Sunday, 28 October 2012

Apa itu? *dongak ke atas*

TING!
Wang syiling jatuh ke tanah. Dari mana datangnya, Ahmad bermonolog. Tanpa mempedulikan keadaan sekeliling Ahmad terus melakukan sambil melihat pekerja-pekerjanya membuat kerja di tapak pembinaan, tiba-tiba
 TING!
syiling itu jatuh lagi.
Eh, mungkin ini rezeki aku, monolog Ahmad . Dia mengutipnya. Dan sekali lagi,
TING!

Ahmad tidak memikirkan peristiwa di sebalik kejadian itu dan tidak pula mencari dari mana datangnya wang syiling tersebut. Padahal, bosnya Encik Rashid melemparkan wang syiling itu dari tingkat atas sebagai signal untuk memanggilnya dek kerana lif di tapak pembinaan tersebut rosak. Setelah beberapa kali wang syiling itu dibaling, barulah Ahmad tersedar dan didongakknya ke atas.

KITA?  Bagaimana?
Adakah kita seperti Ahmad yang tidak cakna dengan 'signal' yang diberi ?

Allah seringkali memberikan signal kepada kita untuk kembali kepada Dia, tetapi apakah yang kita lakukan? Menyambutnya dengan hati yang bermuhasabah atau buat-buat tidak tahu?

Pandanglah setiap kejadian yang berlaku ke atas diri kita dengan berhikmah agar kita dapat merasai setiap perbuatan yang kita lakukan diredhai Allah, setiap kecelakaan  yang kita tempuhi adalah teguran daripada Allah.

Marilah kembalik kepadaNya. Sungguh, Allah sangat sayang dekat kita <3






Sunday, 21 October 2012

Kerana anda begitu berharga ^.^

Ada yang bertanya, "kenapa tidak letak gambar sendiri dalam profile picture atau di twitcon?"

Kenapa eh? Aku sendiri tidak tahu. setelah difikirkan aku cuba untuk  memberikan jawapan yang sesuai untuk orang yang berfikir mengikut perubahan zaman. :)

Mungkin kalau aku letak gambar aku nanti tiada siapa yang akan kawan dengan aku ya la sebabnya aku ni tidaklah selawa orang lain untuk menayangkan gambar sendiri.Malu pula rasanya.

Dari pandangan islamik : Aku bersyukur kerana aku tahu gambar aku bukanlah untuk tatapan umum. Biarlah aku merendah diri dengan apa yang tercipta untuk aku walaupun hakikatnya aku berasa sedikit cemburu kerana mereka semua Allah jadikan cantik dan menawan. Sebenarnya itu adalah ujian untuk kita menjaga kehormatan diri. Akan lebih manis kalau kita sembunyikan kecantikan kita dan memberikan hanya kepada yang selayaknya. Ingat, kita ini manusia tak boleh lari dari godaan syaitan. Setiap manusia dianugerahi kelebihan masing-masing. Allah Maha Mengetahui apa yang diperlukan oleh hambaNya.  Gunakanlah kelebihan yang ada pada diri kita dengan sebaiknya supaya ia dapat menjadi saham kekayaan di akhirat dan bukannya bahan pembakar di neraka.

Sayangilah dan peliharalah diri anda dengan sebaiknya kerana kelak ia akan menjadi saksi di hadapan Pemiliknya. Janganlah disebabkan perlakuan kita, tertanggu hati orang lain. Semoga Allah redha. Wallahua'lam.





Exam exam exam ! Lulus di sini atau di sana?

Beberapa minggu ni ramai yang bergelut dengan exam. Biasa la kan nak masuk semester baru. Tak terkecuali juga di timur tengah ni, turut terkena tempiasnya. Sebenarnya exam ni bukanlah bertujuan menghabiskan pokok-pokok di dunia ni mungkin juga haha tetapi semata-mata untuk mengukur kefahaman dan kesungguhan kita dalam menuntut ilmu. Tajdid semula niat kita. Belajar kerana Allah, demi untuk mencari redhaNya dan menegakkan agamaNya bukannya belajar kerana nak lulus exam.

Bercakap soal lulus exam, mustahillah jika seseorang yang menduduki exam mahukan kegagalan, bukan? Apabila kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan disamping memperbetulkan niat dan tujuan menuntut ilmu, sudah pastilah Allah akan memberikan kejayaan. Kejayaan sentiasa mengelilingi orang yang berusaha.

