Sunday, 28 April 2013

Andai aku dipanggil dulu.

Heboh berita sempadan Jordan diserang baru baru ini.

Bismillah. Niat syahid!

Aku yang berada hampir dengan tempat kejadian merasakan sedikit gentar dengan keadaan. Walaupun bukanlah berlaku di tempat aku, tetapi ia berlaku di dalam negera yang aku duduki.
Keadaan semakin membimbangkan dari hari ke hari.

Sempadan Jordan dah terima lebih daripada setengah juta pelarian Syria. tentera pembebasan Syria skrg byk bergantung kpd pertolongan tentera drpd Lubnan. 

skrg ni pelarian Syria kt sempadan Jordan terima tekanan drpd kerajaan Jordan utk ditutup, rakya
t syria berterusan ditekan dlm segenap sudut, Russia menyokong serangan Bashar utk melenyapkan etnik sunni.. 

Ada brita bocor mengatakan Raja Jordan menyokong Bashar dgn memberi tekanan kepada pelarian yg terdiri drpd ahli kuarga FSA.. Baru2 ni di Irbid ade shbt bgtau, anak2 perempuan Syria dirogol n ditinggalkan..

Mnurut beberapa berita antarabangsa, Jordan mungkin dijangkiti perang yg berpunca drpd pergolakan yg berlaku di Syria, bnda ni berpunca drpd limpahan pelarian Syria yg membanjiri Jordan.

Doakan Syria tanpa henti. Fatrah PRU tidak sepatutnya memisahkan kita dr memberi perhatian n doa kpd saudara disana. "


Petikan komen daripada salah satu group di Facebook. Gentar? Risau? Ya, itu pasti ada dalam diri.
Tetapi ingatlah setiap yang bernyawa pasti akan mati. Kita tidak tahu di mana, dan bila kita akan menghadap Ilahi. Apa yang patut kita risaukan ialah, bersediakah kita menghadap Tuhan langit dan bumi?

Andai aku dipanggil dulu, aku sebagai hamba memohon ampun dan maaf kepada semua manusia yang pernah aku kenali sama ada dalam jangka masa sekejap atau lama. Andai ada kata yang menghiris hati. Andai ada hak hak yang tak tertunai. Andai ada amanah yang tak terlaksana. Aku mohon ampun. 

Terutamanya kepada mama dan baba. keluarga, sanak saudara sahabat handal dan jiran.
Terima kasih diatas pengorbanan yang mama dan baba lakukan. 
Terima kasih atas setiap titisan susu yang diberikan.
Terima kasih kerana melahirkan kakak.
Terima kasih di atas segala-galanya.

Mohon halal segala makan minum barang harta wang dan masa yang kalian pernah berikan.
Jika tidak, tuntutlah dari keluargaku jika aku ada hutang wang. Jika aku terhutang masa, halalkanlah, aku mohon. Supaya aku tenang di sana.

Andai aku dipanggil dulu, aku mohon untuk tinggalkan andai aku pernah secara tidak langsung terajar perbuatan perkataan tingkah laku yang mencemarkan akidah kepada Allah. Ambillah yang baik cuma, jika ada. Supaya aku tenang di sana.

Andai aku dipanggil dulu, aku sangat mengharapkan doa daripada kalian. Supaya aku tenang di sana.

Ketahuilah, andai aku dipanggil dulu, aku memaafkan segala kesalahan yang pernah kalian lakukan kepadaku kerana aku beranggapan itu ujian daripadaNya dan aku juga beranggapan aku tidak layak untuk menyimpan salah seseorang kerana pahala dan dosa itu kerja Tuhan Yang Esa.

Andai aku dipanggil dulu, ketahuilah aku meredhai kalian sebagai watak lakonan dalam hidupku, redhailah juga aku menemuiNya.

Ketahuilah wahai hambahamba Allah. Hidup kita di dunia sementara cuma. Berlumba-lumbalah kalian ke arah kebaikan. Bersabarlah di dunia kerana Tuhanmu. Allah membeli harta dan jiwa kita dengan bayaran syurga. Kenapa kita tak sanggup berjual beli dengan Allah? Sedarlah, kita hamba Dia.

Jumpa di syurga, biiznillah :)

Jalan kita susah kerana syurga itu mahal.






Wednesday, 10 April 2013

Berpura-pura.

Sendirian dalam bilik, buka web macam macam. Bila ada orang buka pinta, cepatcepat tutup website.

