Benda yang kita susah nak percaya ialah takdir bila ia tak selari dengan apa yang kita nak.
Boleh juga kita susah nak terima bila kita terpening pening fikirkan hikmah disebaliknya.
Dan bertambah tambah sedih bila yang diatur bertembung dengan sesuatu yang kita sayang.
Sungguh, Dia Maha Tahu apa yang kita perlu.
Mana mungkin Dia aturkan sesuatu, tetapi Dia tak bersama-sama.
Yakinlah. Dia nak kuatkan pergantungan kita.
Ada sesuatu yang lebih besar yang akan dihadapi.
Cuma, satu yang ditakuti.
Bila bertembung antara dua. Dan terpaksa memilih.
Andai tersalah pilih. Adakah tapisan disitu?
Mungkin aku merasakan ini adalah takdir. Tapi mungkinkah ini satu cara untuk tidak melibatkan aku dalam kerja kerja itu.
Astaghfirullah. Besar peperangan ini.
Ya Rabb, aku tak tahu ini rahmat atau musibah. Aku hanya bersangka baik dengan Kau.
Aku tahu kau iring aku setiap langkah.
Ajarkan aku redha.
Ajarkan aku berfikir besar.
Supaya aku tahu syurga sedang menantiku.
Dan kerana Kau, izinkan aku melangkah mengikut timeline yang Kau bina.
Pergilah kau segala zhon. Aku ada Tuhan yang memerhati.
Pergilah kau segala kesedihan. Perjalanan aku baru bermula.
Melangkah sebagai orang yang punya kekuatan.
Kekuatan dari Tuhan.
Dan wahai ukhti, andai kau melihat aku berat disebelah pihak.
Mohon tarik kembali.
Aku perlukan semangat dari kau.
Aku tahu kau wasilah dari Tuhan untuk aku terus berpijak dalam jalan yang kita imani.
Wahai dunia, kau bukanlah yang abadi.
Aku tak memerlukan kuasa kau.
Tapi andai itulah yang perlu diperjuangkan untuk maslahat yang lebih besar.
Aku korbankan diri aku untuk kepentingan ukhrawi.
Aku tidak akan tenggelam dalamnya dengan izin Ilahi.
Kerana aku tahu Tuhan sentiasa disisi.
Wahai Allah, dekat syurga nanti dah tiada kuasa dunia kan?
So, bolehlah kann aku fokus pada dnt :')
Tapi dalam syurga ada dnt ke, eheh
Tapi dalam syurga ada dnt ke, eheh
![]() |
| Hikmah itu perlu dicari. |

