Kalau perkataan yang kita cakap disalahertikan, susah kan? Kita jadi serba salah, bersangka buruk dan merungut.
Sememangnya jika kita pandang setiap perkara yang terjadi pada diri kita adalah ujian daripada Allah, semuanya akan mudah. Kita akan berlapang dada dengan Allah :') Terima segala benda dan memperbaiki diri. Tapi tak semua manusia boleh bersikap macam tu. Cuma segelintir. Manusia yang merasakan hidupnya diawasi dan diatur oleh Tuhan Yang Esa sahaja mampu berlapang dada. Adakah kita manusia itu.? Renung-renungkan dan jom memperbaiki diri :D
Thursday, 27 December 2012
Wednesday, 26 December 2012
Bukan Permintaanku
Siapa kata mudah dipakai. Sungguh ia memerlukan mujahadah yang sangat kuat. Terkadang aku terfikir kenapa aku memakainya. Pernah juga aku terfikir mungkin tidak sepatutnya aku pakai.
Tapi, aku tak boleh lemah. Aku punyai kisah silam yang rumit. Aku sanggup gadaikan kebebasan diri aku untuk kepentingan orang lain. Terlalu banyak aku diuji. Aku takut jika amanah ini menjadi fitnah kepada kaum yang lain. Demi menjaga hati, aku sanggup ya Ilahi. Kuatkan aku :')
Sunday, 2 December 2012
Bilakah kemenanganku?
Siang malam aku berusaha, membaca buku mengabaikan dugaan dugaan lain, penat hatiku melawan semua itu, tapi bilakah kemenanganku? Sungguh, keputusan tak setimpal usahaku. Sangat mengecewakan.
*****************************************
Itulah aku. Mengalah sebelum pecut berlari. Sedarkah wahai diriku aku sedang berada di atas trek yang penghujungnya sudah kutemu. Sikit waktu lagi. Sedarkah wahai diriku, Allah sedang membuka ruang untukku mendekatkan diriku denganNya. Sedarkah aku? Tidak! Kerana aku dikuasai ammarah dan putus asa.
Hakikatnya belum cukup aku berusaha, jika orang lain boleh memahami sesuatu hanya cuma sekali pembacaan, namun aku 25 kali pun belum tentu memahami. Dan aku harus menjadikannya kali ke 26. Ya, itulah aku! Aku terlupa kesibukan itu melalaikan aku. Aku jauh dengan Dia. Solatku di penghujung waktu dek kerana melekat dengan buku. Sungguh aku terlupa tajdid niat, Kerana apa aku membaca? Exam?
Allah nak berikan aku pengajaran. Disebabkan aku membaca kerana exam. Ya inilah jadinya. Bukannya kerana ilmu dan redhaNya.
Aku tahu Ya Rabb, Engkau mahukan aku berusaha dengan gigih lagi. Engkau rindukan dengar rintihan tensionku. Aku malu ya Rabb, aku yang begitu hina ini mendapat perhatian dariMu. Inilah kemenanganku. Ujian kekalahanku ialah kemenanganku.
Semoga aku termasuk dalam kalangan orang yang cintakan ilmu. Bukannya orang yang lelah putus asa di pertengahan waktu.

