Thursday, 28 March 2013

Awak, saya nak bagitahu sesuatu.

Dear awak, sebenarnya dah lama saya nak kongsi dengan awak soal ni. Saya tak nak seronok sesorang dalam dunia ni. Saya taknak gemok amal sesorang. Dari dulu lagi saya nak cakap tapi saya tak tahu masa yang sesuai, jadi saya ambil keputusan untuk tulis dalam ni sebagai kekuatan kepada saya untuk berkongsi dengan awak.

Pernah sekali saya bersendirian dengan awak, saya ingin ambil kesempatan nak kongsikan satu ayat dengan awak dan ajak awak tadabbur ayat tu supaya dapat awak rasakan betapa dekatnya kalam Allah dengan kita. Tapi saya tak mampu. Saya takut kalaukalau awak tak suka. Tapi saya lupa awak, yang hidayah Allah milik Dia. Jahatnya saya tak beri hak awak waktu itu. Saya minta maaf. Semua orang berhak untuk mendapat kemanisan ini.

Awak, saya nak awak rasa apa yang saya rasa. Rasa seronok yang terlalu dalam. Rasa seronok apabila hati dan jiwa kita ditarbiyah supaya kembali kepada fitrah, supaya sentiasa mengingati tujuan kita hidup. Awak, zaman kita zaman terakhir. Hidup kita dah tak lama kat bumi ni awak. Banyak sangat petanda-petanda akhir zaman. Hakikatnya semua orang sekarang dah mula kembali kepada Islam. Semua orang kembali mencari Sang Pencipta. Kerana semua orang tahu Islam itu agama yang benar. Satu-satunya agama yang Allah redha.

Awak, saya taknak bebankan awak dengan pelbagai kalam Allah untuk waktu permulaan ni. Cukuplah sekadar satu ayat yang saya rasakan kita sebenarnya tak patut menduakan Dia sedangkan terlalu banyak nikmat Allah bagi kat kita awak. Dan Dia terlalu sayangkan kita.

" Katakanlah ," Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah ampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang ."
[Az-Zumar:53]

Sweet kan Allah. Dia tahu kita ni jarang sangat bersyukur. Selalu berkepit dengan jahiliyyah. Kita rasa kita sudah baik tetapi kita selalu alpa hakikat kita diciptakan iaitu untuk beribadah kepada Dia dan menjadi khalifah. Dia tahu kita sering bertarung dengan nafsu kita untuk mendapat redhaNya. Dia juga tahu terkadang kita lalai dengan dunia. Dan Dia juga tahu kita melampaui batas terhadap diri kita, kita tak bagi peluang kepada hati untuk kembali kepada fitrah, untuk kenal Pencipta Dia. Dia tahu segalanya awak.

Tapi awak sesiapa pun awak, Dia cakap kat kita supaya jangan berputus asa dari rahmat Dia. Allah tetap nak bagi rahmat dekat kita walaupun Dia tahu kita ni melampaui batas terhadap diri kita. Dia tetap ampuni dosa kita yang terlalu menggunung. 

Tetapi kan awak, kita yang jauh dengan Dia. Kita tak gunakan mata telinga hati dan akal kita untuk dekat dengan Dia. Kita ego awak. Dia tahu je awak yang kita ni sedang berlawan dengan nafsu kita dengan keseronokan dunia. Tapi kita tak berlawang bersungguh-sungguh. Kita lemah. Cakap nak masuk syurga kan? Kalau nak masuk syurga kita kena buat amalan ahli syurga. 

Awak, betapa hebatnya mesej yang Allah nak sampaikan dekat kita dalam setiap kalam Dia. Betapa bermaknanya ayat-ayat cinta yang diturunkan untuk jadi panduan dalam setiap gerak geri kita. 
Awak, dahulu saya sekadar baca ayat dan maksud ayat Al-Quran. Tetapi kan apabila saya kenal tarbiyyah, saya dapat memahami setiap ayat itu untuk saya. Pasti ada yang Allah nak beritahu dan tegur saya.

Tarbiyyah mengajar saya hidup bersama-sama Al-Quran. Memaknai Al-Quran. Roh saya hidup bersama-sama perjuangan para sahabat. Melalui tarbiyyah hati saya kenal Pencipta saya. Awak, Nabi Muhammad pun mentarbiyyah para sahabat dengan mengukuhkan akidah dalam jiwa mereka sebelum meneruskan perjuangan yang lebih panjang. Kerana dengan tarbiyyah hati kita tetap. Tetap pada yang satu, Allahu Robbi.

