Thursday, 31 January 2013

Aku, penulis?

Ramai yang ingin menjadi penulis hebat seperti IncheGabbana dan krew Langit Ilahi. Tetapi pernahkan kita mengidamkan untuk menjadi penulis hebat di buku amalan sendiri?

Sedar ataupun tidak kita seorang manusia yang sentiasa kejarkan gelaran dunia melebihi gelaran akhirat.

Memiliki buku cetakan sendiri tambahan dengan sambutan yang menggalakkan adalah menjadi idaman setiap penulis. Tetapi jika penulis tersebut tidak mencari glamour dia akan lebih gembira jika ada manusia yang dijengah oleh hidayah apabila membaca bukunya. Sukar sebenarnya untuk menjadi sang penulis di buku dunia kerana ia memerlukan idea yang menarik dan sesuai dengan kehendak manusia.Terkadang kita berputus asa di tengah jalan. Kenapa? Kerana kita tidak tahu apakah kesan yang mendatang. Kerana kita tidak tahu apakah hasilnya keluaran buku kita. Kerana kita tidak dijanjikan kejayaan yang manis untuk sebuah buku.

Berbeza pula keadaannya jika kita berusaha menjadi penulis hebat di buku akhirat. Buku amalan kita sendiri. Bukankah setiap manusia daripada kita mengidamkan pemberian buku ke tangan kanan di akhirat nanti? Jika kita sedar akan hakikat ini kita tidak akan futur atau berputus asa di tengah jalan. Kenapa? Kerana kita tahu kesannya kita akan diganjari dengan syurga. Kerana kita akan mendapat kesenangan hidup di kehidupan selamanya. Kerana kita dijanjikan kejayaan yang manis untuk sebuah buku.

Pilihan terletak di tangan kita. Menjadi penulis buku dunia atau penulis buku akhirat atau kedua-duanya sekali? Semoga hidayah milik kita.

Wallahua'lam.




Wednesday, 30 January 2013

Aku terjatuh ke dalam gaung tapi . . .

Aku musykil sama ada aku ditarik masuk ke dalam gaung atau aku tergelincir ke dalam gaung yang mungkin sudah menjadi takdir hidup aku. Untuk sampai ke dasar gaung perit sekali. Sangat! Penuh luka di badan dan darah mengalir laju membasahi kulit. Ranting ranting kayu yang mencalarkan kulit membuatkan kulitku kebas. Sehinggakan luka yang mencalar menjadikan aku terbiasa dan redha.

Sesampai ke dasar gaung, aku bertambah musykil malahan pelik dan bingung. Gaung itu tak seperti yang kusangka. Gaung itu tak menghitam seperti arang batu. Gaung itu tak berbau busuk seperti yang terbayang di fikiran. Malah, gaung itu sangat cantik, harum sekali.

Aku terpinga-pinga sendirian mengenangkan nasibku di sebuah 'gaung' yang indah. Tidak pernah aku sebegini. Apa yang perlu aku lakukan? Adakah rugi jika aku keluar dari tempat sebegini ? Adakah ini balasan dan nikmat yang aku dapat setelah aku melalui onar yang perit? Adakah aku layak menerima nikmat ini?

Begitu indah dan bercahaya dinding-dinding gaung tersebut. Aku dapat lihat sinaran yang selama ini aku cari. Aku dapat merasakan kekosongan bakal terisi. Dan aku percaya aku ditakdirkan untuk bertemu dasar sang gaung.

Sungguh, kejadian ini amat bermakna dalam hidupku. Sungguh, selepas kesakitan dan kelukaan yang melanda ada sinar yang menjadi turning point dalam hidup aku. Aku bersyukur jatuh dalam 'gaung' ini. Semoga aku terus thabat.



Friday, 18 January 2013

Besar harapan mama ^_^

Sebelum datang ke bumi syam beria-ia aku memberitahu mama bahawa akan aku pastikan sebelum pulang ke tanah air aku akan menyiapkan sebuah buku . Itu pelan jangka masa panjang aku.

