Kalau perkataan yang kita cakap disalahertikan, susah kan? Kita jadi serba salah, bersangka buruk dan merungut.
Sememangnya jika kita pandang setiap perkara yang terjadi pada diri kita adalah ujian daripada Allah, semuanya akan mudah. Kita akan berlapang dada dengan Allah :') Terima segala benda dan memperbaiki diri. Tapi tak semua manusia boleh bersikap macam tu. Cuma segelintir. Manusia yang merasakan hidupnya diawasi dan diatur oleh Tuhan Yang Esa sahaja mampu berlapang dada. Adakah kita manusia itu.? Renung-renungkan dan jom memperbaiki diri :D
Thursday, 27 December 2012
Wednesday, 26 December 2012
Bukan Permintaanku
Siapa kata mudah dipakai. Sungguh ia memerlukan mujahadah yang sangat kuat. Terkadang aku terfikir kenapa aku memakainya. Pernah juga aku terfikir mungkin tidak sepatutnya aku pakai.
Tapi, aku tak boleh lemah. Aku punyai kisah silam yang rumit. Aku sanggup gadaikan kebebasan diri aku untuk kepentingan orang lain. Terlalu banyak aku diuji. Aku takut jika amanah ini menjadi fitnah kepada kaum yang lain. Demi menjaga hati, aku sanggup ya Ilahi. Kuatkan aku :')
Sunday, 2 December 2012
Bilakah kemenanganku?
Siang malam aku berusaha, membaca buku mengabaikan dugaan dugaan lain, penat hatiku melawan semua itu, tapi bilakah kemenanganku? Sungguh, keputusan tak setimpal usahaku. Sangat mengecewakan.
*****************************************
Itulah aku. Mengalah sebelum pecut berlari. Sedarkah wahai diriku aku sedang berada di atas trek yang penghujungnya sudah kutemu. Sikit waktu lagi. Sedarkah wahai diriku, Allah sedang membuka ruang untukku mendekatkan diriku denganNya. Sedarkah aku? Tidak! Kerana aku dikuasai ammarah dan putus asa.
Hakikatnya belum cukup aku berusaha, jika orang lain boleh memahami sesuatu hanya cuma sekali pembacaan, namun aku 25 kali pun belum tentu memahami. Dan aku harus menjadikannya kali ke 26. Ya, itulah aku! Aku terlupa kesibukan itu melalaikan aku. Aku jauh dengan Dia. Solatku di penghujung waktu dek kerana melekat dengan buku. Sungguh aku terlupa tajdid niat, Kerana apa aku membaca? Exam?
Allah nak berikan aku pengajaran. Disebabkan aku membaca kerana exam. Ya inilah jadinya. Bukannya kerana ilmu dan redhaNya.
Aku tahu Ya Rabb, Engkau mahukan aku berusaha dengan gigih lagi. Engkau rindukan dengar rintihan tensionku. Aku malu ya Rabb, aku yang begitu hina ini mendapat perhatian dariMu. Inilah kemenanganku. Ujian kekalahanku ialah kemenanganku.
Semoga aku termasuk dalam kalangan orang yang cintakan ilmu. Bukannya orang yang lelah putus asa di pertengahan waktu.

Jika kita tersangkut di pertengahan jalan, sememangnya ada kesalahan di permulaan. Semak semula.Kejarlah ilmu, in shaa Allah kejayaan mengiringimu. Mintalah ilmu itu pada Pemilik ilmu. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)