Monday, 29 July 2013

Fitrah

Laju ibu berlari anak menuju ke dapur di penghujung rumah. Pintu peti ais yang bersaiz sederhana dibuka dengan kerasnya. Tujuan ibu cuma satu.

Dicapai sebatang cili padi untuk santapan mulut aku. Ibarat nutella disapu ke atas roti. Begitulah cili padi yang dikerat dua disapu di bibir aku. Pedih.

" Cakap apa tadi. Siapa yang ajar mencarut ni? " Suaranya ditinggikan.

" Ibuuuu sakit ibuuuuu. "

" Nak mencarut lagi tak? "

Menangis. Berlari ke bilik air untuk mencuci mulut yang makin membengkak. Pedih sangat.

Aku tahu ibu memerhati gelagat aku yang seperti cacing kepanasan. Hakikat mulut kepanasan. Dengan bercucuran air mata aku menyejukkan mulut aku dengan air. Tetapi sia-sia.

Aku tahu ibu sedang menangis. Ibu mana yang sanggup lihat anaknya sebegitu rupa.

Aku tahu ibu ingin menolongku dan memujukku dalam dakapannya.

Aku tahu ibu menahan sekeras-keras dirinya memperlakukan aku seperti itu tetapi ini semua demi kebaikan aku.

Aku tahu ibu kecewa dengan sikapku. Tidak pernah dia mengajarku dengan tingkah laku yang sebegitu.

" Eh cik abang, teringat Malaysia ke? bahuku ditepuk.
Laa. Aku disini lagi rupanya ingatkan dah balik manis rumah manis [baca: home sweet home]. sigh

" Minggu depan raya. " Aku memandang Ziyad.

" Em. first time raya di perantauan. Chill lah. Kita beraya dengan roh-roh para sahabat. Kita beraya dengan semangat jihad para mujahideen." aku dipujuk.

" Ayat sedap hati haa. Tak layak rasa nak beraya. Nafsu tak dibebaskan sepenuhnya dari jahiliyah. Kenang nasib jiran jiran yang sedang berperang dengan musuh. Hasbiyallahu wanikmal wakil. "

"Aidilfitri. Kembali kepada fitrah.
Semua benda yang diberi pinjam, nyawa, hati, nafsu, nafas, anggota badan dan semuanya kena kembali kepada fitrah. Fitrah semulajadi bukan yang kita cipta iaitu fitrah Islam.

Tak layak nak beraya sakan andai kita tak memahami dan mengembalikan apa yang diberi pinjam kepada fitrah. " Ziyad bersuara.

Masing-masing melayan perasaan. Mungkin ke negara jiran mungkin juga ke tanah air sendiri. Apalah yang ibu tengah buat sekarang eh?

Fitrah kita bersih. Tak perlu 'kreatif'. Keep the momentum till we return to Him [kredit]
Waktu masih berbaki. Yosh !!

Friday, 26 July 2013

Tangisan

Kau tak faham aku. Dan aku tak faham kau.

Tapi sampai bila?

Aku mencuba untuk memahami. Dan kau juga perlu untuk mencuba.

Kau mendakwa tiada kawan disisi. Disaat aku hulurkan tangan, kenapa kau menjauh?

Sungguh, aku tidak memahami makhluk yang bernama manusia. Hati mereka Allah yang pegang. Begitu juga hati aku.

Aku penat. Bersangka baik. Terhadap kau.

Aku tahu. Aku tahu aku tidak boleh penat menagih daripada kau. Sebab aku tahu kau tahu jauh di  sudut hati kau, kau kesunyian. Kau perlukan kawan.

Laptop ditutup. Airmata mengalir laju dipipi. Akif hampir rebah. Tidak mampu untuk mendongak ke arah makhluk itu.

Terngiang-ngiang kata sahabat " Jika semua orang masih sukakan kau, maknanya kau belum buat dakwah. Jika kau hadapi tentangan, maknanya kau berada di jalan yang betul ."

Pasrah. Tangisan menjadi saksi.

Sungguh, betapa kekasihMu dan para sahabat sanggup korbankan perasaan untuk agamaMu.

Mereka sangat mengerti kehebatan agamaMu.

Tetapi aku. Rebah dan lemah. Mudah melatah apabila dicuit.

Ramadhan. Tarbiyah ini persediaan untuk aku berhadapan dengan pelbagai jenis perangai makhluk itu.

Sehingga aku, tidak memikirkan perasaan peribadi aku. Tetapi yang aku fikirkan hanya kepentingan ummah

" Tidak! Barangsiapa mereka menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik dan dia mendapat pahala disisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati." [2:112]

Yang sangat memerlukan didikan. Jika aku masih lemah menangis tersasar dalam emosi sendiri, mohon aku untuk terjun gaung.

Kau boleh bercakap dengan makhluk itu, beri nasihat. Sungguh hati mereka milik Allah.

ghuraba [kredit]


Minimise your distance with Allah through solah and read His love letter. Inshaa Allah your relations between you and others are under His control.

