Friday, 28 February 2014

Jangan terlalu lama disitu.

Amaran : Post ini tak sesuai untuk kanak-kanak dan orang degil yang masih nak hidup dengan hati yang berpenyakit.

Saban hari manusia cakap soal mujahadah. Tak kisahla sama ada manusia tu aku, kau, dia, mereka, hampa, hang, mu, cek okay panjang pulak nanti.

memasing ada mujahadah tersendiri. itu tak pelik.

manusia tulis setiap minggu dalam list mutabaah amal senarai mujahadah. itu masih tak pelik.

tweet sana, post sana tentang mujahadah with caption "bantulah aku. aku sedang mujahadah dan aku tahu kau pun ada mujahadah. kita sama-sama menguatkan " itu biasa. semua orang buat termasuk aku.

cerita dekat murobbi bagaimana ketahapan mujahadah yang sangat susah sehinggakan murobbi tu pun rasa macam di tepi gaung anaconda sambil lap hingus yang meleleh-leleh menahan esak tangis. itu agak rare. mungkin tak semua orang buat macam ni.

yang peliknya. bila dia nak orang lain faham dia tengah mujahadah sedangkan diri dia sendiri pun tak tahu dia sedang mujahadah.

lagi pelik bila dia mujahadah benda yang sama sampai tiga empat lima minggu dan tiada peningkatan sikit pun. sampaikan hati dia sendiri dah penat dan lali dengan 'mujahadah' dia.

kesannya mujahadah dah jadi benda yang biasa. sekadar di mulut dan dikertas dan di wall wall tetapi tiada perubahan.

yang bertambah tambah pelik apabila dia tak rasa usaha keatas mujahadah dia.

Kau ingat mujahadah akan settle bila kau tulis kat kertas MA kau?
Kau ingat mujahadah kau akan berhasil bila kau nak orang lain faham mujahadah kau sedangkan kau sendiri tak usaha kearah tu?
Kau ingat dengan bersenang lenang membelai mujahadah akan buat kau lebih baik?

Kalau kau rasa benda itu, istighfar.

Cuba renung kejap. Apa niat kau bermujahadah? Mujahadah tu apa? Apa yang kau nak mujahadah? Apa yang kau harap daripada mujahadah kau?

Hanya Allah dan kau tahu.

Kalau kau harap selain daripada Allah, istighfar.
Andai manusia tak faham mujahadah kau, kau jangan marah.
Andai kau menangis disebabkan mujahadah yang terlalu berat, jangan salahkan suasana dan support system.
Andai kau rasa fed up dengan mujahadah, istighfar. Diam dan sujud.

Aku bukan nak lemahkan kau. Aku cuma nak cakap yang memang tak senang nak mujahadah. Lagi berat kalau kau sendiri masih bermain-main dengan jahiliyyah. Ego kau diatas mujahadah.

Kau sendiri tak put effort nak berubah, kau duduk la dekat situ bersama bebanan yang berat di belakang. Dan kau jangan nangis dan iri hati kalau tengok orang lain melaju.

Pesan aku, setiap hari kita mempunyai harapan. Setiap hari kita ada pilihan. Diatas setiap harapan dan pilihan, ada Tuhan. Kau kena ingat itu. Dia tak tinggalkan kau sendirian bersama sama kepenatan.

Tinggalkan bebanan. Hadirkan ruang dalam hati. Maniskan muka dengan ukhti. Ya, manis muka pun satu mujahadah :3 eventho kau tengah dalam keadaan nak-duduk-dalam-selimut-dan-muram disaat kau mujahadah. Ingat, riak muka kau akan beri effect atas mood seseorang.

Leave and live.
Keep calm and move on.

Andai kau tahu kau akan tenggelam dengan mendalam, sediakan tali.
At least kau ada harapan mencapai permukaan. 


Thursday, 13 February 2014

Runner! #1

"Eh kejap, cuba check balik kita gate nombor berapa?"

"Tak tahu lagi. Kejap lagi baru diumumkan dekat announcement board"

Aku dipandang. Tersenyum. Caknanya mereka masyaAllah.
Itulah seorang ketua. Engkau ketua untuk sesebuah kumpulan. Engkau ketua terhadap diri kau sendiri.

Seorang ketua itu adalah ketua yang hebat jika dia menjadikan Allah sebagai ketuanya.

***
Pensel diketuk. Mengelamun lagi dan lagi. Bunyi deringan loceng menandakan ada pengumuman hendak disuarakan. Aku tersenyum.

Ingatkan taknak buat pengumuman dah.