Jika kita tersangkut di pertengahan jalan, sememangnya ada kesalahan di permulaan. Semak semula.Kejarlah ilmu, in shaa Allah kejayaan mengiringimu. Mintalah ilmu itu pada Pemilik ilmu. :)
Saturday, 17 November 2012
Aku dan Dia # 1
aku dan dia
mencorakkan kehidupan dengan keindahan warna pelangi amat menarik, kadang kala suka, kadang kala duka. itu lumrah.
" eh, kau buat apa tu?"
" astaghfirullah, kalau ya pun bagila salam dulu, terkejut saya"
"maaf, maaf. wah awak menulis ka? nak baca!"
itulah sahabat, Amira. sejak kecil aku dengannya. hobinya sergah orang. aku cukup senang bersahabat dengannya. sungguh. bersahabat dan berkasih sayang atas dasar iman sangat sweet. bukannya sebab rupa dan bukan juga sebab kepentingan sesuatu. begitu lama masa yang diambil untuk membina persahabatan seutuh ini
Ujian itu sangat bermakna.
lelaki. dek kerana dianugerahi Allah dengan rupa yang menyejukkan hati, ujian kecil ini sesekali menggugat persahabatan kami
" eh sampai hati awak rampas dia daripada saya. kenapa awak tak cakap yang awak sukakan dia"
" sejak bila pulak saya sukakan dia ni. amira, cuba bawa bertenang. kita duduk dan berbincang" ujarku lembut.
sungguh tidak pernah pernah aku dengan amira mempunyai masalah berkaitan lelaki. pasti ada sesuatu yang tidak kena. sangkaku .
sudah dua hari amira tidak menyapa aku bahkan senyum pun tidak.
aku tidak akan berdiam diri. aku harus lakukan sesuatu untuk menyelamatkan persahabatan yang aku sayang ini. tidaklah hanya kerana ujian sekecil ini aku telah lemah. ya, mungkin Amira tidak memahami dan tidak mengerti, jadi akulah yang perlu perbetulkan semula.
aku memberanikan diri untuk menegur Amira. setiap kali aku mencuba, setiap kali itulah dia melarikan diri daripadaku. aku yakin pasti ada sesuatu yang mengganggu Amira sehingga menyebabkan dia berkelakuan begini.
Awak, nak berkenalan boleh?
ringtone berbunyi menandakan satu mesej masuk.
Siapa awak?- balasku
Saya Shafiq, dah lama saya perhatikan awak.
Shafiq? fikiranku ligat mencari kenangan lepas. kenapa aku rasa macam pernah dengar nama shafiq ini.
tupp!
Ya aku ingat. dua hari lepas aku terjumpa sepucuk surat bawah meja study amira. surat tersebut daripada shafiq. mungkinkah orang yang sama.?
aku tidak terburu-buru menyambut sapaan shafiq. aku mahu menyiasatnya dahulu.
awak kenal Amira?
ouh, saya kenal dia.
bagaimana awak kenal dia.
dia pernah hantar surat kepada saya.
amira hantar surat kepada shafiq? hatiku hairan dan gelisah.
bukankah awak yang hantar surat kepada amira terlebih dahulu.
tidaklah, saya terpaksa membalasnya.
kenapa terpaksa?
sebabnya amira meluahkan perasaan dia kepada saya. saya tidak boleh terima.
aku yakin inilah puncanya. aku bertanya lagi.
apa yang awak tulis dalam surat itu.
saya cuma cakap yang saya tak boleh terima dia kerana hati saya terpikat pada awak.
lemah rasanya jantung ini. sebab inilah amira menjauhkan diri daripada aku.
maaf ya awak, saya lebih sayangkan persahabatan saya. assalamualaikum, jangan ganggu saya lagi.
aku perlu cari amira dan terangkan segalanya. ya Allah, sampaikanlah kepada amira aku sangat sayangkan dia. aku nampak amira sedang duduk atas kerusi batu berhadapan air terjun buatan di asrama. terima kasih ya Allah kerana pertemukan aku dengannya. aku mendekati dan menyapanya.
amira, saya nak cakap sikit dengan awak.
cakap apa?
saya sayangkan awak. sangat
dia membisu.
saya tak mampu nak menghadapi semua ini berseorangan. saya tahu awak sukakan shafiq. percayalah saya tidak ada sedikit rasa minat terhadap dia. saya minta maaf jika saya ada buat salah kepada awak. amira, saya sayangkan persahabatan kita lebih daripada segala-galanya.
amira masih tidak memberikan reaksi.
awak cakap nak masuk syurga dengan saya. kan kita dah berjanji dalam hati kita tiada yang lain selain Allah dan kekasihNya yang lebih kita cintai. tetapi kenapa dengan ujian sekecil ini awak lupa pada janji. awak seorang yang kuat amira. percayalah.
sedikit pun amira tidak berganjak. mungkin amira ingin bersendirian. aku mengambil keputusan untuk pergi dari situ takut-takut jika aku memaksa amira untuk berbaik denganku. soal hati tidak boleh dipaksa.
sedang aku berjalan balik,
awak.
hatiku tersentuh, amira memanggilku.
kenapa awak begitu cepat beralah dengan saya. kenapa awak tak datang jumpa saya awal-awal lagi. kenapa awak tak tegur perbuatan saya. saya sangat malu. saya telah kalah dengan nafsu sendiri. kenapa awak membiarkan saya begitu. walaupun saya dingin dengan awak, tapi percayalah saya sangat mengharapkan awak datang kepada saya. datang menasihati saya. saya sangat sayangkan awak. tak mungkin disebabkan cinta saya gadaikan persahabatan kita. tak mungkin.
jatuh air mataku melihat esakan amira. lantas aku menariknya dalam pelukanku. kami berpelukan. erat.
saya minta maaf awak. saya bukan sahabat yang baik. saya tidak berada ketika awak memerlukan saya. saya jauh dengan awak ketika awak memerlukan bahu saya untuk menangis. saya minta maaf.
saya tak pernah marahkan awak. sungguh, ujian yang Allah berikan ini amat bermakna buat saya. Terima kasih ya Allah atas cubaan ini.
saksikanlah ya Allah, aku sangat sayangkan dia kerana Mu.
Wednesday, 14 November 2012
Wahai Pemilik Hati
Sungguh, pena pun tidak mampu untuk mengungkap perit yang tertanggung di dada. Menangislah jika itu yang dapat membuatkan hati ini tenang. Menangislah tanda hati ini mempunyai kelemahan. Menangislah tanda hati ini perlu bergantung pada yang satu. Sungguh wahai Pemilik hati, betapa banyak dosa yang hati ini lakukan sehingga sampai satu tahap hati ini tidak tahu kenapa air mata mengalir. Terima kasih ya Allah atas air mata ini. Terima kasih ya Allah kerana jatuhkan ego hati ini untuk mengalir hina di hadapan Mu. Tetapkan hati ini di jalan Mu. Janganlah palingkan ia walau sedetik, bahkan masa yang cepat dari sedetik. Sayangilah hati ini, Ya Rabb :')
Sunday, 4 November 2012
Sungguh, aku terharu denganMu
PerancanganMu adalah sebaik-baik perancangan dan Engkau ya Allah adalah sebaik baik perancang.
Aku duduk santai di katilku. Dek kerana kebosanan aku mengambil handphone dan menekan satu apps di dalamnya iaitu kisah nabi. Perancanganku ingin membaca kisah kekasihMu Muhammad SAW tetapi tidakku sedar aku menekan kisah Nabi Nuh . Aku teruskan pembacaanku walaupun aku agak pelik dengan diriku sendiri. Selang beberapa hari selepas kejadian itu, aku mengikuti sebuah program yang membincangkan berkenaan kisah Nabi. Dan salah satu kisah yang dibincangkan adalah kisah Nabi Nuh. Aku berasa hairan macam mana aku boleh tahu kisah ini dan boleh menjawab soalan yang diajukan sedangkan aku ini bukanlah seorang yang rajin membaca. Rupa-rupanya Allah menetapkan aku membaca kisah tersebut pada awal lagi supaya aku dapat bersedia dengan apa yang akan dibincangkan. PerancanganMu sangat teliti. Sungguh, aku terharu denganMu.

* * * * * * * * *
Aku berkira-kira untuk menukar takhasus kerana aku lebih meminati fiqh berbanding usuluddin. Peluang berada di depan mata apabila Biro Akademik (BA) menawarkan kepada pelajar tahun satu untuk menukar takhasus dengan mengisi borang. Tapi kenapa aku buat tak endah eh? Aku sendiri tidak faham dengan diriku. Mungkin kerana aku redha dan yakin inilah yang ditetapkan untuk aku dan mungkin kerana ibubapaku. Mereka amat menyokong aku jika terus berada dalam bidang ini. Baru-baru ini aku mengikuti program Seminar Ulum Hadis dan Bengkel Takhrij Hadis. Tak berniat sebenarnya untuk join program ni tapi entah haha Aku bertanya kepada kawanku sama ada dia hendak join program ini atau tidak. Dan kami bersepakat untuk join. Ada seorang penceramah berkata, diantara ratusan orang di universiti, kamulah yang dipilih oleh Allah untuk berada di dalam majlis ini dan mempelajari ilmu takhrij hadis. Ya, aku orang yang terpilih. Kenapa aku? Kerana ini merupakan hint untuk aku terus berjuang dalam bidang ini meskipun sukar. PerancanganMu sangat teliti. Sungguh, aku terharu denganMu.
Semoga setiap kejadian yang terjadi kepada kita dapat kita fikir secara berhikmah kerana Allah tak jadikan kita sia sia di bumi ini melainkan untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah di bumi ini.
Thursday, 1 November 2012
Engkau orang yang kuat hatinya.
Pernah tak rasa dipinggirkan? Sakit tak kalau kawan kita saling berbisik sedangkan kita betul-betul di sebelahnya ataupun bercakap tentang perkara yang tidak kita ketahui di hadapan kita? Sakit kan? Sangat.
Apa yang patut kita lakukan? Tenangkan hati. Mungkin pada waktu itu bukan masa yang tepat untuk kita mengetahui tentang soal tersebut ataupun kita tidak mahu dibebani dengan perkara yang dibincangkan.
Mengadulah pada Dia. Mudah mudahan hati kita kembali tenang dan jauh dari prasangka buruk,
Apa yang paling penting, biarlah orang lain melakukan sedemikian kepada kita dan janganlah sesekali kita membalas perbuatan mereka dengan memerli atau melakukan perkara yang sama. Ingatlah Allah Maha Adil dan Dia akan membalas setiap perbuatan kita. Hubungan kita dengan orang lain adalah tanggungjawab kita dan hubungan orang lain dengan kita adalah tanggungjawab mereka dengan Allah. Jagalah tanggungjawab dan amanah itu sebaiknya kerana semuanya akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Allah bersama orang-orang yang bersabar :')

