat, time dia lapar kau masakkan. tapi terima kasih pun dia tak pernah cakap dekat kau. kau rasa dia hargai tak apa yang kau buat tu?"

        " mestilah tak. dahla penat aku buat macam macam dekat dia, tapi terima kasih yang simple tu pun dia   tak cakap. tu belum lagi aku suruh dia tolong aku buat something. "

Yup. kita pun kena la buat something untuk membuktikan yang kita ni hamba yang bersyukur. Terlalu banyak nikmat yang Allah bagi kepada kita.

      " Tapi kan aku tak tahu nak buat apa. tsk tsk aku ni nak bercakap depan orang pun gugup menggigil satu badan, nak buat status yang sentap pun kopipasta ja, tak kreatif, nak menulis apatah la lagi. Aku tak tahu laa. Aku rasa down sangat. rasa tak boleh buat sesuatu nak disumbangkan kepada ummah"

senyum.

" kau yakinlah pastu ada sesuatu posisi yang Allah letakkan untuk kau. Tunggu kau je usaha cari posisi itu dan mula bergerak dan bertindak."

Sedangkan Allah sudah meletakkan matahari dan planet planet dalam posisi yang tersendiri. Mereka bergerak dalam paksi yang ditetapkan.

 Allah meletakkan langit di atas dan rumput rumput di atas tanah mencengkam bumi.

Allah meletakkan posisi burung terbang di udara manakala ikan di air.

 Inikan pula kita. Kita yang ditaklifkan sebagai khalifah untuk mentadbir bumi. Pasti ada posisi yang tersendiri untuk kita. Jangan pernah berhenti mencari. Apabila menjumpai jangan pernah berhenti bergerak. Buatlah sesuatu untuk islam agar tindakan kita menjadi saksi kebersamaan kita untuk memenangkan agamaNya.

Tidak mengapa jika kau hanya mampu menaikkan semangat orang lain untuk terus bergerak dalam tnd. Itu posisi kau.

Tidak mengapa jika kau hanya mampu memberikan pendapat, cadangan atau kritikan untuk seseorang ke arah yang lebih baik. Itu posisi kau.

Tidak mengapa jika kau hanya pandai untuk membuat posting di twitter, facebook, tumbler, blog atau video sekalipun untuk kembalikan hati hati hamba mengenal Sang Pencipta. Itu posisi kau.

Tidak mengapa jika kau hanya pandai memberikan hujah dan mengeluarkan hukum hukum agama agar orang lain berlapang dada dengan Islam. Itu posisi kau.

Tidak mengapa jika kau hanya pandai memasak untuk mencukupkan keperluan rijal ummah meneruskan kehidupan dengan bersemangat. Itu posisi kau.

Tidak mengapa jika kau hanya mampu membersihkan tandas dan membuang kotoran di jalanan agar masyarakat dapat lihat betapa Islam menjaga kebersihan. Itu posisi kau.

Tidak mengapa jika kau hanya boleh mereka dan melukis bangunan bangunan untuk kegunaan orang lain berteduh dan beribadah yang penting menepati syarak. Itu posisi kau.

Tidak mengapa jika kau hanya mampu merawat penyakit jasmani atau penyakit rohani. Itu posisi kau.

Siapapun kau. Dimana pun kau. Itu posisi kau. Yang penting, kau bekerja kerana Dia.

Jika kau tidak mampu menjadi tayar kepada sebuah kereta, kau mampu menjadi side mirror kereta. Jika tidak, kau mampu menjadi sebatang skru. Kerana tanpa sebatang skru, sebuah kereta tidak dapat bergerak dengan sempurna.

Yakinlah dengan posisi kau. Semoga posisi kau ditentukan Allah bukannya nafsu.

"Umat ini tidak akan pernah memiliki kemuliaan dan meraih kemenangan kecuali dengan Islam. Tanpa Islam tidak pernah ada kemenangan. Kita selamanya akan selalu berada dalam kemunduran sampai ada sekelompok orang dari umat ini yang siap menerima panji kepimpinan yang berpegang teguh kepada Islam, baik sebagai cara hidup,sahsiah, pergerakan, pengetahuan, mahupun jihad. Inilah satu-satunya jalan. Pilih Allah atau binasa! - Sheikh Ahmad Yassin.
connect diri kau dengan tarbiyah [kredit]





Sunday, 9 June 2013

Daie Beg Kertas

Maaf, post ni agak keras. Amaran kepada orang yang mengaku daie, jika hati serapuh kaca pinggan mangkuk dirumah, mohon jangan baca. Post ini hanyalah untuk orang yang  suka disentap dan direntap yang suka cabaran seperti terjun bungee jumping dari tingkat 324. No hal lah, nak baca sambil hentak kepala di dinding pun okay.

