Thursday, 28 March 2013

Awak, saya nak bagitahu sesuatu.

Dear awak, sebenarnya dah lama saya nak kongsi dengan awak soal ni. Saya tak nak seronok sesorang dalam dunia ni. Saya taknak gemok amal sesorang. Dari dulu lagi saya nak cakap tapi saya tak tahu masa yang sesuai, jadi saya ambil keputusan untuk tulis dalam ni sebagai kekuatan kepada saya untuk berkongsi dengan awak.

Pernah sekali saya bersendirian dengan awak, saya ingin ambil kesempatan nak kongsikan satu ayat dengan awak dan ajak awak tadabbur ayat tu supaya dapat awak rasakan betapa dekatnya kalam Allah dengan kita. Tapi saya tak mampu. Saya takut kalaukalau awak tak suka. Tapi saya lupa awak, yang hidayah Allah milik Dia. Jahatnya saya tak beri hak awak waktu itu. Saya minta maaf. Semua orang berhak untuk mendapat kemanisan ini.

Awak, saya nak awak rasa apa yang saya rasa. Rasa seronok yang terlalu dalam. Rasa seronok apabila hati dan jiwa kita ditarbiyah supaya kembali kepada fitrah, supaya sentiasa mengingati tujuan kita hidup. Awak, zaman kita zaman terakhir. Hidup kita dah tak lama kat bumi ni awak. Banyak sangat petanda-petanda akhir zaman. Hakikatnya semua orang sekarang dah mula kembali kepada Islam. Semua orang kembali mencari Sang Pencipta. Kerana semua orang tahu Islam itu agama yang benar. Satu-satunya agama yang Allah redha.

Awak, saya taknak bebankan awak dengan pelbagai kalam Allah untuk waktu permulaan ni. Cukuplah sekadar satu ayat yang saya rasakan kita sebenarnya tak patut menduakan Dia sedangkan terlalu banyak nikmat Allah bagi kat kita awak. Dan Dia terlalu sayangkan kita.

" Katakanlah ," Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah ampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang ."
[Az-Zumar:53]

Sweet kan Allah. Dia tahu kita ni jarang sangat bersyukur. Selalu berkepit dengan jahiliyyah. Kita rasa kita sudah baik tetapi kita selalu alpa hakikat kita diciptakan iaitu untuk beribadah kepada Dia dan menjadi khalifah. Dia tahu kita sering bertarung dengan nafsu kita untuk mendapat redhaNya. Dia juga tahu terkadang kita lalai dengan dunia. Dan Dia juga tahu kita melampaui batas terhadap diri kita, kita tak bagi peluang kepada hati untuk kembali kepada fitrah, untuk kenal Pencipta Dia. Dia tahu segalanya awak.

Tapi awak sesiapa pun awak, Dia cakap kat kita supaya jangan berputus asa dari rahmat Dia. Allah tetap nak bagi rahmat dekat kita walaupun Dia tahu kita ni melampaui batas terhadap diri kita. Dia tetap ampuni dosa kita yang terlalu menggunung. 

Tetapi kan awak, kita yang jauh dengan Dia. Kita tak gunakan mata telinga hati dan akal kita untuk dekat dengan Dia. Kita ego awak. Dia tahu je awak yang kita ni sedang berlawan dengan nafsu kita dengan keseronokan dunia. Tapi kita tak berlawang bersungguh-sungguh. Kita lemah. Cakap nak masuk syurga kan? Kalau nak masuk syurga kita kena buat amalan ahli syurga. 

Awak, betapa hebatnya mesej yang Allah nak sampaikan dekat kita dalam setiap kalam Dia. Betapa bermaknanya ayat-ayat cinta yang diturunkan untuk jadi panduan dalam setiap gerak geri kita. 
Awak, dahulu saya sekadar baca ayat dan maksud ayat Al-Quran. Tetapi kan apabila saya kenal tarbiyyah, saya dapat memahami setiap ayat itu untuk saya. Pasti ada yang Allah nak beritahu dan tegur saya.

Tarbiyyah mengajar saya hidup bersama-sama Al-Quran. Memaknai Al-Quran. Roh saya hidup bersama-sama perjuangan para sahabat. Melalui tarbiyyah hati saya kenal Pencipta saya. Awak, Nabi Muhammad pun mentarbiyyah para sahabat dengan mengukuhkan akidah dalam jiwa mereka sebelum meneruskan perjuangan yang lebih panjang. Kerana dengan tarbiyyah hati kita tetap. Tetap pada yang satu, Allahu Robbi.

Awak, minta maaf sebab awak perlu baca panjangpanjang. Tapi kita sudah takdak masa nak bermain dan leka. Allah bagi amaran dalam surah al-Hadid ayat 16:

" Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik."

Awak, yakinlah setiap daripada kita inginkan kebaikan. Berilah peluang kepada hati. Tunaikan hak-hak kepada hati dan orang sekeliling. Kita semua berhak merasakan kemanisan tarbiyyah ini awak.
Awak, Islam perlukan awak untuk menang. Setiap daripada kita berfungsi untuk menegakkan Islam. Setiap daripada kita mempunyai posisi yang tersendiri dan mempunyai kelebihan. Gunakanlah kelebihan itu untuk ummah kerana masa, harta dan diri kita adalah untuk kepentingan ummah.

Awak, sudikah awak bersama-sama saya rasakan kemanisan ini sehingga ke syurga?

Yang menyayangi awak kerana Allah,

Saya <3







No comments:

Post a Comment