Kenikmatan yang kekal
Perasaan yang tak dapat digambarkan apabila dah habis exam. Rasa wahhh heaven bebenor. Ringan kepala. Mula lah habis sekolah tengok movie, melepak dengan kawa-kawan dan yang paling suka kita lakukan ialah online 24 jam.
Bila terfkir balik alangkah lagi indah dan selesanya apabila kita mendapat rehat yang sebenar-benar rehat iaitu di syurga yang hakiki. Kita baru diuji dengan ujian dunia, dan apabila kita melepasinya kita dapat rasakan nikmat yang tersangat. Inikan pula kalau kita dapat merasakan nikmat yang kekal abadi di sana.
Sama-samalah kita meningkatkan amalan supaya kita dapat rasakan kenikmatan selepas exam yang sebenar, iaitu syurgaNya :)

Sunday, 28 October 2012
Apa itu? *dongak ke atas*
TING!
Wang syiling jatuh ke tanah. Dari mana datangnya, Ahmad bermonolog. Tanpa mempedulikan keadaan sekeliling Ahmad terus melakukan sambil melihat pekerja-pekerjanya membuat kerja di tapak pembinaan, tiba-tiba
TING!
syiling itu jatuh lagi.
Eh, mungkin ini rezeki aku, monolog Ahmad . Dia mengutipnya. Dan sekali lagi,
TING!
Ahmad tidak memikirkan peristiwa di sebalik kejadian itu dan tidak pula mencari dari mana datangnya wang syiling tersebut. Padahal, bosnya Encik Rashid melemparkan wang syiling itu dari tingkat atas sebagai signal untuk memanggilnya dek kerana lif di tapak pembinaan tersebut rosak. Setelah beberapa kali wang syiling itu dibaling, barulah Ahmad tersedar dan didongakknya ke atas.
KITA? Bagaimana?
Adakah kita seperti Ahmad yang tidak cakna dengan 'signal' yang diberi ?
Allah seringkali memberikan signal kepada kita untuk kembali kepada Dia, tetapi apakah yang kita lakukan? Menyambutnya dengan hati yang bermuhasabah atau buat-buat tidak tahu?
Pandanglah setiap kejadian yang berlaku ke atas diri kita dengan berhikmah agar kita dapat merasai setiap perbuatan yang kita lakukan diredhai Allah, setiap kecelakaan yang kita tempuhi adalah teguran daripada Allah.
Marilah kembalik kepadaNya. Sungguh, Allah sangat sayang dekat kita <3

Sunday, 21 October 2012
Kerana anda begitu berharga ^.^
Ada yang bertanya, "kenapa tidak letak gambar sendiri dalam profile picture atau di twitcon?"
Kenapa eh? Aku sendiri tidak tahu. setelah difikirkan aku cuba untuk memberikan jawapan yang sesuai untuk orang yang berfikir mengikut perubahan zaman. :)
Mungkin kalau aku letak gambar aku nanti tiada siapa yang akan kawan dengan aku ya la sebabnya aku ni tidaklah selawa orang lain untuk menayangkan gambar sendiri.Malu pula rasanya.
Dari pandangan islamik : Aku bersyukur kerana aku tahu gambar aku bukanlah untuk tatapan umum. Biarlah aku merendah diri dengan apa yang tercipta untuk aku walaupun hakikatnya aku berasa sedikit cemburu kerana mereka semua Allah jadikan cantik dan menawan. Sebenarnya itu adalah ujian untuk kita menjaga kehormatan diri. Akan lebih manis kalau kita sembunyikan kecantikan kita dan memberikan hanya kepada yang selayaknya. Ingat, kita ini manusia tak boleh lari dari godaan syaitan. Setiap manusia dianugerahi kelebihan masing-masing. Allah Maha Mengetahui apa yang diperlukan oleh hambaNya. Gunakanlah kelebihan yang ada pada diri kita dengan sebaiknya supaya ia dapat menjadi saham kekayaan di akhirat dan bukannya bahan pembakar di neraka.
Sayangilah dan peliharalah diri anda dengan sebaiknya kerana kelak ia akan menjadi saksi di hadapan Pemiliknya. Janganlah disebabkan perlakuan kita, tertanggu hati orang lain. Semoga Allah redha. Wallahua'lam.

Exam exam exam ! Lulus di sini atau di sana?
Beberapa minggu ni ramai yang bergelut dengan exam. Biasa la kan nak masuk semester baru. Tak terkecuali juga di timur tengah ni, turut terkena tempiasnya. Sebenarnya exam ni bukanlah bertujuan menghabiskan pokok-pokok di dunia ni mungkin juga haha tetapi semata-mata untuk mengukur kefahaman dan kesungguhan kita dalam menuntut ilmu. Tajdid semula niat kita. Belajar kerana Allah, demi untuk mencari redhaNya dan menegakkan agamaNya bukannya belajar kerana nak lulus exam.
Bercakap soal lulus exam, mustahillah jika seseorang yang menduduki exam mahukan kegagalan, bukan? Apabila kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan disamping memperbetulkan niat dan tujuan menuntut ilmu, sudah pastilah Allah akan memberikan kejayaan. Kejayaan sentiasa mengelilingi orang yang berusaha.
Persoalannya, kita hanya mahu sekadar lulus exam di sinikah? Bagaimana pula exam di sana? Ketika di dalam kubur? Ketika di hadapan Allah? Bagaimana keadaan iman dan ilmu di pada waktu itu?
Jika kita berasa takut ketika hendak menghadapi exam, wajib juga kita berasa takut untuk menghadapi exam yang sebenar-benarnya. Kita sudah dibekalkan maklumat tentang waktu exam di sana iaitu selepas kematian kita, soalannya juga telah dibocorkan iatu Siapa Tuhan kamu? etc.

Segalanya telah diberitahu . Namun, mampukah kita menjawabnya dengan cemerlang ?
Ingatlah, walaupun kita sibuk mempersiapkan bekalan exam di dunia tapi jangan sesekali kita mengabaikan bekalan exam kita di akhirat. Pada bila-bila masa sahaja kita akan pergi untuk menghadapNya. Pemeriksa kepada segala pemeriksa. Tuhan sekalian alam. Allahu Robbi.
Marilah sama sama kita bermuhasabah diri. Semoga kita lulus cemerlang exam dunia dan akhirat amiinn. Wallahua'lam :)
Friday, 19 October 2012
La Tahzan, Allah maa'na
Jangan kau bersedih sahabatku,
Atas apa yang menimpa dirimu,
Sesungguhnya engkaulah orang yang paling tabah,
Yang mampu menanggung segala derita, penat dan lelah.
Kadang-kadang kita alpa,
Sebenarnya di saat kita gembira juga satu ujian
Tetapi di saat itu kita leka yang sebenarnya Allah sedang menguji kita
Adakah sama ada Dia meminjamkan kebahagiaan buat kita
Membuatkan kita ingat kepadaNya atau tidak.
Ya. Kita lupa sahabat. Kita lupa kepadaNya.
Setelah itu Dia berikan kepadamu satu lagi ujian
Walaupun Dia tahu sukar untuk hambaNya menerima
Tetapi Dia juga tahu sejauh mana kemampuan hambaNya
Dia memberikan kau kesedihan dan kedukaan
Di saat inilah kau kembali kepadaNya.
Inilah dia sahabat.
Sebenarnya Dia sangat rindukanmu.
Rindukan rintihan seorang hamba
Seorang hamba yang bukan hanya ingatkanNya pada waktu susah
Malah waktu senang.
Bersyukurlah sahabat
Apa akan terjadi jika kau tidak terpilih untuk mendapat ujian ini
Pastinya kau terus berada dalam kelekaan
Terlepas pandang hakikat sebagai seorang hamba
Yang sentiasa memerlukan kasih sayang Tuhannya.
Dia telah menjentik hatimu
Untuk kembali kepadaNya
Dengan hanya satu ujian
Mangadulah sahabat
Pada Tuhan Yang Satu,
Dia menantimu..
<3 Jangan kau sedih sahabat
Dia sentiasa dekat di hatimu ^.^