Mohon terasa diri. Mohon sentap hati. Kau jangan bagi chance hati kau setan masuk rasuk.

" (iblis) menjawab , " kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur."  [7:16-17]

" Dengan kesimpulan inilah maka kamu, angkatan pemuda akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikul ke atas bahu kamu itu akan menjadi bertambah berat.
Oleh itu sepatutnya kamu berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kami menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna" 
-Petikan dari risalah wahai pemuda- imam Hassan al-Banna
Hei, menangiskah? T_T

Makin lama bumi ini hidup, makin lama umat ini beranak pinak, makin besar tanggungjawab, makin besar amanah.

Amanah siapa? Amanah engkau, wahai hamba! (sambil tuding jari tepat kena batang hidung)

Apa kaitannya aku post ayat Al-Quran di atas? Pasal syaitan.

Syaitan ni datang dari pelbagai arah. Dan dia dah berjanji dengan Allah dia akan sesatkan manusia sama seperti dia, heret kita masuk neraka.

Kau rasa malu nak post bendabenda baik.

Kau rasa kau daie padahal kau belom buat sesuatu untuk Islam.

Kau gelar diri kau daie padahal engkau lebih suka menghukum daripada memberi harapan. ops

Kau goyang kaki dalam rumah sambil makan eskrem disaat ummat perlukan kau.

Kau mudah bersangka kepada orang lain.

Mutabaah amal kau berterabur.

Fuhh berpeluh. Nak list sesatu sampai esok tak habis.

Nak kata semua ni kerja setan ka? Hasut kita? Lawanlahh!!! [gaya ultromen]

Kau bicara soal mujahadah tapi engkau futur didalam selimut. Kau bicara soal tabah tapi kau kalah dengan setan yang terkutuk. Kau bicara soal dakwah tetapi hati selalu lemah.

Wahai hamba, engkau mampu untuk lawan. Tapi kau selalu kalah. Kau tak percayakan diri kau disaat Allah percayakan diri kau dan beri kau kekuatan untuk bangun. Tapi kau tak gunakan kekuatan tu. Kau cakap kau tak mampu. Kau cakap kau tak sehebat dia dia dan dia. Kau cakap kau selalu lemah dan gagal.

Tapi, pernahkah kau lawan dan bangun dengan gagah? Pernahkan kau beri peluang kepada hati untuk terus menjengah redha Dia?

Terlalu banyak amanah kita. Terlalu banyak kerja kita. Sebagai seorang daie. Daie yang memberi harapan dan peluang. Daie yang memberi hak kepada orang lain. Daie yang menjaga tarbawi dan dakwi.

Belum tiba masakah untuk kau bangun? Kalau masih belom, bila?

Kau menunggu waktu yang sesuai untuk bergerak? sungguh tiada waktu yang sesuai mengikut nafsumu. Bangunlah mengikut iman dan hammasah yang satu.


maaf, tiada kena mengena dengan sesiapa. untuk diri sendiri.

Melihat mereka 'disembelih" *sambil makan popcorn

“Untukmu jiwa-jiwa kami, untukmu darah kami, untukmu jiwa dan darah kami, wahai Al-Aqso tercinta. Kami akan berjuang, demi kebangkitan Islam, kami rela berkorban, demi Islam yang mulia”

Lirik lagu Palestina Tercinta berlegar-legar di fikiran. Lirik yang penuh makna dan mantapnya seruan jihad yang terkandung. Hakikatnya kosong. Kosong untuk jiwaku. Aku berkata aku cinta Palestin, Al-Aqso tetapi iman aku menidakkan. Ya, aku langsung tak cinta.

 Kalau cinta mestilah sentiasa mendoakan, kalau cinta mestilah kita akan lakukan sesuatu untuk yang tercinta. Apa yang aku lakukan? Menghadap facebook dan twitter, bergelak ketawa dan bergurau kosong. Itukah cinta?