Sunday, 21 July 2013

Roundabout

Aku tak tahu nak start macam mana. Sebab terlalu banyak benda aku sepatutnya bagitahu tetapi tak terkeluar.

Mengembara bersama aku.

*********

Queen Alia International Airport, Amman Jordan. - 06.09.2012

Berjam jam dalam flight memang tak osem. Dah la first time naik burung gergasi tu. Jauh pulak tu.

Membebel seorang kesian takda orang nak tadah bahu. Masing-masing penat.

Pertama kali menjejak kaki di bumi Syam. Alhamdulillah aku sudah sampai. Udara yang agak sejuk tetapi kering memandangkan akan berlakunya pertukaran musim dari panas ke sejuk.

Perhati sekeliling. Sedikit hijau. Selebihnya koko, padang pasir.

[kredit]


10.25 pagi.

Kami dikumpulkan di sebuah dewan untuk diberikan taklimat penempatan.

Seperti yang kujangka, aku terpisah daripada kawan-kawan aku yang lain. Jauh tak tahu punca.

Aku menanti. Mana akh ni cakap aku sampai sini nak sambut.

Haiqal. Satu-satunya akh yang aku kenal di bumi ini. Dua minggu lalu berjumpa di sebuah program persediaan ke timur tengah. Dia yang banyak membantu aku.

Wifi. Connected. Terima kasih Bad bagi aku 'pinjam' wifi. Badrudin, 'kenalan' baru. Aku tinggal rumah dia untuk beberapa hari sebelum kami masuk ke rumah tetap.

First thing, bagitahu family aku dah sampai.
Second thing, buka facebook.

Ada message masuk.

" Assalamualaikum akh. Sihat? Iman burung gergasi bawak balik Malaysia or ada bersama-sama sekarang? Hope dapat adapt dengan suasana. Jangan sia-siakan peluang ada di bumi anbiyak. Kalau ada apa-apa contact ye :) "

Fuhh sentap.

Iman. Kau sihat je kan. Dan aku taktahu nak describe perasaan aku. Penat. Tu je yang aku tahu.

Seminggu berada disini. Akh Haiqal yang bawa aku beli barang keperluan rumah. Tukar duit dari Ringgit Malaysia ke Jordanian Dolar.

 RM1 = 4.5 jd
Berpeluh peluh.

Ingat lagi pesan ayah aku. " Abang pergi sana belajar rajin-rajin. Duit jangan risau. Rezeki tu Allah yang bagi, Dia yang ambil balik. Semua dah ditetapkan "

Okay tetiba rindu family. Sebak.

******
Malam yang tenang. Aku lepak di atas sutuh sendirian. Tengok rumah rumah orang Arab yang berpetak petak. Semua sama, segi empat walaupun segi tak berapa sama ada jugak senget benget. Tak macam Malaysia. Macam macam bentuk, segi tiga pun ada.

Melayan perasaan. Lepas ni mustahil aku dapat lepak macam ni sebab lusa dah start kelas.

Teringat peristiwa petang tadi.

Eh, ada mesej dari akh Haiqal.

Nak jumpa? Esok petang dekat Mat'am Alex. Sebab apa eh? Aku menduga.


Mat'am Alex tu dekat mana pulop. Pening. Dahla baru sampai.


Erk. Jangan merungut. Berdikari sikit. Iman mengetuk.


5.45 pm. Mat'am Alex


Akh Haiqal berada di depan aku. Tersenyum senyum. Jelas nampak lesung pipit sebelah kanan. rambut sedikit terpacak. Baju kemas sentiasa. Jam tangan Tommy Hilfiger ditangan kiri memang osem. Lengkap. Tak nafi memang handsome, patut ramai peminat. Tapi akh ni bukan jenis layan perempuan. Simpan cinta untuk yang sah katanya. Sungguh aku kagum.


Satu pertanya. Satu jawapan. Mengubah hidup aku.


"Akif nak ikut usrah?"


Bunyi pintu zinc sutuh buat aku tersentak. Rupanya aku masih disini.

Kenapa akh join usrah? Ada apa dengan usrah? Aku bertanya.

Akh join usrah sebagai tanda akh bersyukur. Kita minta dan dapat apa yang kita mahu. Makanan. Tempat tinggal. Family. Duit. Buku. Kejayaan.

Dengan cara akh join dakwah dan tarbiyah, membolehkan akh 'balas' apa yang Allah bagi. Akh interprate rasa syukur dengan dengan berdakwah kepada orang lain. Akh malu dengan Allah, kalau Dia bagi macam-macam tapi akh taknak korbankan sikit untuk agama Dia.


Tapi kenapa Akif? Kenapa akh pilih Akif yang nak bawa dakwah dan tarbiyah ni?