Apabila bersembahyang di khalayak ramai, solatnya panjang. Sendirian solat macam nak buat aerobik, masha Allah lajunya.

Hadapan orang, cakapnya berlapik. Tetapi apabila di belakang kutuk mengutuk.

Macam macam lagi karenah manusia yang lain dihadapan, lain di belakang. 
Kita sembunyikan perangai jahat kita di belakang manusia, tetapi kita lupa yang ada yang memerhati. Sentiasa memerhati. Tidak pernah terleka hatta sedetik, bahkan waktu yang lebih cepat dari sedetik.
Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

Dia akan zahirkan keburukan kita jika kita melakukan maksiat dalam keadaan kita sedar perkara yang kita buat akan mengundang kemurkaan Allah. Dia Maha Adil.

Berpura pura ada tempatnya. Tak kanlah kita hendak samakan sikap kita ketika berada di rumah bersamasama perempuan sahaja dengan berada dalam kalangan masyarakat? Tetapi ada hadnya. Tanpa melakukan perkara perkara yang jahil contohnya mencarut dll.

Jika kita hendak melakukan sesuatu yang jahat, tetapi hati kita tidak tenang, ketahuilah ada iman dalam hati. Jangan biarkan iman itu meronta-ronta dan merajuk dengan kita. Allah akan jaga kita, percayalah. Dia akan jaga orang-orang yang beriman. 

" Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang diajak untuk menginfakkan (hartamu) di jalan Allah. Lalu di antara kamu ada orang yang kikir maka sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah Yang Maha kaya, dan kamulah yang membutuhkan (karuniaNya). Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu" [47:38]

Allahu T_T Allah pilih kita tapi kita yang berpaling. Sombongnya!

Allah akan gantikan kita dengan orang yang lebih baik daripada kita. Itukah yang kita mahukan? Kita mampu untuk ubah diri kita. Kita mampu untuk menjadi hamba yang baik dan taat. Kita mampu untuk sentiasa tajdid niat supaya setiap perkara yang kita buat hanyalah untuk Allah, bukannya untuk dipersembahkan kepada manusia, yang juga hamba seperti kita, hamba kepada Sang Pencipta yang Esa. 
Dia tahu kita sedang mujahadah, mintalah kekuatan kepada Yang Maha Kuat, sumber segala kekuatan. Untuk terus mujahadah sehingga kita berada di perhentian yang kekal.

Bismillah :)



Wednesday, 3 April 2013

Peranglah!

Perang dunia.
Perang perasaan.
Perang nafsu.
Perang uban. Eh?

Hidup kita penuh dengan peperangan sebenarnya. Bukannya cuma perang zahir.

Jika kita tak mampu untuk memenangi perang batin, sungguh kita akan kalah dalam perang zahir.
Berperang dengan nafsu sendiri amatlah penting kerana apapun perbuatan yang kita lakukan dinilai berdasarkan niat.

Apa yang dimaksudkan dengan perang batin ialah menahan diri daripada melakukan maksiat secara terang-terangan mahupun bersendirian.

" Maka adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sungguh nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sungguh, syurgalah tempat tinggalnya. "
[79:37-41]

Berperang nafsu makan, tidur, tengok movie, shopping, berfacebook dengan mujahadah dan menggantikan dengan amalan yang soleh, sungguh Allah tahu sedalam mana mujahadah kita.

Allah tak pernah minta apa-apa dari kita, bahkan kita yang tak pernah berhenti meminta dari Allah. 
Dia selalu bagi nikmat dekat kita, tapi apa yang kita balas?

Takkan tugas menjadi khalifah dan hamba terlalu banyak jika nak dibandingkan dengan nikmat yang telah diberikan kepada kita?
Sungguh, kita tidak tahu bersyukur!

Apa yang kita balas kepada Allah? 
Bersyukurlah wahai diri. 

Peranglah! Gunakan sedikit tenagamu untuk melawan nafsumu.
Agar apabila muncul peperangan zahir engkau tidak mudah melatah.
Kawallah nafsumu agar ia patuh kepada Ilahi.
Kejarlah syurgaNya. Dia menjanjikan kenikmatan yang kekal hanya dengan menahan dirimu dari melakukan yang mungkar.
Tahanlah untuk sedikit waktu cuma.
Hari Pengakhiran semakin hampir. Sabarlah nafsu demi Tuhanmu.