Friday, 15 March 2013

Cara Interaksi dengan Al-Quran ^_^

Kita selalu baca Quran kan? Tapi apa yang kita rasa, seperti baca buku sejarah atau baca novel ? Atau rasa lebih hebat daripada membaca segala jenis bacaan. Terkadang kita terfikir "saya tiap-tiap hari baca Al-Quran, tapi tak faham maksud pun".

Ada satu kisah di sebuah kampung tinggal seorang atuk bersama cucunya, Aman. Setiap hari selepas subuh Aman akan perhatikan atuknya membaca Al-Quran di atas keranda di hadapan rumah mereka.

Suatu hari Aman bertanya " Atuk, setiap hari atuk baca Al-Quran. Atuk faham ke? Apa kelebihannya baca Al-Quran ni?".

Tanpa memberikan jawapan, atuk menyuruh Aman mengambil air di sungai menggunakan bakul rotan yang berada di dapur.

Tanpa sebarang rungutan, Aman mematuhi perintah atuk. Setibanya di sungai Aman mengisi bakul tersebut dengan air dan terus berlari menuju atuk. Tetapi malangnya air yang berada di dalam bakul semuanya jatuh menyembah bumi.

Dengan sedikit keluhan Aman bertanya " Atuk, bakul ni kan berlubang, macam mana air nak terisi?".

Atuk menjawab " Mungkin Aman perlu berlari dengan lebih pantas lagi".

Kali ini Aman berlari dengan lebih laju lagi. Tetapi semakin laju Aman berlari menuju atuk, semaki laju air keluar dari bakul tersebut.

Melihat cucunya yang bermuram, atuk memanggil Aman untuk duduk bersamanya.

Atuk bertanya " Aman dapat isi air tak?" Aman menggeleng.

Cuba Aman lihat bakul rotan itu. Apa yang jadi?

Aman terperasan satu benda. Bakul yang pada awalnya dipenuhi arang dan kotor, kini bersih sebersihnya. Walaupun tak dapat air tetapi Aman tersenyum puas.

" Cucuku, begitu juga dengan baca Al-Quran, walaupun kita tak faham maknanya secara keseluruhan tetapi secara tak langsung ia akan menyucikan dan menteteramkan hati kita. Seperti bakul tadi, walaupun Aman tidak dapat mengisi air kerana bakul itu berlubang, tetapi secara tak langsung bakul tersebut bersih kerana basuhan air ".

^_^

Betapa pentingnya kita bermujahadah untuk membaca Al-Quran walaupun semuka sehari. Ada beberapa cara untuk kita betul-betul menghayati dan memaknai Al-Quran itu sendiri.

1) Bahasa
Kita boleh memahami makna melalui uslub ataupun gaya penyampaian bahasa Al-Quran.

2) Faham dengan hati
Apabila membaca Al-Quran dan tadabbur maknyanya cuba kita hadirkan hati kita bersama-sama Al-Quran kerana sesungguhnya kita tidak boleh memahami kalam Allah dengan hati yang tidak khusyuk terhadap Allah.

3) Jadikan kehidupan para sahabat sama dengan kehidupan kita.
Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Allah akan pelihara Al-Quran sehingga ke hari kiamat kerana itu janji Allah yang pasti. Tidaklah Allah jadikan sesuatu benda sebagai sia-sia dan tidaklah Allah pelihara Al-Quran juga sebagai sia-sia. Allah mahukan kita mengambil iktibar dan menjadikan setiap patah kalam Allah sebagai teguran, nasigat, pengajaran dalam kehidupan kita.

Bayangkan Allah sedang berkomunikasi dengan kita dan kita sedang berada di tempat tersebut. Setiap hari sebelum melakukan tugasan hidup, tadabbur sekurang-kurangy=nya satu ayat Al-Quran kerana pasti ada sesuatu yang Allah nak tegur atau beri nasihat. Sungguh, Allah tidak akan biarkan orang beriman terleka walaupun sejenak. Wallahua'lam.






No comments:

Post a Comment