Monday, 25 February 2013

Aku bukan seperti sangkaanmu

Sendirian. Luahan hati

25Februari2013 2.55pm

Terkadang aku ingin keluar, keluar dari dunia semua orang. Terkadang aku lemah dan futur.
Aku tidak sehebat mereka. Bicara aku lain, perbuatan aku lain. Bicara aku cekal, mental aku lemah. Penuh emosi.

Mereka hebat. Langkah mantap. Bicara mempesona. Penuh hikmah dan fikrah. Aku bukan seperti itu.

Aku ada kekurangan diri. Aku tahu kekurangan diri. Aku cuba untuk tembusinya keluar. Aku cuba untuk memecahkan tembok kekurangan. Tetapi terkadang aku futur.

Pernah aku rasakan tidak layak untuk aku berada dalam jalan ini. Aku tahu ini bisikan syaitan untuk buat aku lemah. Aku tahu ini cuma sesak pemikiran aku yang sempitkan jalan kemenangan.

" Futur di tengah kehebatan perjuangan adalah kerana kesilapan di titik permulaan"

Mungkin permulaan aku secara mengejut. Mungkin aku memaksa hati untuk terima semua ini.

Dan inilah takdir aku.

Aku percaya Allah sedang mengatur sesuatu yang terbaik untuk aku.

Dan aku bukanlah seorang yang lemah seperti yang engkau sangka wahai diri.

Sila jealous semua, ada sesuatu yang istimewa yang Allah sedang tetapkan untuk akuuuuu..

*futur- putus asa

Wednesday, 20 February 2013

Maaf, itu bukan saya.

Jika awak beranggapan saya akan kagumkan awak, maaf saya katakan awak salah orang. Itu bukan saya.

Jika awak cari seseorang yang sempurna pemikiran dan fikrahnya, maaf saya katakan awak silap cari orang. Itu bukan saya.

Jika awak mengharapkan seorang sahabat yang menemani awak sepanjang masa, faham awak dalam apa jua keadaan, maaf saya bukan orang itu.

Jika awak memerlukan seorang penasihat dan motivator untuk untuk hidup awak, maaf saya tidak dapat membantu. Itu bukan saya.

Jika awak mencari daie yang sentiasa sedar kehidupan dalam dakapanNya, maaf itu bukan saya. Belum sampai begitu tahap saya dan masih sedang mencuba dek sering terleka.

Jika awak mengharapkan seseorang yang tinggi ilmu dan kefahamannya untuk awak jadikan sebagai kaunter pertanyaan, maaf itu bukan saya.

Jika awak mencari seorang sahabat, jangan pandang saya kerana saya hanya akan mengecewakan awak. Maaf.

Jika awak memerlukan seseorang untuk melengkapkan dunia tarbiyah dan dakwah awak, saya tak dapat membantu. Tapi saya yang memerlukan awak. bantulah saya.

Tetapi..

Jika awak mencari seseorang untuk berkongsi fikrah dan ilmu, disinilah saya.

Jika awak tidak mempunyai apa apa pengharapan tentang kriteria seorang kawan dan sahabat, carilah aku. Sungguh awak tak akan kecewa.

Kerana saya adalah saya. Saya bukan sesiapa. Saya sedang mencuba bukan untuk kagumkan manusia, tapi untuk menjadi hamba yang bersyukur.

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Just give and take. Unikkan ciptaan Allah? ;)

lagu latar: menjadi diriku, edcoustic.




Saturday, 16 February 2013

Hati pink atau hati tough?

Mengharapkan kepulangannya bersama senyuman tapi hampa.

Aku terus mengunci pintu rumah dan terus masuk ke dalam bilik. Tidak ku tegur walau sepatah takut takut boleh menaikkan kemarahan jadi aku memilih untuk diam.

Sebenarnya susah nak cater dengan orang yang mudah terasa dan merajuk ni. sebab hati lembut :) dan pink

Apa boleh buat? Jadi kita sebagai seorang yang memahami bahawa setiap orang yang Allah cipta itu unik. sangat unik. kitalah yang kena beralah. almaklumlah hati tough la katakan.

Kadang kadang geram macam nak kata ja " merajuk merajuk, cakap orang suka merajuk padahal dia pun sama!!"