Awak, minta maaf sebab awak perlu baca panjangpanjang. Tapi kita sudah takdak masa nak bermain dan leka. Allah bagi amaran dalam surah al-Hadid ayat 16:

" Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik."

Awak, yakinlah setiap daripada kita inginkan kebaikan. Berilah peluang kepada hati. Tunaikan hak-hak kepada hati dan orang sekeliling. Kita semua berhak merasakan kemanisan tarbiyyah ini awak.
Awak, Islam perlukan awak untuk menang. Setiap daripada kita berfungsi untuk menegakkan Islam. Setiap daripada kita mempunyai posisi yang tersendiri dan mempunyai kelebihan. Gunakanlah kelebihan itu untuk ummah kerana masa, harta dan diri kita adalah untuk kepentingan ummah.

Awak, sudikah awak bersama-sama saya rasakan kemanisan ini sehingga ke syurga?

Yang menyayangi awak kerana Allah,

Saya <3







Friday, 22 March 2013

Apabila pintu tawakal aku diketuk.


" (Dialah) Tuhan timur dan barat, tidak ada tuhan selain Dia, maka jadikanlah Dia sebagai pelindung"
( Al-Muzammil: 9)

Sayu dan sedih aku rasakan apabila hati tak sekuat tangan yang menaip dan diri yang membaca tafsiran ayat di atas. Bertambah sayu aku rasakan apabila setiap malam wujud sedikit getaran di hati apabila terpaksa berada di bilik sendirian. Ini semua kerana kes kecurian yang kerap berlaku di kawasan aku.

Sungguh, tahap tawakal aku sedang diuji.

Giat aku berkongsi ayat berkenaan pentingnya pergantungan kita kepada Allah, tiada yang lain.
Tetapi apabila ujian Allah melanda, aku goyah.

Aku lebih takut kepada pencuri.
Aku lebih takut jika dipukau.
Aku lebih takut jika aku terserempak dan diapa-apakan.
Aku lebih takut jika dia berjaya menceroboh rumahku walaupun rumahku ditingkat paling atas.
Aku lebih takut jika sebelum tidur aku terdengar bunyian di atas sutuh (tempat tangki air) .

" Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar, " [2:155]

Tetapi aku dan imanku lupa, semuanya tak akan terjadi jika Dia tidak menghendaki.
Semuanya mustahil jika Dia tidak membenarkan.
Semuanya Dia yang tentukan.
Semuanya Dia yang menjaga.
Semuanya Dia yang mengatur.

Di saat aku tidur, macam-macam perkara boleh terjadi.
Aku terlupa Dia tidak pernah tidur dan tidak pernah mengabaikan hambaNya.

Kenapa aku harus takut?

Sungguh, tahap tawakal aku sedang diuji.

Istighfarlah berkali-kali wahai diri. Jika imanmu senipis kulit bawang tidak dijaga rapi, ia boleh koyak dek perkaraperkara yang remeh.

Sungguh, tawakal hanya pada Dia itu penting. Pentingnya iman untuk membenarkan tawakal itu. Selamatkan kami ya Rabb. Sejahterakanlah akidah dan iman kami.

" Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman kerana mereka adalah orang-orang yang bertakwa"
[41:18]





Saturday, 16 March 2013

Ringtone Phone Kau Gempaklah

"You insecure dont know what you turning head and walk through the door. Baby you light up my world like nobody else. You dont know you are beautiful. Thats what make you beautiful."

Eh, handphone kau bunyi tu. Wah rancak eh lagu kau *sambil menari nari

Tetiba dengar pula handphone seorang akhi berbunyi. Lagu dendangan opick bertajuk taqwa  opick-taqwa .

Apalah akhi ni, tak rancak betul. Letakla la lagu yang Mat tadi. Lagu tu trending tau. You dont know you are beautiful *menari nari lagi pfttttt

Sebenarnya ringtone handphone bukanlah satu masalah sebenarnya. Tetapi kan pendapat saya ingin mengatakan dengan memaksa diri meletakkan ringtone berbentuk zikir dan islamik sebenarnya membolehkan kita mendapat pahala free.

Contohnya kita letak lagu opick tadi. Awal lagu tersebut berbentuk zikir. Secara tidak langsung apabila orang mendengarnya automatik orang akan turut berzikir dan kembali kepada fitrah. Ditambah pula jika terngiang-ngiang deringan tersebut di telinga dan berzikir tidak henti-henti.