"Perhatian kepada semua ahli rumah Abu Bakar perempuan, anda dikehendaki berkumpul di padang sekolah pada jam 2.49 petang "

Psikologi, bak kata kawanku. Menggunakan digit yang ganjil dibelakang membuatkan orang jadi on-time.

Sungguh, mereka sangat on-time. Bila aku sampai hampir kesemua orang dah siap berkumpul. Hari ni ahli rumah Abu Bakar akan buat larian 400m dahulu. Muka masing masing mencebeh. Lari kan, siapa yang suka.

Kecuali aku lah. Trek tu memang bespren aku.

"Eh lapar la. Tak sempat nak makan tadi. Kena kumpul awal" Aku dengar keluhan seorang junior dan cikgu pun mendengarnya.

Erk jangan kata ramai yang tak sempat makan. Adeh macam mana ni. Kesiannya.
bisik naluri kemanusiaan aku.

Tiba-tiba cikgu cakap " Sesiapa yang tak sempat makan tadi, takpayah lari. Takut pengsan"
Dengan suara yang ganas dan lantang.

Mulut aku like terbuka seluas-luasnya macam boleh bawak masuk badak air.
"What cikgu, dahla rumah sukan aku dapat tempat paling last time merentas desa, time ni pun cikgu nak bagi hadiah tempat last jugak ka!?" mungkin aku hanya mampu jerit dalam hati.

Selepas habis warming up, aku mintak semua orang kumpul. Dan bahagikan berapa orang yang tak makan.
Keputusan yang mengecewakan. Hampir separuh. sigh

Aku minta kawan aku handle jap taklimat. Dan aku macam biasa ke belakang.
Tak dapat tahan. Sedih koooot. Ingatkan kali boleh naikkan markah rumah sukan rupanya tak. Memang salah aku jugak. Nasib kan seorang ketua kena tanggung semua.

Sempat lagi aku ngan bestie buat drama kat belakang. Dia lah yang chill me up! Dan dia bagi satu idea suruh budak-budak tu makan glucose bagi tenaga. Disebabkan acara dah nak mula lagi beberapa minit, aku pun berlari balik asrama untuk ambil glucose dalam locker.

Bila aku sampai ja padang, tibatiba jeng jeng jeng . . .
Semua orang berkumpul dalam satu bulatan termasuklah bulatan orang-orang-yang-tak-makan pun ada dalam bulatan tu. Dan semua orang bagi harapan yang diorang boleh berlari dan kumpul mata untuk rumah sukan eventhough diorang tak makan.

Aku tak tahu la apa yang jadi. Tapi aku syak kawan-kawan aku yang lain mesti 'basuh' diorang ni.

Kalau kau seorang ketua, dan kau berkorban untuk anak-anak buah dengan sebaik-baik pengorbanan, kau akan jumpa hasil yang manis. Saat tu aku rasa macam. Walaupun at the end lepas habis acara aku pulak yang terkorban kena merawat beberapa orang yang cramp dan pengsan, aku sanggup sebab aku tahu pengorbanan harus dibayar dengan pengorbanan.

***
"What's your seat number, miss?"
" 24 B"
" Oh its the right side. Have a nice journey"

Nikmatnya dapat duduk lepas tunggu dan berkejar nak check-in masuk flight.
Hey, medan amal here I comeee !! biiznillah.

Terlalu banyak perkara yang diberi semasa program. Dan diri kau tunggu. Sungguh kau akan diuji dengan apa yang kau terima.

Teringat kisah muda-muda dulu saat menjadi seorang ketua. Mungkin tak mampu menjadi sehebat Nabi Sulaiman yang sangat penyabar menghadapi karenah penduduk kerajaannya.

Apabila dipanggil untuk berkumpul semuanya, Nabi Sulaiman tahu setiap ahli-ahlinya sehinggakan beliau perasan ketiadaan burung hud-hud pada waktu itu.

"Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata, "Mengapa aku tidak melihat Hud-hud, apakah ia termasuk yang tidak hadir? " AQ [27:20]

Setibanya burung hud-hud datang menghadap, sebagai seorang ketua, Nabi Sulaiman memberikan peluang kepada burung hud-hud untuk menjelaskan sebab kelewatannya. Tidak pula beliau bersikap emosi dan memarahi burung hud-hud.

"Pasti akan kuhukum ia dengan hukuman yang berat atau kusembelih ia, kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang jelas." AQ [27:21]

Hebat qudwah seorang ketua kepada penduduk kerajaannya.

Andai seorang ketua pada zamannya mampu memberi peluang kepada si burung untuk menjelaskan keadaan, kita juga seorang ketua pada diri sendiri yang mampu memberi peluang untuk hati mengenal penciptanya.

"beramallah, kemungkinan kita tiada esok"