Nak naik perahu tak? Jom !! ^.^
"Awak!! Jomla kita pergi ke memancing hujung minggu ni. Saya bosan lah duduk rumah setiap hari." ujarku sambil memegang erat tangan suamiku.
" Laa kenapa tak bagi tahu awal-awal. Kalau abang tahu dari tahun lepas lagi abang bawa sayang pergi hehe " balasnya.
"Apa akan jadi kalau kaki abang satu di perahu ini dan sebelah kaki lagi di perahu sebelah" tanya suamiku.
"Jatuh mungkin ataupun sakit kaki " jawabku loyar buruk sambil tersenyum memandangnya. Pasti ada sesuatu di sebalik kronologi yang dibuat suamiku.
" Betul ! Jawapan yang lain ialah sudah pasti perahu ini tidak akan berjalan dan bergerak. Sebenarnya kronologi ini sesuai dengan perjalanan kehidupan kita. Kaki abang di dalam perahu yang berlainan boleh diibaratkan sebagai Islam dan Jahiliyyah. Jika kita berada dalam Islam separuh dan Jahiliyah separuh, adakah kita akan menjadi seorang muslim yang bertaqwa? Jika kita mengamalkan Islam dan menjaganya tetapi dalam masa yang sama kita masih melakukan amalan jahiliyah seperti membuang waktu dengan perkara yang tidak berfaedah dan sebagainya, bagaimanakah keadaan langkah kita untuk menuju redhaNya? " terang suamiku.
Konklusinya agama Islam ialah agama Allah dan tidak boleh diambil mudah. Kita mahupun syurga yang begitu tinggi darjatnya tetapi amalan kita serendah gamat di laut. Berusahalah sedaya upaya untuk menangkis karat jahiliyah yang masih berbaki dalam diri kita dan masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya.
*Nota : Seorang motivator Islam, Syeikh Muhammad Qutb dalam bukunya 'Jahiliyah kuruk kedua puluh' ada menegaskan bahawa, masyarakat jahiliyah adalah mereka yang tidak memiliki akhlak mulia, budi bahasa, sopan santun atau sifat-sifat yang baik, yang menyembah dunia dan segala bentuk kebendaan, yang lebih tepat lagi tidak berkiblatkan akidah kepada Allah SWT.
Wallhua'lam.
" Laa kenapa tak bagi tahu awal-awal. Kalau abang tahu dari tahun lepas lagi abang bawa sayang pergi hehe " balasnya.
*********************

Thursday, 18 October 2012
Ukhuwwah itu - tulen atau palsu?
Ramai yang menyebut ukhuwah fillah, saya sayangkan awak kerana Allah.
Tetapi apakah makna sebenar kita jalani ukhuwwah itu?
Ukhuwwah itu manis dan asyik jika kita berlandaskan kepada cinta Allah dengan saling menasihati ke arah kebaikan dan berazam untuk sama-sama mencapai redha Allah dan syurgaNya. Kita mengasihi seseorang bukan atas dasar nama atau kelebihan yang ada pada diri seseorang tetapi kerana Allah.
Bagaimana nak kasihkan seseorang kerana Allah? Sedarkah hakikat bahawa kita seorang hamba dan saudara kita juga sama statusnya seperti hamba. Apabila bernama hamba, sudah pasti ada pemilik atau tuannya. Pemilik kita ialah Allah. Suatu saat nanti, kita yang bergelar hamba dan makhluk pasti akan menghadap kembali Pemilik kita. Di saat itu, adakah kita hanya ingin berjaya seorang diri tanpa mempedulikan yang lain atau bersama-sama saudara kita memasuki syurgaNya.
Kekadang kita tidak sedar bahawa kita jalinkan persahabatan dengan seseorang atas sebab tertentu. Sebagai contoh, sahabat kita seorang yang dikenali ramai ; dan kita mahu menjadi 'famous' sepertinya jadi kita bersahabat dengannya. Ataupun contoh lain, kita bersahabat dengan seseorang atas dasar perikatan persatuan dan kerja semata-mata bukannya untuk menambahkan kenalan dan saling berkasih sayang.

Rasulullah SAW bersabda " Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri " [ HR Bukhari & Muslim ]
Kekadang kita tidak sedar bahawa kita jalinkan persahabatan dengan seseorang atas sebab tertentu. Sebagai contoh, sahabat kita seorang yang dikenali ramai ; dan kita mahu menjadi 'famous' sepertinya jadi kita bersahabat dengannya. Ataupun contoh lain, kita bersahabat dengan seseorang atas dasar perikatan persatuan dan kerja semata-mata bukannya untuk menambahkan kenalan dan saling berkasih sayang.
Hargai apabila berdua . Sayangi apabila bersama . Maafkan apabila terluka . Rindui apabila jauh di sana . Fahami apabila berprasangka . Ingati saban ketika . Kerana Allah kasih tercipta <3
Ubahlah dan perbaiki semula niat kita dalam bersahabat agar persahabatan yang kita jalinkan di dunia tidak menjadi saham yang dapat melontarkan kita ke neraka. Nauzubillah.
Wallahua'lam.
Wednesday, 17 October 2012
Adab Menuntut Ilmu
Setiap daripada kita akan sentiasa menempuhi saat ini. Tidak kiralah secara langsung ; di dalam dewan kuliah ataupun secara tidak langsung; keadaaan sekeliling. Dan setiap perbuatan yang kita lakukan mestilah disusuli dengan adab agar perbuatan kita mendapat redhaNya.
1 ) Ikhlas
Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
" Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menunutut ilmu selain daripada kerana Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya di neraka " [ HR Tarmizi ]
2 ) Beradab dengan orang yang memberi ilmu
Berkata Imam Syafie :
" Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia bersunyi diri, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu " [ Syarah Mazhab Jilid 1, m.s 31 ]
3 ) Banyak bersabar
Imam Syafie pernah berkata :
" Tidak diperoleh ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan " [ Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, /\m.s 237 ]
4 ) Tulis setiap apa yang dipelajari
Kata Abu Hurairah r.a
" Tidak ada seorang pun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis " [ HR Ahmad dan Baihaqi ]
5 ) Tawadhu'
Imam Ahmad bin Hambal berkata :
" Kami disuruh supaya tawadhu' ( rendah diri ) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya " [ Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 274 ]
6 ) Menjauhi dari banyak makan
Ibn Jma'ah berkata :
" Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan rasa tidak jemu adalah makan sekadarnya daripada makanan yang halal " [ Kitab Fadhlu al-Ilmi, m/s 222 ]
7 ) Tidur yang sedikit
Firman Allah SWT yang bermkasud :
" Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu ( di dunia ) adalah oeang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT) " [ Az-zariyat 51 : 15-18 ]
8 ) Kurangkan kata-kata yang tidak bermanfaat
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
" Sesiapa yang beriman kepada Allah dah hari akhirat, maka cakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam "
Wallahua'lam
via UAI.