Tangisan demi tangisan tidak langsung kuhiraukan.

 Aku, sedang berada di bumi yang aman dari sebarang kekejaman, aman dari masalah kebuluran. 
Dan yang pastinya aman dari bunyi tembakan dan bom. 

Berita dari Timur Tengah langsung tidak menjentik hatiku. Pergolakan yang berlaku di Palestin dan Syria bahkan di Ronghingya hanya seperti  pasir yang ditiup angin bagiku. Muncul dan hilang sekelip mata cuma . 

Perlukah diambil tahu? Bukannya aku dapat melakukan sesuatu. Lagipun negara sekeliling kan banyak untuk membantu jika nak dibandingkan dengan aku yang jauh beribu batu.

Atau

Di sesebuah program, akulah yang paling kencang menangis jika ditayangkan video tentang Palestin dan Syria.

Akulah yang paling kuat bunyi sedu sedannya apabila memikirkan keadaan mereka.

Akulah yang paling hebat berbicara tentang saudaraku disana.

Tetapi sayang. Hammasah aku bermusim. Semangat jihad aku cuma ketika.

Ya, itulah aku.  Sungguh jahil. Langsung tidak cakna pada saudara seIslamku.

 Aku lupa pada ayat Allah

 " Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" [ al-hujurat : 10 ].  

Aku juga lupa pada sabda Nabi SAW

 " Tidak beriman seseorang Muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya " [ HR al-Bukhari]
Aku bangun dari tempat dudukku dan mencapai ‘diary’ a.k.a catatan harian. Aku harus lakukan sesuatu. Nekadku. Tapi apa? Aku terfikir apakah kekuatan aku untuk disumbangkan kepada ummah. 

Menulis?

Membuat blog? 

Mereka filem pendek?

Aku juga tak petah berkata-kata.

Aku masih belum menjumpai kekuatanku. Tiba-tiba datang satu ilham.

Ya, ini aku mampu. Mengubah diri sendiri. Aku boleh menjadikan diri aku lebih cakna sebelum aku mengajak yang lain. Aku mampu mengubah diri aku menjadi full-time-muslim . Aku mampu menjadikan diri aku contoh ikutan kepada yang lain kerana aku yakin manusia fitrahnya sukakan kebaikan. Semoga perubahan diri aku menjadi individu muslim mampu membawa kembali sinar Islam di dunia.

Keesokannya, aku bersama azam baru. Bangun pada awal pagi. Dimulakan dengan membina kekuatan melalui tahajud dan membangunkan sahabat yang lain untuk bersama-sama menunaikan solat Subuh. 

Sebenarnya aku sendiri terkejut dengan perubahan drastik diri ini. Mungkin kerana aku tersentap dengan kisah ini.
sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung-burung yang lain.

"Usahamu itu hanya sia-sia, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.

Lalu burung kecil itu membalas: "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepada ku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."

 Walaupun aku ini seumpama burung kecil tersebut, yang cuma berazam untuk berubah menjadi insan yang lebih baik, tetapi aku yakin dengan adanya sedikit keazaman ini akan dapat membina ummah yang cakna terhadap keadaan saudara seIslam yang lain kerana untuk membentuk sekumpulan bermulanya daripada seorang. 
Aku tidak boleh ego.
 Aku hanyalah hamba yang menurut perintah Sang Pencipta.
 Aku tidak dicipta untuk diri sendiri tetapi untuk kepentingan ummah.
 Sekurang-kurangnya tindakan minor ini boleh menjadi saksi keprihatinan aku terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti.
Solat di awal waktu. Cintakan ilmu. Hormat semua orang dan saling membantu. Sentiasa bersangka baik terutamanya kepada Allah. Bertawakal dan bergantung hanya kepadaNya. Menjadi qudwah hasanah kepada yang lain.
 ‘Checklist’ dibuat agar aku tidak leka dan sentiasa lurus di jalan ini. Islam tengah membangun dan itu tandanya kiamat semakin dekat.
 Adakah aku hanya ingin menjadi penonton kepada kebangkitan Islam atau menjadi penggerak dan salah seorang tentera kepada kebangkitan Islam. Tepuk dada tanya iman. 
Aku tak malu andai ada yang mahu mencerca diri aku.