Persoalannya, kita hanya mahu sekadar lulus exam di sinikah? Bagaimana pula exam di sana? Ketika di dalam kubur? Ketika di hadapan Allah? Bagaimana keadaan iman dan ilmu di pada waktu itu?
Jika kita berasa takut ketika hendak menghadapi exam, wajib juga kita berasa takut untuk menghadapi exam yang sebenar-benarnya. Kita sudah dibekalkan maklumat tentang waktu exam di sana iaitu selepas kematian kita, soalannya juga telah dibocorkan iatu Siapa Tuhan kamu? etc.

Segalanya telah diberitahu . Namun, mampukah kita menjawabnya dengan cemerlang ? 
Ingatlah, walaupun kita sibuk mempersiapkan bekalan exam di dunia tapi jangan sesekali kita mengabaikan bekalan exam kita di akhirat. Pada bila-bila masa sahaja kita akan pergi untuk menghadapNya. Pemeriksa kepada segala pemeriksa. Tuhan sekalian alam. Allahu Robbi.

Marilah sama sama kita bermuhasabah diri. Semoga kita lulus cemerlang exam dunia dan akhirat amiinn. Wallahua'lam :)



Friday, 19 October 2012

La Tahzan, Allah maa'na

Jangan kau bersedih sahabatku,
Atas apa yang menimpa dirimu,
Sesungguhnya engkaulah orang yang paling tabah,
Yang mampu menanggung segala derita, penat dan lelah.

Kadang-kadang kita alpa,
Sebenarnya di saat kita gembira juga satu ujian
Tetapi di saat itu kita leka yang sebenarnya Allah sedang menguji kita
Adakah sama ada Dia meminjamkan kebahagiaan buat kita
Membuatkan kita ingat kepadaNya atau tidak.
Ya. Kita lupa sahabat. Kita lupa kepadaNya.
Setelah itu Dia berikan kepadamu satu lagi ujian
Walaupun Dia tahu sukar untuk hambaNya menerima
Tetapi Dia juga tahu sejauh mana kemampuan hambaNya
Dia memberikan kau kesedihan dan kedukaan
Di saat inilah kau kembali kepadaNya.
Inilah dia sahabat.
Sebenarnya Dia sangat rindukanmu.
Rindukan rintihan seorang hamba
Seorang hamba yang bukan hanya ingatkanNya pada waktu susah
Malah waktu senang.

Bersyukurlah sahabat
Apa akan terjadi jika kau tidak terpilih untuk mendapat ujian ini
Pastinya kau terus berada dalam kelekaan
Terlepas pandang hakikat sebagai seorang hamba
Yang sentiasa memerlukan kasih sayang Tuhannya.

Dia telah menjentik hatimu
Untuk kembali kepadaNya
Dengan hanya satu ujian
Mangadulah sahabat
Pada Tuhan Yang Satu,
Dia menantimu..
<3 Jangan kau sedih sahabat
Dia sentiasa dekat di hatimu ^.^


Nak naik perahu tak? Jom !! ^.^

"Awak!! Jomla kita pergi ke memancing hujung minggu ni. Saya bosan lah duduk rumah setiap hari." ujarku sambil memegang erat tangan suamiku.

" Laa kenapa tak bagi tahu awal-awal. Kalau abang tahu dari tahun lepas lagi abang bawa sayang pergi hehe " balasnya.

*********************

"Apa akan jadi kalau kaki abang satu di perahu ini dan sebelah kaki lagi di perahu sebelah" tanya suamiku.

"Jatuh mungkin ataupun sakit kaki " jawabku loyar buruk sambil tersenyum memandangnya. Pasti ada sesuatu di sebalik kronologi yang dibuat suamiku.

" Betul ! Jawapan yang lain ialah sudah pasti perahu ini tidak akan berjalan dan bergerak. Sebenarnya kronologi ini sesuai dengan perjalanan kehidupan kita. Kaki abang di dalam perahu yang berlainan boleh diibaratkan sebagai Islam dan Jahiliyyah. Jika kita berada dalam Islam separuh dan Jahiliyah separuh, adakah kita akan menjadi seorang muslim yang bertaqwa? Jika kita mengamalkan Islam dan menjaganya tetapi dalam masa yang sama kita masih melakukan amalan jahiliyah seperti membuang waktu dengan perkara yang tidak berfaedah dan sebagainya, bagaimanakah keadaan langkah kita untuk menuju redhaNya? " terang suamiku.

Konklusinya agama Islam ialah agama Allah dan tidak boleh diambil mudah. Kita mahupun syurga yang begitu tinggi darjatnya tetapi amalan kita serendah gamat di laut. Berusahalah sedaya upaya untuk menangkis karat jahiliyah yang masih berbaki dalam diri kita dan masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya.