Sunday, 14 October 2012
Kita - Saling Melengkapi ^.^
Setiap orang dianugerahi kelebihan masing-masing.
Setiap orang berperanan melengkapkan antara satu sama lain.
Allah letakkan seseorang itu di sesuatu tempat pasti ada hikmahnya.
Allah hadirkan:
~seseorang yang baik hati dalam kalangan orang yang nakal agar kelonpok itu boleh bertolak ansur antara satu dengan yang lain.
~seseorang yang pandai masak di dapur agar orang dalam rumah itukenyang boleh merasai nikmat rezeki yang diberiNya
~seseorang yang manis bicara agar orang lain boleh mendapat mutiara kata dan nasihat daripadanya.
~seseorang yang garang dan tegas agar kita boleh berdisiplin.
~seseorang yang lemah lembut agar kita boleh mencontohinya dan menjaga sikap kita.
~seseorang yang bijak dan berilmu agar kita boleh mempelajari sesuatu yang baru dan sentiasa berusaha ke arah kejayaan.
~seseorang yang banyak mulut agar kita boleh mengambil hikmah supaya ramah dalam berkomunikasi
~seseorang yang nakalburuk akhlaknya agar kita boleh mengambil iktibar dan berpeluang untuk mangubah dirinya ke arah yang lebih baik
Tetapi janganlah kita hanya berdiam diri dan berserah pada takdir sahaja. Seharusnya kita sebagai manusia berusaha untuk sentiasa memperbaiki diri dan menguasai segala jenis cabang ilmu agar kita menjadi seorang yang berguna kepada keluarga, agama dan masyarakat.
Selamat berjuang menjadi yang terbaaeekk ! :D
wallahua'lam .
Setiap orang berperanan melengkapkan antara satu sama lain.
Allah letakkan seseorang itu di sesuatu tempat pasti ada hikmahnya.
Allah hadirkan:
~seseorang yang baik hati dalam kalangan orang yang nakal agar kelonpok itu boleh bertolak ansur antara satu dengan yang lain.
~seseorang yang pandai masak di dapur agar orang dalam rumah itu
~seseorang yang manis bicara agar orang lain boleh mendapat mutiara kata dan nasihat daripadanya.
~seseorang yang garang dan tegas agar kita boleh berdisiplin.
~seseorang yang lemah lembut agar kita boleh mencontohinya dan menjaga sikap kita.
~seseorang yang bijak dan berilmu agar kita boleh mempelajari sesuatu yang baru dan sentiasa berusaha ke arah kejayaan.
~seseorang yang banyak mulut agar kita boleh mengambil hikmah supaya ramah dalam berkomunikasi
~seseorang yang nakal
Tetapi janganlah kita hanya berdiam diri dan berserah pada takdir sahaja. Seharusnya kita sebagai manusia berusaha untuk sentiasa memperbaiki diri dan menguasai segala jenis cabang ilmu agar kita menjadi seorang yang berguna kepada keluarga, agama dan masyarakat.
" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri " 13:11
Selamat berjuang menjadi yang terbaaeekk ! :D
wallahua'lam .
Saturday, 13 October 2012
Pertemuan Singkat Yang Amat Bermakna
Jumaat-12 Oktober 2012
Catatan hidupku untuk dikenang pada masa hadapan.
Perjalanan yang panjang amat meresahkan aku. Penantian itu satu penyeksaan. Benar belaka. Hampir dua jam perjalanan aku dari pekan Mu'tah ke Amman menaiki sebuah van yang dipandu oleh pakcik Ibrahim bersama-sama kakak senior dan seorang kawan. Deringan handphone memukul gegendang telingaku.
"Ada dekat mana ni" tanya sahabatku.
"Sekejap, dalam perjalanan lagi" aku menjawab.
Dingin. Berdebar. Sebak. Berbaur perasaanku untuk berjumpa seorang sahabat yang amat aku rindui. Namun, aku lebih senang melayan lagu daripada perasaan aku itu.
10.15 pagi.
Van berhenti di hadapan ratusan gerai di Abdali, Amman. Tempat bundle yang sememangnya dikunjungi ramai. Tempat bakal pertemuan dua sahabat, aku dan dia. Keadaan yang sesak dan sempit serta ratusan manusia yang mengunjungi menyukarkan aku untuk mencari sahabatku. Namun, aku tidak berputus asa.
"Nadia !!! "
Pantas aku menoleh apabila namaku disapa.
Kenalanku di sekolah menengah memanggil. Pantas dia memeluk erat diriku kerana lama tidak berjumpa. Sungguh, aku sangat rindu padanya. Kenangan pada waktu persekolahan menyapa mindaku. Berjuang bersama-sama di dalam kelas, menghafal surah serta subjek-subjek STAM. Amat bermakna.
"Eh, nampak Zuk dak?" aku bertanya.
"Tak nampak pulak." Seketika kemudian. "Aku nampak Zuk, sekejap aku panggil".
Beberapa minit kemudian Dayah kembali bersama Zuk di sisi.
Kami bersalaman. Sebak rasanya. Kami hanya sempat berbual pendek memangdangkan keadaan yang begitu sesak. Lebih kurang sejam kami 'membeli belah' di bundle. Aku harus berundur diri kerana ada plan lain.
Tak sempat sebenarnya aku nak bersembang panjang dengan sahabatku. Tetapi aku amat bersyukur ya Rabb kerana menghadiahkan sebuah pertemuan kepada aku dan sahabatku walaupun sekejap. Sebenarnya ingin sekali lagi aku memeluk erat sahabatku dan berkata kepadanya Aku Sayangkan Kau Kerana Allah.
Ada jodoh kita berjumpa lagi. Berjuanglah di sana. Jaga diri. Jaga iman.