" Ko ni kolot la. Sekarang zaman rambut 'pang'"

" Eh aku malulah nak berjalan dengan kau, tudung labuh bebagai. Kita ni nak pergi shopping mall bukan ceramah agama"

Maaf, biarlah aku asing kerana aku hidup keranaNya. Nabi saw bersabda,
"Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana permulaanya. Beruntunglah orang yang termasuk dalam golongan asing itu. " [ HR Muslim]
 Itulah azam aku. Berubah menjadi lebih baik dan bermanfaat untuk Islam. Allahumma amiinn.


[kredit]

Tuesday, 4 June 2013

Pukauan rindu.

Rindu. Satu lafaz hati yang tidak dapat diterjemahkan kepada sang kertas mahupun oleh bahasa isyarat.

Rindu. Anugerah dari Allah yang menghubungkan manusia dengan perasaan. Bayangan ghaib untuk sang perindu.

Rindu. Ikatan jiwa jiwa yang sentiasa mengingati. Kuat mengingati.

Jiwa mereka damai. Jiwa mereka tersenyum. Jiwa mereka terikat seperti terikatnya benang dan butiran tasbih. 

Rindu kita bukan seperti rindu mereka.

Rindu romeo kepada juliet. Rindu Sheh Jehan kepada Munmtaz Shah. Rindu laila kepada Majnun. Rindu sang pungguk kepada bulan.

Itu rindu mereka. Rindu kita berbeza. Kita punya rindu yang tersendiri.

Betapa aku rindu dia dan dia dan dia dan mereka dan mereka dan mereka, berapa pun bilangannya tetap aku sandarkan kepada Yang Satu.

Betapa dalamnya dan membuak buak rindu aku ketika itu seperti lava kemerah-merahan yang sedang meletus mengalir menyiram bumi, sedalam lautan pasifik yang wujudnya jutaan jenis hidupan laut, aku sandarkan kepada Yang Maha Esa.

Betapa sakitnya aku menahan kesakitan rindu seperti dihiris telinga seperti tertusuknya sang duri dan kaca ke dalam kulit, sakitnya dada berombak pilu, aku sandarkan kepada Pemilik Rindu.

Kerana aku tahu dan aku perlu sedar, harus sedar, perasaan rindu itu cuma diberi pinjam.

Wahai diri, wahai hamba, aku cuma diberi pinjam. Bermakna perasaan itu cuma seketika dan akan diambil balik. Apa yang aku lakukan? 

Allah berikan engkau untuk merasai nikmat rindu apa yang engkau beri sebagai balasan? Rindu itu engkau sandarkan kepada siapa?

Rindu family?
Rindu akhawaty?
Rindu murobbi?

Sebab apa? Sebab nafsu, perasaan atau Ilahi?

Rindu seorang mukmin itu bukanlah rindu yang kosong, bukanlah rindu yang sia-sia. Rindu mereka berisi. Rindu mereka penuh harapan, harapan kepada orang yang dirindui agar mereka boleh bersama sama berada di dalam mahligai yang kekal, 
berpegang tangan dan tiada lagi kesakitan rindu yang dirasai
bertemu lutut mengkaji ayat ayat cinta Dia selama lamanya

Rindu mereka kerana Tuhan. Bertemu berpisah mereka kerana Tuhan. Sayang mereka kerana Tuhan.

Jika engkau merindui seseorang, fikirlah menggunakan akal dengan hatimu berlandaskan iman, adakah rindu ini mendapat keizinan Pemilik Kerinduan, adakah rindu ini boleh mengundang redha atau murka Pemilik Rindu, adakah rindu ini mententeramkan hati dan iman?

Tidak salah merindui, rinduilah kerana Tuhanmu :) Rinduilah Pemilik Rindu. Rinduilah Tuhanmu :)

biar jatuh dalam lautan rindu, mohon jangan lemas [kredit]


Sunday, 2 June 2013

Aku, akulah. Dia dia.

" weh ko tengoklah dia tu, aku tak tahulah bila aku akan jadi qawiey macam dia" sambil geleng kepala.

" awak, semoga kuat tabah power mantap tak goyang macam fulan bin fulan ye awak. Saya tahu awak boleh jadi seperti dia "

" p/s: apa rahsia secret garden awak untuk jadi daie yang haibat macam ni. Saya teringin nak jadi macam awak. Tapi saya tak cukup kuat. tsk tsk "

Kemonlah awak awak semua.