Bukan akh yang pilih. Tapi Allah. Dia yang pilih Akif untuk bawa agama Dia. Sebab Dia tahu Akif bukan orang yang biasa biasa. Logam luarbiasa. Akh cuma wasilah.



Aku logam luarbiasa? Sigh. 10.45 pm

Esok janji dengan Bad nak pergi bayar bil elektrik. Pintu rumah dikunci.

Jalan ini panjang dan berliku. Jalan ini untuk orang yang kuat, hatinya.

sutuh - tingkat paling atas bangunan
mat'am - kedai makan

Monday, 15 July 2013

Cik J again

05 Ramadhan 1434 H
14 Julai 2013

Berjalan melintasi bangunan bahasa kesusasteraan perpustakaan, aku menaiki sebuah 'titi' sambil mendepakan tangan kononnya mengimbangi badan.

Muatan beg dibelakang bersama sama sebuah kitab setebal 239 helaian ditangan kanan kugendong seiringan sambil membelah arah angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Semangatnya aku ibarat berada didunia plkn buatan sendiri tanpa mempedulikan orang sekeliling.

Dengan berhati-hati aku melangkah, takut-takut terjatuh. Aku menjenguk kebawah 'titi' terdapat beberapa ekor buaya yang sedang menunggu aku untuk dijadikan makanan iftor berangan

Berpeluh peluh.

Tarik nafas. Lepaas.. Aku teruskan langkah. Kini lebih berhati-hati disebabkan perasaan cemas dek melihat buayabuaya kelaparan sudah tersuntik.

Aku merasakan ada sesuatu yang menarikku. Aku menepis. Tetapi tekanan tersebut semakin kuat. Dan kaki aku tergelincir dari titi. Tetapi aku sempat berpaut.

Sang buaya semakin galak melihatku. " Nampaknya iftar aku sedap harini" Monolog dalaman seekor buaya yang dikeluarkan.

Sekali lagi aku ditarik. Dan disebabkan kurangnya tenaga aku terjatuh. Jatuh ke dalam lembah. Menjadi santapan sang buaya. alhamdulillah kenyang

" Weh, kenapa tarik aku? Biarlah aku lintas sampai habis dulu " Aku sedikit menjerit. Marah.

Berguling guling di udara si Fira gelakkan aku.

"Berangan rupanya kawan aku ni" dia membalas.

"Spoil mood betul lah kau ni" . sebal.

" Yang kau tak bertahan tu kenapa?"

" Dah kau tarik kuat sangat. Macam mana aku nak bertahan?" membela diri.

" Habis tu, kalau jahiliyyah tarik kau kuat macam ni kau, kau akan jatuh jugak ke? Tak mampu bertahan? "  dipanah petir.

Gulp.

keretakebal pun boleh memanah [kredit]

" Habis tu kau nak jadi syaitan manusia ke, tarik tarik aku bebagai masuk jahiliyah? " aku menjawab.

" Apa pulak kaitkan dengan aku, manusia pun boleh jadi bahan ujian kau tau. Kau tu kena kuat tak boleh cepat melatah dan bagi alasan"

Berpeluh peluh. Angan angan ekspedisi bertukar mimpi ngeri.

Kau jangan mengalah. Didik nafsu tundukkan dia. Allah hadiahkan kita sebulan nak beribadah. Syaitan wakilkan nafsu untuk kawal kita. Biasakan berzikir. Biar mengalir dalam darah kau. Supaya lepas ni bila syaitan dah dilepaskan dia tak boleh ambil tempat zikrullah tu dalam darah kau.

Jahiliyyah. Seronok. Tetapi iman menderita. Susah. Tetapi manis bila terlepas. Buang step by step. Sehingga merdeka kaffah -keseluruhan.

bukan cuma negara, iman pun boleh merdeka [kredit]








Tuesday, 9 July 2013

Puisi sang jalanan.

Angin itu menyapa
Berterbangan tudung
Sebagai langkah keselamatan, beg digalas diluar
Berjalan bertentangan
Kereta berpusu pusu membelah angin
Masingmasing ke destinasi
tersendiri.

Aku terus berjalan.
Kupandang kanan, sampah.
Kupandang kiri, sampah.
Berteraburan dijalanan.
Sekali lagi menoleh kanan
Sesekali mata menatap hijau
yang begitu sedikit.
Kutoleh kiri, pokok pokok sahara
koko berduri.

Aku terus berjalan
Dan berjalan
Inilah perjalananku.
Ramadhan aku datang.
Tinggalkan
Hiraukan keadaan sekeliling
Yang penting
Ramadhan aku berjalan
kearahmu.

Jalanku tak henti.
Jalanku tak cepat tak lambat.
Ramadhan, sebelum masuknya bulan ini.
Aku sudah praktis berjalan.
Apabila sampai,
aku akan berlari.
Merentas angin
Memecut meninggalkan
sang kereta
senyuman sang pokok.
Apabila sampai destinasi.
Ramadhan.

[kredit]