Eh, takmau macam tu. takmau takmau ;D Eh awak, awak ni kan orang yang ditarbiyah jadilah contoh pada orang lain, control hati dengan iman.

Sangat sweet bila kita fikirkan sikap sikap yang ada pada setiap manusia sebagai satu pentarbiyahan terhadap diri kita. Ujian bagaimana Allah nak kita berurusan dengan manusia dengan pelbagai jenis sikap yang Allah ciptakan.

"cakap senanglah.. sakit hati tau dak?"

Err awak, cakap memanglah senang. Buka mulut dan keluarkan suara. Simple right? -_-

Lets think it this way. Mungkin orang tu penat. atau mungkin orang tu belum belajar cara hidup sesama MANUSIA. atau mungkin orang tu lapar, selalunya orang lapar ni cepat marah. cikgu saya cakap bila orang marah, bagi dia makanan. atau mungkin orang tu bla bla bla.

See? banyak bukan kemungkinannya. Just think positive to others :)

Tapi, kita sebagai seorang daie bukannlah cepat terasa sikap kita. I mean, cepat terasa dengan benda benda yang tak sepatutnya. Dan kita WAJIBLAH cepat terasa dengan keadaan tertentu. Eh?

Contohnya, bila orang tegur kita, kita kena cepat cepat berubah dan tolonglah hati rasa bersyukur sebab Allah tegur direct and nak kita berubah ke arah yang lebih baik. Hati kita mudah terasa untuk menangis dihadapanNya. Itu yang paling penting. Penting untuk kita menjadi orang berhati pink.






Friday, 15 February 2013

Aku dan dia #2 Bhgn 1


Murobbi aku pernah kata " daie takdak masa lapang" tapi kan kenapa aku rasa masa lapang aku banyak ja. Tiba tiba iman aku bertanya kepada hati " Eh, engkau ni daie ka?. Buang masa ja dengan benda tak berfaedah. Cakap hidup untuk ummah dan agama, tapi apa yang engkau buat?"

Okay. Itu sentap. Sambil mengunyah cornflakes aku  rasakan zeperti aku tak kenal dengan diri aku, langsung tak beri peluang kepada hati untuk kenal pencipt Dia. Aku tak sedar hakikat yang aku ni seorang hamba. Hamba yang perlu taat kepada Pemilik langit dan bumi.

Minta macam macam kat Dia. Tak malu. Tapi tak tunaikan amanah, sebagai hamba dan khalifah. Hipokrit. Semangat bila ada motivasi tapi senang gugur, futur separuh jalan. Lemah. Hamba kepada jahiliyyah.

Tapi ada sekelumit rasa ini. Rasa bersyukur apabila diri hanyut dalam jahiliyyah, aku rasa bersalah. Berfikir diri ini sedang ditarbiyyah. Berfikir cara untuk mengubah diri.

Ya, aku baru kenal dengan dia.  Aku rasakan perkenalan itu merupakan turning point dalam hidup aku. Segala-galanya berbeza.

Cara pemikiran. Sikap dan tingkah laku. Mujahadah. Berjaulah bukan dengan mata sekadar tetapi juga bersama hati. Aku rasakan indah hidup didunia bersama rahmatNya.

Wednesday, 6 February 2013

Kepulanganmu dinanti

Dah lama sebenarnya aku nak tulis entry ni, alhamdulillah sekarang berkesempatan.

28 Januari 2013 bermula perjalanan sebenar seorang ukhti. Tahniah akak, kepulangan akak dinanti tanah air.

Selamat berbakti kepada masyarakat dan agama. Sesiapa yang Allah sayangkan dia, Allah akan gunakan dia untuk kepentingan ummah. Akak akan menjadi salah satu rantai penyambung Islam, sya yakin itu.

  " Kalau kita ada masalah, cuba check balik diri kita. Kalau kita ada masalah dengan orang, bukan orang tu yang bermasalah, tapi kita yang bermasalah. "

Kata kata akak yang sempat sya ingat. Lebih kurang macam tu la maksud dia hee

Sikap akak yang paling sya suka ialah selalu senyum. Membuatkan orang lain terfikir akak sentiasa happy go lucky. Hakikatnya cuma Allah yang tahu.