Daripada kita letak ringtone yang melalaikan yang membolehkan orang lain turut terikut-ikut dengan bunyi tersebut. Adalah lebih bagus jika kita ubah cara kita.

Bukankah kita dan dia beruntung? Untuk mengajak orang melakukan kebaikan bukanlah atas perkara yang besar-besar sahaja malah sekecil-kecil perkara juga perlu dititikberatkan. Melalui ringtone juga kita boleh mengekspreskan syahadatul haq kita dengan menunjukkan qudwah yang baik. Semoga pengorbanan kita dibalas Allah.





Friday, 15 March 2013

Cara Interaksi dengan Al-Quran ^_^

Kita selalu baca Quran kan? Tapi apa yang kita rasa, seperti baca buku sejarah atau baca novel ? Atau rasa lebih hebat daripada membaca segala jenis bacaan. Terkadang kita terfikir "saya tiap-tiap hari baca Al-Quran, tapi tak faham maksud pun".

Ada satu kisah di sebuah kampung tinggal seorang atuk bersama cucunya, Aman. Setiap hari selepas subuh Aman akan perhatikan atuknya membaca Al-Quran di atas keranda di hadapan rumah mereka.

Suatu hari Aman bertanya " Atuk, setiap hari atuk baca Al-Quran. Atuk faham ke? Apa kelebihannya baca Al-Quran ni?".

Tanpa memberikan jawapan, atuk menyuruh Aman mengambil air di sungai menggunakan bakul rotan yang berada di dapur.

Tanpa sebarang rungutan, Aman mematuhi perintah atuk. Setibanya di sungai Aman mengisi bakul tersebut dengan air dan terus berlari menuju atuk. Tetapi malangnya air yang berada di dalam bakul semuanya jatuh menyembah bumi.

Dengan sedikit keluhan Aman bertanya " Atuk, bakul ni kan berlubang, macam mana air nak terisi?".

Atuk menjawab " Mungkin Aman perlu berlari dengan lebih pantas lagi".

Kali ini Aman berlari dengan lebih laju lagi. Tetapi semakin laju Aman berlari menuju atuk, semaki laju air keluar dari bakul tersebut.

Melihat cucunya yang bermuram, atuk memanggil Aman untuk duduk bersamanya.

Atuk bertanya " Aman dapat isi air tak?" Aman menggeleng.

Cuba Aman lihat bakul rotan itu. Apa yang jadi?

Aman terperasan satu benda. Bakul yang pada awalnya dipenuhi arang dan kotor, kini bersih sebersihnya. Walaupun tak dapat air tetapi Aman tersenyum puas.

" Cucuku, begitu juga dengan baca Al-Quran, walaupun kita tak faham maknanya secara keseluruhan tetapi secara tak langsung ia akan menyucikan dan menteteramkan hati kita. Seperti bakul tadi, walaupun Aman tidak dapat mengisi air kerana bakul itu berlubang, tetapi secara tak langsung bakul tersebut bersih kerana basuhan air ".

^_^

Betapa pentingnya kita bermujahadah untuk membaca Al-Quran walaupun semuka sehari. Ada beberapa cara untuk kita betul-betul menghayati dan memaknai Al-Quran itu sendiri.

1) Bahasa
Kita boleh memahami makna melalui uslub ataupun gaya penyampaian bahasa Al-Quran.

2) Faham dengan hati
Apabila membaca Al-Quran dan tadabbur maknyanya cuba kita hadirkan hati kita bersama-sama Al-Quran kerana sesungguhnya kita tidak boleh memahami kalam Allah dengan hati yang tidak khusyuk terhadap Allah.

3) Jadikan kehidupan para sahabat sama dengan kehidupan kita.
Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Allah akan pelihara Al-Quran sehingga ke hari kiamat kerana itu janji Allah yang pasti. Tidaklah Allah jadikan sesuatu benda sebagai sia-sia dan tidaklah Allah pelihara Al-Quran juga sebagai sia-sia. Allah mahukan kita mengambil iktibar dan menjadikan setiap patah kalam Allah sebagai teguran, nasigat, pengajaran dalam kehidupan kita.

Bayangkan Allah sedang berkomunikasi dengan kita dan kita sedang berada di tempat tersebut. Setiap hari sebelum melakukan tugasan hidup, tadabbur sekurang-kurangy=nya satu ayat Al-Quran kerana pasti ada sesuatu yang Allah nak tegur atau beri nasihat. Sungguh, Allah tidak akan biarkan orang beriman terleka walaupun sejenak. Wallahua'lam.