Dek kerana kesibukan disini jarang sekali aku mengupdate blog. Tapi seringkali aku mencuri masa untuk memenuhi permintaan sang jari. Lama kelamaan keinginan dan keghairahan aku untuk menghasilkan karya sendiri terbuku ditelan masa.

Tak semudah yang disangka tambahan untuk mencipta karya yang berkualiti. Pada waktu ini aku hanya menulis cerpen bersiri dan pandangan terhadap sesuatu benda.

Suatu hari aku menelefon keluarga tercinta di tanah air. Mama bertanya kepadaku pasal blog dan karya ku. Ops! Lamanya aku abaikan kehendak jari.

"Kak cakap nak buat buku semua tu, buatla. Blog macam mana?"

Okay aku tahu yang mama serius. takut juga sebenarnya

Pertanyaan mama buat aku tersentap. Dan aku tahu aku kena lakukan sesuatu. Wajib!

In shaa Allah Dia akan membantuku. Sungguh hanya Allah lah yang mampu memberiku ilham dan hanya Dialah yang mampu membuatkan jari aku menaip.

Bismillah ^_^

Fighting.. You can do it !!!




Monday, 7 January 2013

[6 1 2012] Sehari sebelum exam. For sure, saya tengah couple dengan buku. Dan tension!
Petang tu dapat informasi daripada rakan sekolah, ayah sahabat saya sedang sakit tenat. Dan beberapa minit kemudian dikhabarkan pula telah kembali menemui Ilahi. Innalillahi wainna ilaihirajiun.

Sahabat saya turut berada di bumi Jordan dan sedang menghadapi fatrah exam. Sedih dan tak percaya. Hanya doa yang mampu saya kirimkan. Kalau boleh malam tu juga nak pergi ke Irbid untuk menemaninya. Namun tak termampu kudrat ini .

Keesokannya hari, saya menelefon beliau. Sungguh saya yang extreme sedih. Mendengarkan suaranya yang beriak tenang, saya cuba control diri.
         " semua ini ada hikmahnya". ucapan daripada seorang hamba yang redha dengan ketentuanNya.

Sungguh sahabat, Allah bersamamu. Sungguh sahabat, Allah akan menguji hambaNya mengikut kemampuan. Sungguh sahabat, engkau seorang yang tabah.

Semoga arwah bapamu berada bersama-sama orang yang soleh. Semoga Allah memberikan kekuatan kepadamu sahabat dan keluargamu. amiinn :')

Kematian itu pasti. Kita yang masih berkesempatan hidup teruskan hidup dan beramal.
Kematian dan kehilangan itu ujian. Ujian untuk kita mendekatkan diri kita kepada Pencipta.

: Semoga berjumpa semula di syurga. amiinn Ya Rabb :') Izinkanlah kami.


Saturday, 5 January 2013

Perpisahan itu menyakitkan.

Aku membaca buku hadhoroh islamiyah. Tiba-tiba air mata jatuh. Dan sungguh aku berada dalam kesedihan. Yang amat sangat. Perpisahan itu menyakitkan. Walaupun belum berlakunya perpisahan tapi itu adalah satu kenyataan. Aku rasa malu dengan diriku. Mungkin aku seorang yang alami kesedihan ini. Kenapakah kesedihan itu terlalu menyakitkan. Kenapakah perlunya hadir kesedihan dan air mata. Sepatutnya aku gembira kerana dia bakal pulang ke tanah air dan berbakti kepada agama. Walaupun tak sampai setengah tahun aku mengenalnya, tetapi sungguh rasa itu tersangatlah perit. Mungkin kerana aku tidak mempunyai seorang kakak. Aku rasa rapat dengannya walaupun  kami tidaklah selalu berbual. aku sudah tidak ada daya untuk menulis. Ya Allah, aku hanya mampu berdoa. Engkau berikanlah yang terbaik kepada dirinya. Engkau jadikanlah dia seorang wanita yang cekal hatinya, yang berbakti kepada ibubapa, keluarga, masyarakat dan agama. Engkau sayangilah dia dan keluarganya. Pertemukan kami di syurgaMu ya Allah :') Terima kasih akak kerana jadi kak saya walaupun cuma seketika .


[ 5 Januari 2012 : 3.40pm ]