Ya, betul lah. Mereka itu idola. Mereka itu inspirasi hatiku. Mereka itu public figure yang patut aku ikut.

Tetapi kan awak. Saya nak bagi cadangan lah. Apa kata awak create diri awak sendiri.

            "Nak admire pun salah ka? Benda baik kita ikut. Benda tak baik kita jangan lah ikut"

Ya ya tak salah ikut. Saya tak kata pun salah. Janganlah marah hoho Itu cuma cadangan.

Awak lihat. Awak perhati. Gaya dan cara. Awak bina diri awak mengikut acuan awak.

"Life isnt about finding yourself but creating yourself"
Awak tak perlu nak bersekongkol dibawah cerminan orang lain. Awak tak perlu nak jejak langkah orang lain. Awak tak perlu nak ikut laluan orang lain.

Kerana awak ada langkah yang tersendiri. Kerana awak ada laluan yang tersendiri. Kerana awak telah ditetapkan untuk menjadi seseorang yang istimewa. Bukannya copypasta orang lain. Dan awak ada posisi yang tersendiri. Percayalah.

Awak. awak. Yakinlah. Sudah tiba masanya untuk membina diri sendiri. Bukannya berselindung dibawah bayangan orang lain.

 Sudah tiba masanya untuk menjadi seseorang yang unik. Seseorang yang mampu berdiri dan menjadi contoh kepada orang lain.

Bak kata owl city, cause its time for you to shine. [title: shooting star]

Let your colours burn, and brightly burst, into a million sparks, but all dispersed and illuminate a world,
That'll try to bring you down,
But not this time.

When the sun goes down, and the lights burn out,
Then it's time for you to shine.
Brighter than the shooting star, so shine no matter where you are.
Fill the darkest night, with a brilliant light,
'cause it's time for you to shine.

Brighter than a shooting star, so shine no matter where you are, tonight.
Yeah! Its time for you to shine, better than a shooting star to fill the darkest night.

Lets shine together !!!!!! :)

You can do it. Create a new you. Ummah need you!

colurful [kredit] #life 


Saturday, 1 June 2013

Mereka, Harunku :)

Tit tit tit tit

Ringtone berbunyi menandakan ada message masuk.
“ Assalamualaikum ukhti, apa khabar iman? J Inshaa Allah Jumaat petang free tak? Nak jumpa Dyia dekat rumah akak boleh. Jangan lupa bawa tafsir dan hati ^_^ “

From kak Hanan

Eh, kenapa tiba tiba nak jumpa ni, terdetik di hati.

Memang aku pernah mengenali kak Hanan sebelum ke bumi Jordan ketika aku menghantar mesej terus (baca: direct massage/pm) di facebook beliau. Bertanya tentang keadaan hidup di sini. Dan pertama kali berjumpa dengannya ketika menghadiri minggu orentasi anjuran Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

Duduk bertemu lutut dalam satu bulatan, sungguh bukanlah benda yang asing dan janggal kerana sebelum ini aku pernah mengikuti usrah di sekolah menengah. Cuma caranya yang berbeza.

Senyuman manis dilemparkan kepada setiap seorang. Ada yang aku tak kenal dan aku yang aku kenal. Ya ini usrah, hati aku mengiakan. Aku tak tahu ini rahmat atau musibah, aku hanya bersangka baik dengan Allah. Just follow the flow.!

Bertanya khabar iman sebagai iftitah. Dan sampai sekarang aku kekok untuk menjawab pertanyaan “Apa yang dyia rasa sekarang?”

Bagi aku haa? Apa yang aku rasa. Tak dapat nak diterjemahkan dengan kata-kata. Kebiasaannya jawapan aku em okay ja. Hahaha

Tasha. Amira. Sanah. Hanis. Dibah

Beberapa pasang karakter yang turut bersama aku.

Masih aku ingat perkara pertama yang selalu dimensi dalam apa setiap benda ialah tajdid niat. Tajdid niat? Kenapa perlu tajdid niat?

“Memperbaharui niat. Sememangnya niat kita akan berubah setiap masa kerana hati kita bukanlah hati seorang Nabi. Hati yang sentiasa takutkan Allah hatta melakukan setiap benda tujuan hanya Allah. Sebab itu perlunya kita tajdid niat sentiasa agar perbuatan kita dinilai sebagai ibadah dan bukannya perkara yang hanya sia-sia.”
Terang kak Hanan.