Semoga jumpa lagi akak. :')

p/s : nanti kalau dah baca entry ni bagi tau tau :) kalau ada jodoh jumpa lagi ya kak n bakal anak buah <3

Sungguh, jika kita sanggup membahagiakan orang lain dan menggadaikan kesenangan kita, Allah akan gantikan kepada kita sesuatu yang lebih baik.  Percayalah :')



bayt anggun 12/13 <3

Itu cara Dia, T_T

Kata Imam Hamid Allafaf :

       Jika Allah hendak membinasakan seseorang itu, Allah akan membalasnya dengan tiga perkara

 1) Dikurniakan ilmu tetapi dihalang untuk beramal dengannya.

 2) Dikurniakan sahabat yang baik tetapi dihalang dari mengetahui kebaikan dan kebenaran yang ada pada sahabatnya.

3) Dikurniakan kemudahan untuk beramal baik dan ketaatan tetapi dihalang dengan ikhlas terhadap amal tersebut.

~ Petikan dari laman sosial dari kitab Tanbihul Ghafilin.

Allahu. Petikan yang ringkas tapi membawa maksud yang sangat mendalam. Kita tidak tahu apakah kesudahan kita, adakah menjadi orang yang beruntung atau pun rugi.

Semoga kita tetap berada di jalanNya.. amiinn :)



Monday, 4 February 2013

Aku Seorang Pendosa Tegar.

 Penipu.

Engkau janji di hadapan Allah bahawa engkau sanggup menjadi khalifah dan pembawa risalah ke atas makhluk bumi.

Tetapi hakikatnya, apa yang telah engkau lakukan.?

Engkau dengan tanpa rasa bersalah melakukan maksiat di atas bumiNya. Engkau tidak menjadikan zikir dan hati yang diciptakanNya untuk ingat kepada Pencipta.

Tetapi engkau meminta macam-macam benda kepada Dia. Malunya!!!


" Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah di wahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik " [ Al-Hadid, 57: 16]

Sedih kan. Allah terlalu baik dengan kita. Tapi kita tetap tak nak ingat kepada Dia. Melakukan amar maaruf nahi mungkar.

Jom kawan kawan sama sama kita kembali kepada Dia. Dunia dah semakin kearah kehancuran. Takkan kita nak jadi yang tertindas di akhirat. Kita mampu mengubahnya. Semoga hidayah milik kita. Amiinn.





Sunday, 3 February 2013

Nasihat seorang guru ^_~

Setelah sekian lama mencari akaun facebook seorang ustaz yang pernah mengajar saya ketika di sekolah dahulu, akhirnya saya menjumpai beliau. Dengan niat untuk memberitahu permusafIran saya dan meminta sedikit nasihat.

Antara kalam beliau ialah bila berada di tempat orang kena selalu jaga hati. Maksudnya jika hati kita bersih dan ikhlas apa saja yang kita buat akan disenangi oleh orang. Bayangkan jika kita melakukan sesuatu dalam keadaan terpaksa atau berdengki, pasti orang sekeliling akan rasa kehitaman hati kita kerana apa yang difikirkan oleh hati akan dicerminkan melalui perbuatan.

Sedar atau tidak, kita tutup perasaan atau rasa hati kita dengan pakaian kita. Hakikatnya kita berpakaian cantik kemas dan wangi tapi hati kita yang bermasalah berselindung di sebalik kesempurnaan tu.

Malunya seorang hamba Allah berjalan riak di atas muka bumi sedangkan seluruh penduduk langit sedang bertasbih kepada Sang Pencipta.

Malunya kita 'tutup' kebusukan hati sedangkan penduduk langit hakikatnya semua tahu perangai kita.

Persoalan " Kita pilih jalan mana sebenarnya?"  " Dunia atau akhirat?" "Pandangan Allah atau hamba?"

Bersangka baik. Susah sebenarnya apabila diri kita masih ada masalah dengan pemandu iaitu hati.
Sangka baik haruslah didahului dalam setiap perkara yang berlaku kepada kita. Yang paling penting sekali sangka baik dengan Allah. Apabila kita boleh bersangka baik dengan Allah 100% barulah kita boleh bersangka baik dengan manusia.

