Saturday, 23 November 2013

Sejarah is history.

Agak-agak la kan kenapa kita belajar sejarah? Bukannya zaman kita pun.

It just history. Dakwa seorang itu.

Andai ditanya, siapa Pemilik kerajaan dan alam semesta. Dengan mudah kita menjawab milik Allah. Kerana kita nampak apa itu alam semesta.

Andai ditanya, siapakah Pencipta semua makhluk di langit di bumi. Dengan mudah kita menjawab Allah. Kerana kita tahu apa itu makhluk dan bentuknya.

Andai ditanya siapa yang memegang hati dan perasaan manusia? Dengan mudah kita menjawab Allah. Kerana pendakwah mukabuku beritahu kita yakin hati dan perasaan cuma pinjaman.

Andai ditanya mengapa kita tahu sejarah itu sejarah? Dan saya menjawab kerana Allah menjaganya.

Pernah dengar kisah dongeng Mat Jenin? Tahu tak? meh nak ceghita. Tapi bukan saya yang bercerita, just search dekat pakcik google. Bersepah laman web tentang cheritera mat jenin.

" Maka Mat Jenin akan bercerita sehari suntuk tidaklah dia mahu berhenti. Adapun kerbau sudahpun mau balik ke kandang, ayam dan itik pulang ke sarang, api menyala di dian, barulah dia balik ke gerubuk buruknya itu untuk tidur. Apabila ribut yang bertiup pun tidak dibimbanginya, malah jikalau gerubuk buruknya terbang ditiup angin, tentulah jiran-jiran sekeliling akan membantu dia membina rumah baru.

Jadi tidaklah perlu dia bersusah payah membaiki teratuk buruk itu. Akan begitulah cerita Mat Jenin sehari-hari. "

Kisah mat jenin yang terlalu panjang angan-angan sehingga membuatkan dia berada di zon yang selesa walaupun hakikatnya untuk merealisasikan angan-angan dan impian perlu ada usaha.

Kenapa orang boleh tahu kisah itu sedangkan cuma kisah dongeng yang tak punya bukti? Gambar 'mat jenin' pun tak ada. Apatah lagi peninggalan atau khazanah kasut bebagai. Macam mana kita boleh percaya kisah tersebut dan mengambil pengajarannya?

Saya menjawab kerana Allah memeliharanya. Dan apabila Allah menetapkan sesuatu, maka sesuatu itu bukanlah dijadikan sia-sia tetapi untuk diambil pengajaran dan hikmahnya.

Andai hati kita mampu mengambil iktibar daripada cheritera dongeng untuk diamalkan, siapa kita untuk menghalang hati mempelajari kisah dan seerah Nabi?

Allah memelihara seerah pada zaman Mekah tatkala Nabi membentuk akidah para sahabat dan rijal-rijal dakwah yang akan menyinarkan cahaya Islam di bumi.
Allah memelihara seerah pada zaman Madinah tatkala Islam mula berkembang dan para sahabat meletakkan obsesi mereka hanyalah Allah dan syurga.
Allah memelihara seerah pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin tatkala kepimpinan Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jelas menunjukkan Allah tidak akan membiarkan agama Dia lenyap di muka bumi.
Allah memelihara seerah pada zaman Umayyah tatkala Islam mula berkembang ke Afrika Selatan dan sempadan India.
Allah memelihara seerah pada zaman Abbasiyyah tatkala para ilmuan mengislamkan segala bidang ilmu, termasuklah ilmu perubatan, astronomi, matematik, pembedahan dan penciptaan melalui tokoh-tokoh hebat Ibnu Sina, Al-khawarizmi, Al biruni.
Allah memelihara seerah tatkala Islam menjadi rujukan untuk segala aspek dari sekecil-kecil benda sehinggalah ke pentadbiran dan daulah.
Allah memelihara seerah tatkala dalaman umat Islam mulai lemah dan menghantar ujian-ujian untuk memberikan pengajaran dan hikmah yang besar untuk dipelajari oleh umat sekarang.

Tetapi kita masih mendakwa sejarah itu bukanlah zaman kita. Tak perlu untuk dititikberatkan.
Sedangkan sejarah itu sejarah kita. Sejarah kebangkitan dan kejatuhan Islam kita.

Andai kita hidup untuk Islam, kehidupan kita bermula dari Nabi Adam sehingga kita mati. Tetapi andai kita hidup untuk diri sendiri, kehidupan kita bermula dari kita dilahirkan sehingga kita mati.

Jika kita faham kenapa Allah memelihara seerah, pasti kita akan tahu seerah itu akan berulang.
Dan pasti kita kita yakin Islam akan kembali menjadi rujukan seluruh alam.

Berangan-anganlah akan kemenangan Islam dan BEKERJALAH!

Jika kita ingin memasuki syurga, beramallah dengan amalan ahli syurga.

sejarah is history.  and . it will be repeated.