Okay dyia, tajdid niat! Bismillah J

First day usrah aku terpinga-pinga. Tak sangka di Jordan pun ada usrah. Aku sekadar ikut. Sebabnya kak Hanan yang ajak.

Aku diperkenalkan dengan ilmu baru iaitu tadabbur al-Quran. Sebelum ni selalu ja sebut tadabbur, tadabbur tetapi tak pernah aku memaknai perkataan itu.

“ Kamu tahu tak? Al-Quran ni diturunkan untuk kita?” Tanya kak Hanan.

“Tahu” kami menjawab.

 Iya lah tak kan semua tak tahu. Al-Quran mukjizat Nabi Muhammad saw yang diturunkan untuk ummat baginda.

“Tapi kan, sedalam mana kamu memaknai penurunan mukjizat agung ni?. Kak Hanan bersuara lagi.

Okay, otak aku dah tercabut dua urat. Emmmmm -_-

“ Dengan kita baca Al-Quranlah”. Jawab Tasha.

“ Kita baca maksud dan fahamkan” sambung Amira.

Sanah pula mengeluarkan suara “ Dengan kita beramal”.

Dyia? Em, geleng kepala sambil mulut ternganga.
“ Semua betul takde siapa pun yang salah. “

Termasuk aku kah? Kbye.

“Sebenarnya kita tahu je yang Al-Quran ini saat Allah menegur dan berbicara dengan kita. Tetapi kita yang tak grab peluang tu. Kita kena merasakan setiap apa yang diturunkan Allah adalah untuk kita. Cuba kita resapkan diri kita ke dalam Al-Quran. Allah sedang berbicara dengan kita”.
Perkara pertama yang aku dapat pada hari itu ialah cara interaksi dengan Al-Quran.

Betullah kata kak Hanan, berbezalah orang yang Cuma membaca dan orang yang mentadabbur. Dekat rasa kita dengan Allah dan kalamNya.


Sehari seminggu kosongkan waktu untuk usrah. Ada date baru ^_~

Sementara menunggu date seterusnya waktu sangat lambat aku rasakan. Bila nak usrah ni? Iman memberontak.
Serius tak pernahlah sebelum ni aku rasakan rindu pada seseorang yang aku belum arif kenalinya.

Tetapi kenapa kali ini aku rindukan seseorang. Rindu ahli liqo’ku J terharu dop :p


duduk sebentar, beriman sejenak :) [kredit]

**********************************************

Berbagai ragam manusia. Manusia itu unik. Allah yang cipta. Itu mindset aku setiap kali berjumpa dengan orang baru.

Allah ciptakan kita dengan pelbagai karenah supaya kita bersabar. Manusia juga boleh jadi salah satu wasilah untuk kita dekatkan diri dengan DIa. 

Menjadi wasilah ujian kita.

Mujahadah. Itu yang penting.
Selalu aku cakap kepada hati. Allah tahu penat kita. Allah tahu mujahadah kita. Allah nak uji kita. Kita cakap kita orang yang beriman, tapi kenapa kita futur saat Allah uji. Dimana pergantungan kita kepada Allah saat ini?

Pelbagai ujian yang Allah hadirkan saat aku dijalan ini.

Nak keluar rumah sendiri pun macam pencuri.

Tetapi yakinlah Allah sedang mengajar kita menjadi pencuri hati. Curi hati manusia kembali menghadap sang Ilahi. Kitalah orangnya.

Mereka, kak Hanan, Sanah, Tasya, Dibah, Hanis, Amira dan akhawaty mahbuty Harunku.

“ yaitu (Harun) saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu. Dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami “ [20:30-35]

Sabda Rasulullah yang bermaksud :

““Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat lolos daripada penjagaanmu.”
““Seorang muslim dengan seorang muslim yang lain  adalah seperti binaan yang tersusun. Sebahagiannya meneguhkan sebahagian yang lain.”

Kita tak kuat seorang diri. Kita perlukan pendokong. 

Harunku pendokongku. 
Harunku saksiku. 

Allahumma amin. Semoga ukhuwwah kita menjadi wasilah untuk kita rebut pandangan Allah. Ukhti fillah, dhiya. 

Wallahualam.