Diri ini seorang pentadbir.
Saya bawa satu persoalan di sini, apakah kerajaan yang paling kecil?
Mungkin ramai yang akan jawab kerajaan negeri , atau negara-negara yang lain?
Sebenarnya jawapan tersebut berkait rapat dengan diri kita. Kerajaan yang paling kecil ialah kerajaan diri. Kenapa? Kerana pentadbirnya hanyalah seorang iaitu diri kita sendiri.
Kitalah Perdana Menteri, kitalah Menteri Kewangan, kitalah rakyat, kitalah segala-galanya. Percaya atau tidak kita ialah seorang pentadbir kepada sebuah kerajaan.
Mampukah kita untuk mentadbir kerajaan tersebut? Tiada siapa yang dapat membantu kita menyusun strategi pentadbiran melainkan diri kita sendiri kerana masing-masing sibuk untuk melancarkan pentadbiran mereka. Kalaulah kita tidak ada basic dan ilmu untuk menguruskan sesebuah kerajaan, apakah yang terjadi? Semestinya kerajaan tersebut akan mundur dan ketinggalan.
Apa yang harus kita lakukan untuk menjadikan kerajaan kita sentiasa stabil dan gemilang di pandanganNya?
Berbalik kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Apa yang Allah suruh kita ikut dan apa yang Allah larang jangan kita lakukan. Mengikut panduan kehidupan yang diajar oleh Baginda S.A.W , inshaa Allah kerajaan kita akan cemerlang, gemilang dan terbilang.
Allah menguji kita untuk mentadbir diri kita sendiri supaya kita boleh bersedia untuk menjadi seorang khalifah yang mengajak kepada kebaikan dan melarang keburukan di muka bumi ini.
Sedarlah kita bahawa diri kita semestinya mahukan seorang pentadbir yang cemerlang supaya apabila diri ini dikembalikan kepada Pemilik asal, Allah S.W.T. diri ini dapat berada di tempat yang selesa, tempat yang diimpikan walaupun ketika berada di dunia ini, tempat yang sementara sanggup menelan kepahitan dan susah payah demi mengharap redha Allah Yang Esa.

Thursday, 11 October 2012
Jawapan kepada orang yang baru clash.
Apa yang akan saya katakan ialah TAHNIAH.
Kenapa? Bukan menyokong kerana berjaya patahkan hati oranghaha tetapi semata-mata kerana tahniah.
Lazimnya, kenapakah kita mengucapkan tahniah kepada seseorang? Tujuannya kerana memperoleh kejayaan atau sesuatu berita yang menyenangkan.
Clash ni berita yang menyenangkan kah?
Orang yang berfikir dan sentiasa bermuhasabah setiap sesuatu tindakan yang berlaku ke atas dirinya akan mengatakan ya, clash ni berita yang menyenangkan.
Sebenarnya tak semua orang berjaya mendapat hidayah Allah. dan hanya orang yang terpilih sahaja. Special kan? Hanya yang terpilih sahaja. Jadi bersyukurlah anda.
Anggap saja Allah nak kita berubah ke arah yang lebih baik. Jadi Allah bagi peluang kepada kita dengan menghentikan jalan-jalan zina yang selama ni kita tak sedar pon yang sebenarnya couple juga boleh mendekatkan kita dengan zina. Memanglah kita tak pegang tangan dia pon, kita tak berjumpa pon, tetapi bagaimana dengan hati kita? Sentiasa ingat si dia atau Dia, Pencipta seisi alam?
Jadi, kita sebagai seorang hamba yang diciptakan berada di muka bumi ini tak lain tak bukan hanyalah untuk menjadi khalifah dan beribadah kepada Allah. Jika kita meletakkan selain Allah di hati kita , wajarkah kita dipanggil hamba yang bersyukur? Dia memberikan segala-galanya kepada kita tanpa meminta balasan tetapi kita tak bersyukur dengan pemberianNya bahkan mengingati yang lain.
Muhasabah kembali diri kita dan berilah peluang kepada hati untuk mengenal Penciptanya.
Wallhua'lam.
Kenapa? Bukan menyokong kerana berjaya patahkan hati orang
Lazimnya, kenapakah kita mengucapkan tahniah kepada seseorang? Tujuannya kerana memperoleh kejayaan atau sesuatu berita yang menyenangkan.
Sebenarnya tak semua orang berjaya mendapat hidayah Allah. dan hanya orang yang terpilih sahaja. Special kan? Hanya yang terpilih sahaja. Jadi bersyukurlah anda.
Anggap saja Allah nak kita berubah ke arah yang lebih baik. Jadi Allah bagi peluang kepada kita dengan menghentikan jalan-jalan zina yang selama ni kita tak sedar pon yang sebenarnya couple juga boleh mendekatkan kita dengan zina. Memanglah kita tak pegang tangan dia pon, kita tak berjumpa pon, tetapi bagaimana dengan hati kita? Sentiasa ingat si dia atau Dia, Pencipta seisi alam?
Jadi, kita sebagai seorang hamba yang diciptakan berada di muka bumi ini tak lain tak bukan hanyalah untuk menjadi khalifah dan beribadah kepada Allah. Jika kita meletakkan selain Allah di hati kita , wajarkah kita dipanggil hamba yang bersyukur? Dia memberikan segala-galanya kepada kita tanpa meminta balasan tetapi kita tak bersyukur dengan pemberianNya bahkan mengingati yang lain.
Muhasabah kembali diri kita dan berilah peluang kepada hati untuk mengenal Penciptanya.
Wallhua'lam.
Tuesday, 9 October 2012
Aku menghormati dirimu
Bukanlah tujuanku meluahkan perasaan di dalam entry.
tapi inilah salah satu cara diriku mengilhamkan sesuatu
tidak ku sekali mencari nama
tidak juga ku lakukan ini untuk diberi perhatian
tapi semata-mata hanya kerana ingin berkongsi
sesuatu yang ku tahu
maaf andai kehadiranku mengganggu dirimu
tapi izinkan aku membuat satu permintaan
ini caraku
hormatilah.
pedulikan aku, tetapi
jika aku melanggar syariat
jika aku melakukan sesuatu yang mengaibkan
bantulah aku
tegurlah aku
supaya aku kembali ke jalanNya.
terima kasih <3
hanya Allah dapat membalas
kecekalan hatimu
melawan godaan nafsu
yang tidak menyenangi diriku tetapi
sanggup melawan perasaan
demi kebaikan kita bersama :)