Betapa Islam amat menekankan sangkaan baik terhadap manusia. ( rujuk entry lepas2)

Pesan beliau lagi selalulah bertalaqqi dengan sheikh sheikh di sini dan buat usrah dengan rakan. Kita tak mampu untuk  berseorangan dalam menuntut ilmu kerana segala ilmu bermula dengan seorang sheikh.




Saturday, 2 February 2013

Donut ohh Donut ~

Kelmarin buat donut acehh promote sikit kan :p tapi like seriously tak nampak rupa donut pun, err sikit sikit mungkin la.

Sedang berusaha membentukkan donut sesuai dengan fitrah donut, tiba-tiba terfikir aku berusaha nak jadikan si donut tu cantik dan lalu untuk dimakan. Tapi pernahkah aku berusaha untuk jadikan diri aku cantik untuk kegunaan ummah ? TT_TT

Tak kan? Kalau ya sekalipun, seringkali futur di tengah jalan. Kerana apa? Kerana iman aku lemah. Mudah tewas.

Come on lah. Kata daie. Daie mana boleh tewas. Daie berjiwa besar. Daie tak sesuai untuk orang lembik dan mudah terasa. Jika dengan diri sendiri kita tak mampu untuk lawan, bagaimana nak menghadapi masyarakat luar?

So, duduk termenung lagi? Diam?

Setiap orang Allah jadikan ada kriteria spesel dalam diri. Cari dan cungkil. Cuba dan langkah ke depan.

Sehinggakan suatu hari nanti biar diri kita tak percaya yang kita boleh lakukan.

Yakinlah dengan Allah. Hendak seribu daya.


Friday, 1 February 2013

Kalam seorang tetamu ^_^

Benarlah tetamu membawa keberkatan.

Kak Lina, kenalan dari Mafraq datang tumpang berteduh selama semalam. Berasal dari Indonesia yang merupakan pelajar jurusan shariah di Universiti Al-Bayt.

Sungguh aku amat kagum dengannya. Setiap butir bicara berunsurkan motivasi dan dakwah. Beliau bukan sahaja seorang pelajar malahan tidak pernah duduk diam, ada sahaja bisnes yang dibuatnya. Selain membuka kedai di sakan; tempat tinggalnya, beliau sering berulang alik ke Amman untuk mengadakan perbincangan atau erti kata lain dakwah kepada orang Arab. Antara isu yang dibincangkan ialah cara solat kita dengan orang Arab.

Ketika sarapan, beliau berkata " kita perlu habisin jugak makanan yang berada di dalam pinggan karna kasihan bukan kawannya sudah berada di dalam perut tetapi dia masih di pinggan." kalaulah orang Arab makan bersama-samanya dan masih tinggal sisa beliau akan berkata " aku tidak akan datang ke rumah kamu lagi jika kamu tidak habiskan makanan kamu."

Begitu sensitifnya beliau terhadap semua perkara sehinggakan sekecil-kecilnya juga dititikberatkan. Beliau berkata berdakwah tak semestinya perkara yang besar, yang kecil juga boleh berdakwah. Hidup disini terdapat dua jenis, satu berdoa dan lagi satu bekerja. Amatlah berkait rapat dua perkara ini dimana tanpa salah satunya usaha kita tidak lengkap.

Tiba-tiba beliau bertanya, apa yang akan kamu jawab jikalau di Malaysia ada yang bertanya, apakah yang kamu bawa balik ke negara kamu? Adakah ilmu semata? Hidup di negara orang kita perlulah tahu cara berurusan dengan persatuan pelajar Malaysia juga dengan persatuan orang Arab.

Beliau juga menekankan betapa pentingnya bahasa dan pengalaman hidup bersama orang Arab kerana itulah yang akan mencipta skill kita. Pentingnya untuk kita mahir berinteraksi dan bercakap dengan orang asing.

Hanya kita sahaja yang mampu mengubah hari ini, esok dan masa hadapan. Bukan kawan dan bukan juga ibu bapa. Mereka hanya pendorong. Pengubahnya adalah DIRI SENDIRI.