Pada suatu hari, ada seorang pendakwah yang rasa sangat letih dan ingin sekali mengurangkan beberapa kerja-kerja dakwah yang telah diamanahkan kepadanya kerana bosan dan letih dengan sikap dan karenah sesetengah pendakwah di sekelilingnya.
Namun, Tuhan telah menemukan "Nota Kepada Diri" untuk beliau memikirkan bahawa pada hari perhitungan nanti " Tubuh tidak akan bersimpati kepada diri sendir i" Dan dia pon terfikir, " Adakah segala alasan yang aku berikan ini nanti cukup untuk aku menyelamatkan diri dihadapan Tuhan nanti. Sedangkan tubuhku sendiri pun tidak akan dapat mampu memihak kepada aku lagi. Sudah pasti segala yang aku lakukan, juga setiap alasan yang aku ucapkan, akan didedahkan kepada Tuhanku oleh setiap anggota tubuhku nanti. Aku pasti tidak boleh melakukan sebarang penafian lagi kerana mulut ku akan di kunci ".
Firman Allah swt dalam surah Yaasin ayat 65 yang bermaksud, " Pada hari itu (Hari Kiamat), Kami tutup mulut mereka, berkatalah kepada Kami tangan mereka dan kaki mereka memberi kesaksian terhadap apa yang dilakukan oleh mereka dahulu ".
Betapa beruntungnya tubuh yang digunakan sepenuhnya untuk menegakkan syriat Allah di atas muka bumi ini, tubuh yang digunakan sepenuhnya untuk mendapat keredhaan dan rahmat Allah semata-mata. Apalah nasib tubuh yang sering dimanja-manjakan.
Dan pendakwah itu pun bertanya pada dirinya " Adakah alasan ku ini sudah cukup kukuh untuk aku jadikan sebagai alasan apabila dihadapan Tuhanku kelak. Adakah aku telah cukup berusaha ... "
Lalu Nota Kepada Diri pun dibaca lagi dan lagi. " Sesungguhnya tubuh pon tidak simpati pada diri pada hari perhitungan nanti. Tubuhku hanya akan berkata yang benar, sebenar-benarnya dihadapan Tuhanku ..."
wallahua'lam.