Kan Manis Bersangka Baik, Tak Gitu?
NASIHAT SHEIKH ABDUL KADIR AL-JALANI :
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkanlah dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku "
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu :
" Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku "
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu :
" Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku "
Jika bertemu dengan seseorang yang berilmu, maka ucapkanlah :
" Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tak akan pernah kucapai, mngetahui apa yang tidak aku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku "
Jika bertemu dengan orang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu :
" Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu) sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku & umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku "
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah dalam hatimu :
" Aku tidak akan tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi akhir usia diriku kufur & berbuat buruk (nauzubillah ) "
Location:
Karak, Jordan
Sunday, 7 October 2012
muhasabah cinta
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu
Kata - kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir butir cinta air mataku teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
Muhasabah cintaku :)
Saturday, 6 October 2012
Tips Menuntut Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda :
Barangsiapa yang ingin mudah menghafaz ilmu, maka haruslah melazimkan akan lima perkara :
1. Hendaklah melaksanakan sembahyang (solat) malam, meskipun dua rakaat sahaja.
2. Selalu suci dan didalam keadaan berwudhuk.
3. Bertaqwa kepada Allah sama ada dalam keadaan rahsia (tanpa diketahui orang) ataupun terang-terangan (diketahui orang).
4. Niat ketika makan adalah untuk nertaqwa ( kuat untuk beribadah) bukan untuk nafsu.
5. Selalu mengamalkan bersugi ( membersihkan mulut daripada berbau ).
wallhua'lam
Sejuk Luaran Dalaman
Lazimnya, apabila masuk musim sejuk semua orang nak ber'hibernate' bawah hirom (selimut tebal). memanglah kan dah sejuk sangat. Tapi itu bukanlah alasan untuk kita bermalasan dan melambatkan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba.
Sejuk kan? . Cuaca juga sebenarnya ujian untuk kita. Apa kata kalau kita sentiasa panaskan iman kita. Lagi kuat kita mujahadah, lagi hebat kasih sayang Allah kepada kita masha Allah hebat kan?
Sentiasalah bersyukur kepada Allah dengan keadaan yang dikurniakanNya. Tak kiralah sejuk, panas atau apa jua keadaan, ingatlah kita tetap seorang hamba. Seorang hamba yang mengejar redha Pencipta, yang mengimpikan kehidupan di dalam syurga bukan seorang hamba yang leka dengan keadaan dunia.
Kita mengharapkan syurga yang begitu indah, tetapi amalan kita, bagaimanakah keadaannya? Adakah selayaknya untuk mendapatkan syurga jikalau kita menjadi hamba kepada dunia, tewas dengan ujian dan cuaca.
Allahu Robbi. Semoga kita mendapat hidayah dan kuat untuk menempuhi ujian ini. Selamat bermujahadah ^.^
semoga Allah redha :)
aku, seorang hamba kepada Yang Maha Esa
aku seorang manusia yang tidak sempurna tetapi mencuba untuk menjadi yang terbaik di sisiNya
aku bukan seorang yang alim. aku lakukan dakwah kecil ini hanya untuk meraih kasih sayangNya.
jika anda lihat banyak kelemahan dalam diri ini, memang benar.
itulah aku.
#cp
Friday, 5 October 2012
Tangisan dua per tiga malamku
Melangkah penuh lesu dalam ruangan kamarku disuluh samar-samar cahaya lampu jalan. bukan niatku untuk bangun. memang buang tabiat lah kan aku bangun malam malam begini. 3.50 pagi ?? lebih baik aku melayan mimpi. tapi kerana pundi kencingku memaksa juga. aku terpaksa bangun.
Sejuknya air. aishh tu la semalam tidur terus bukannya nak ke tandas dulu. eh kenapa tiba-tiba aku ambil wudhuk nie? takpa la teruskan je la sampai habis. tak salah kan..
sejurus selepas melangkah keluar dari bilik air, katil lah yang menjadi sasaran aku. aku terpandangkan tempat ku solat. tiba tiba hatiku teringat amalan yang pernah aku lakukan di sekolah menengah dahulu. apa ya? kalau time time ni.. hmm tahajud. ya tahajud!!! perasaan apakah ini? kenapa aku rasa sayu? ya Allah sungguh lama aku tinggal solat tahajud.. ya, patutlah hidup aku terumbang-ambing sekarang. terima kasih ya Allah kerana menjentik hatiku ini. memang kena sangatlah aku ambil wudhuk tadi. sesungguhnya perancangan Allah sangatlah teliti. :')
aku melangkah menghampiri sejadah. sebak dadaku kerana Allah memilih aku. ya, sebak sangat sangat. terima kasih ya Allah. antara ramai-ramai aku yang dipilih untuk beribadah kepadaMu.aku ya Allah. aku yang sering lalai. aku yang lupakanMu. aku yang selalu menyahut seruanMu di hujung waktu. ketika semua orang tidur, aku dipilih ya Allah. hinanya aku ya Allah. malunya aku pada Engkau ya Allah. yang hanya ingat Engkau pada masa susahku, pada masa sedihku.
Allahuakbar. takbir diangkat. bergetar hebat seluruh badan. menangislah duhai hati menangislah di hadapan Tuhanmu yang menciptakanmu . aku sudah lama lalai. aku cintakan dunia lebih daripada akhirat. aku mengejar dunia yang sementara. aku leka dalam melaksanakan suruhanMu. aku sayangkan orang lain ya Allah, yang juga hamba sepertiku. padahal Engkau tak pernah berpaling dari mencintai aku. malunya aku. hinanya aku. ampuni aku ya Rabb, sayangi aku, redhai lah aku yang lemah ini. pandanglah aku dengan pandangan kasih dan sayangMu. jadikan setiap detik nadiku, setiap sedutan nafasku hanyalah untuk Engkau. menjadi hamba kepada pemilik langit bumi dan seluruh ciptaan alam. Maha Suci Mu, Ya Allah :')
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah s.w.t :)

Tuesday, 2 October 2012
umur itu . . .
umur itu amanah. kitalah yang bertanggungjawab untuk menggunakan umur itu kearah kebaikan atau keburukan.
segala yang kita punyai adalah sebenar benarnya milik Yang Maha Esa termasuklah tubuh kita.
gunakanlah custom yang diberi pinjam ini untuk beribadat kepadaNya kerana semuanya akan menjadi saksi di akhirat kelak.
p/s : selamat hari lahir kepada yang menyambut hari lahir. bersyukurlah kita masih diberi kesempatan untuk hidup dan meningkatkan amalan :) semoga kita sentiasa dalam redhaNya :)
Untukmu duhai kekasihku :')
![]() |
| ibu bapaku kekasihku <3 |
Segunung ucapan terima kasih pon tak dapat terbalas jasa dan pengorbanan yang mama dan baba lakukan.
kakak bersaksi sesungguhnya mama dan baba ialah insan yang melaksanakan amanah dalam menjaga anak-anak dengan sempurna.
Izinkan anakmu ini tetap menjadi ahli keluargamu dalam syurga kelak :')
Kakak akan belajar bersungguh-sungguh dalam apa jua cabang ilmu khususnya ilmu agama untuk membalas jasa mama dan baba.
Dan kakak akan pastikan mama dan baba akan menjadi insan yang kaya dengan doa dari seorang anak yang solehah. inshaa Allah.
Izinkan jua kakak menjadi seorang anak yang solehah yang disenangi mama dan baba serta anak yang membalas jasa.
Redhailah kakak terutamanya ketika berada di perantauan ini dan kakak sangat mengharapkan doa daripada kalian
Ikhlas dari,
Anakmu <3
Location:
Karak, Jordan
Thursday, 27 September 2012
Indahnya Hidup Andai Sentiasa MengingatiNya ^.^
Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyakkan ISTIGHFAR
Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT
Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyakkan SOLAT DHUHA
Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyakkanlah TAHAJUD
Apabila kamu ingin malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa dalam keadaan BERWUDHUK.

INDAHNYA ISLAM :)
Bersediakah kita?
Apabila umur meningkat, ramai yang memikirkan soal jodoh. Bahkan ada yang risau takut-takut jadi anak dara tua. Lupakah kita pada janji Allah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya.
Untuk memilih pasangan hidup kita menetapkan syarat yang pelbagai. Contohnya, bila nak kahwin nanti nak cari isteri/ suami yang cantik/ handsome. Pasangan mestilah yang beriman, banyak duit, baik hati, pandai masak, pelawak dan sebagainya. Persoalannya di sini layakkah kita untuk memiliki pasangan seperti ciri-ciri tersebut dan adakah kita mampu untuk bersama dengan mereka ?
Bersediakah kita untuk menjadi pembimbing kepada isteri dan anak kita? Bersediakah kita untuk mengajar isteri kita yang akan menjadi guru pertama kepada anak kita? Bersediakah kita untuk memberi nafkah kepada keluarga kita? Bersediakah kita untuk menguruskan rumahtangga dan melayani suami? Bersediakah kita untuk menghadapi liku-liku kehidupan rumahtangga dan keletah anak-anak kita? Bersediakah mental dan fizikal kita ?
Jika ya, Alhamdulillah semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menjadi yang terbaik. Jika belum, perkara inilah yang menjadi persoalan yang harus dirungkaikan dengan tindakan kita. Sudah tentu semua orang inginkan yang terbaik. Sebelum mendapat yang terbaik, kita haruslah berusaha mempersiapkan diri kita untuk menjadi yang terbaik.
Semoga kita dapat bermuhasabah diri kita dan menjadi penawar kepada pasangan dan keluarga :)

Wednesday, 26 September 2012
Nota Untuk Diri - Tubuh Pun Tak Simpati Pada Diri Sendiri
Pada suatu hari, ada seorang pendakwah yang rasa sangat letih dan ingin sekali mengurangkan beberapa kerja-kerja dakwah yang telah diamanahkan kepadanya kerana bosan dan letih dengan sikap dan karenah sesetengah pendakwah di sekelilingnya.
Namun, Tuhan telah menemukan "Nota Kepada Diri" untuk beliau memikirkan bahawa pada hari perhitungan nanti " Tubuh tidak akan bersimpati kepada diri sendir i" Dan dia pon terfikir, " Adakah segala alasan yang aku berikan ini nanti cukup untuk aku menyelamatkan diri dihadapan Tuhan nanti. Sedangkan tubuhku sendiri pun tidak akan dapat mampu memihak kepada aku lagi. Sudah pasti segala yang aku lakukan, juga setiap alasan yang aku ucapkan, akan didedahkan kepada Tuhanku oleh setiap anggota tubuhku nanti. Aku pasti tidak boleh melakukan sebarang penafian lagi kerana mulut ku akan di kunci ".
Firman Allah swt dalam surah Yaasin ayat 65 yang bermaksud, " Pada hari itu (Hari Kiamat), Kami tutup mulut mereka, berkatalah kepada Kami tangan mereka dan kaki mereka memberi kesaksian terhadap apa yang dilakukan oleh mereka dahulu ".
Betapa beruntungnya tubuh yang digunakan sepenuhnya untuk menegakkan syriat Allah di atas muka bumi ini, tubuh yang digunakan sepenuhnya untuk mendapat keredhaan dan rahmat Allah semata-mata. Apalah nasib tubuh yang sering dimanja-manjakan.
Dan pendakwah itu pun bertanya pada dirinya " Adakah alasan ku ini sudah cukup kukuh untuk aku jadikan sebagai alasan apabila dihadapan Tuhanku kelak. Adakah aku telah cukup berusaha ... "
Lalu Nota Kepada Diri pun dibaca lagi dan lagi. " Sesungguhnya tubuh pon tidak simpati pada diri pada hari perhitungan nanti. Tubuhku hanya akan berkata yang benar, sebenar-benarnya dihadapan Tuhanku ..."
wallahua'lam.
Tuesday, 25 September 2012
Cekallah, duhai hati :)
Kita sering bertanya " kenapa dia selalu sakitkan hati aku "
" kenapa dia tak pernah jaga hati aku ", aku ni pon manusia jugak ada hati dan perasaan.
Adakah kita seperti itu ? Ya, kebanyakan orang seperti itu.
Cuba kita muhasabah diri kita balik. Hubungan kita dengan kawan kita adalah tanggungjawab kita dengan Allah, dan hubungan kawan kita dengan kita adalah tanggungjawab dia dengan Allah..
Persoalannya di sini ialah cuba kita tanya hati kita " kenapa hati kita selalu sakit hati dengan kata-kata dia "
" kenapa hati kita tidak tahan ataupun terlalu sensatif "
Janganlah kita menjadi seorang yang mudah terasa dengan kata kata sahabat kita kerana jika kita sayangkan sahabat kita dan tidak mahu sahabat kita disoal berkenaan hubungan kita dengan dia, cubalah kita pujuk hati kita dan bersangka baik, mungkin sahabat kita mengalami tekanan ataupun sedang dalam permasalahan.
Yakinlah Allah Maha Mengetahui akan tiap sesuatu dan mengadulah kepada pemilik hati duhai hati :)

Sunday, 23 September 2012
bermulanya sebuah perjalanan
Dari bumi Malaysia terbanglah aku ke timur tengah bumi anbiya' bumi Jordan
Alhamdulillah bersyukur kepada Mu Ya Rabb kerana memilih diriku yang jahil ini untuk bermusafir mencari ilmuMu :')
tak semua orang dipilih untuk mendapat peluang sedemikian. tetapi apabila kita terpilih untuk menjadi salah seorang diantara yang bertuah itu maka yakinlah ada sesuatu yang manis disebalik takdir tersebut
tak dinafikan dimana sahaja kita belajar, atau jurusan apa sekalipon yang kita ambil sebenarnya kita diberi peluang oleh Allah untuk mempelajari ilMu. Gunakanlah peluang itu sebaik baiknya.
Bukanlah beerti kita mengambil jurusan kejuruteraan, doktor, teknikal atau apa sahaja jurusan yang tidak berkaitan ilmu agama, kita ini tidak bertuah. tetapi bergantung pada diri kita sendiri untuk menilai takdir Allah itu dan juga bergantung pada hati kita untuk menetapkan niat kita mempelajari ilmu tersebut.
bicara soal niat, kita akan menjadi orang yang sangat beruntung jika kita meletakkan matlamat pembelajaran kita untuk mencari redha Allah dan membantu agamaNya. tidak kiralah jurusan apa sekali pon yang kita ambil kerana setiap perbuatan bermulanya dengan niat dan setiap amalan yang kita lakukan sikira berdasarkan niat.
Jika kita meletakkan tujuan kita belajar sebagai untuk membantu agama Allah, yakinlah Allah pasti bantu kita :)

Labels:
pengorbanan mujahadah,
perantauan
Location:
Karak, Jordan
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

.jpg)

.jpg)

.jpg)

.jpg)

.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)