*Nota : Seorang motivator Islam, Syeikh Muhammad Qutb dalam bukunya 'Jahiliyah kuruk kedua puluh' ada menegaskan bahawa, masyarakat jahiliyah adalah mereka yang tidak memiliki akhlak mulia, budi bahasa, sopan santun atau sifat-sifat yang baik, yang menyembah dunia dan segala bentuk kebendaan, yang lebih tepat lagi tidak berkiblatkan akidah kepada Allah SWT.

Wallhua'lam.





Thursday, 18 October 2012

Ukhuwwah itu - tulen atau palsu?

Ramai yang menyebut ukhuwah fillah, saya sayangkan awak kerana Allah.
Tetapi apakah makna sebenar kita jalani ukhuwwah itu?

Ukhuwwah itu manis dan asyik jika kita berlandaskan kepada cinta Allah dengan saling menasihati ke arah kebaikan dan berazam untuk sama-sama mencapai redha Allah dan syurgaNya. Kita mengasihi seseorang bukan atas dasar nama atau kelebihan yang ada pada diri seseorang tetapi kerana Allah.

Bagaimana nak kasihkan seseorang kerana Allah? Sedarkah hakikat bahawa kita seorang hamba dan saudara kita juga sama statusnya seperti hamba. Apabila bernama hamba, sudah pasti ada pemilik atau tuannya. Pemilik kita ialah Allah. Suatu saat nanti, kita yang bergelar hamba dan makhluk pasti akan menghadap kembali Pemilik kita. Di saat itu, adakah kita hanya ingin berjaya seorang diri tanpa mempedulikan yang lain atau bersama-sama saudara kita memasuki syurgaNya.

Rasulullah SAW bersabda " Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya  sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri " [ HR Bukhari & Muslim ]

Kekadang kita tidak sedar bahawa kita jalinkan persahabatan dengan seseorang atas sebab tertentu. Sebagai contoh,  sahabat kita seorang yang dikenali ramai ; dan kita mahu menjadi 'famous' sepertinya jadi kita bersahabat dengannya. Ataupun contoh lain, kita bersahabat dengan seseorang atas dasar perikatan persatuan dan kerja semata-mata bukannya untuk menambahkan kenalan dan saling berkasih sayang.

Hargai apabila berdua . Sayangi apabila bersama . Maafkan apabila terluka . Rindui apabila jauh di sana . Fahami apabila berprasangka . Ingati saban ketika . Kerana Allah kasih   tercipta <3

Ubahlah dan perbaiki semula niat kita dalam bersahabat agar persahabatan yang kita jalinkan di dunia tidak menjadi saham yang dapat melontarkan kita ke neraka. Nauzubillah. 

Wallahua'lam.






Wednesday, 17 October 2012

Adab Menuntut Ilmu

Setiap daripada kita akan sentiasa menempuhi saat ini. Tidak kiralah secara langsung ; di dalam dewan kuliah ataupun secara tidak langsung; keadaaan sekeliling. Dan setiap perbuatan yang kita lakukan mestilah disusuli dengan adab agar perbuatan kita mendapat redhaNya.

1 ) Ikhlas

Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
 " Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menunutut ilmu selain daripada kerana Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya di neraka "  [ HR Tarmizi ]

2 ) Beradab dengan orang yang memberi ilmu

Berkata Imam Syafie :
" Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia bersunyi diri, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu " [ Syarah Mazhab Jilid 1, m.s 31  ]

3 ) Banyak bersabar

Imam Syafie pernah berkata :
" Tidak diperoleh ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan " [ Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, /\m.s 237 ]

4 ) Tulis setiap apa yang dipelajari

Kata Abu Hurairah r.a
" Tidak ada seorang pun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis " [ HR Ahmad dan Baihaqi ]

5 ) Tawadhu'

Imam Ahmad bin Hambal berkata :
" Kami disuruh supaya tawadhu' ( rendah diri ) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya " [ Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 274 ]

6 ) Menjauhi dari banyak makan

Ibn Jma'ah berkata :
" Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan rasa tidak jemu adalah makan sekadarnya daripada makanan yang halal " [ Kitab Fadhlu al-Ilmi, m/s 222 ]

7 ) Tidur yang sedikit

Firman Allah SWT yang bermkasud :
" Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu ( di dunia ) adalah oeang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT) " [ Az-zariyat 51 : 15-18 ]

8 ) Kurangkan kata-kata yang tidak bermanfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
" Sesiapa yang beriman kepada Allah dah hari akhirat, maka cakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam "

Wallahua'lam
via UAI.





Sunday, 14 October 2012

Kita - Saling Melengkapi ^.^

Setiap orang dianugerahi kelebihan masing-masing.

Setiap orang berperanan melengkapkan antara satu sama lain.

Allah letakkan seseorang itu di sesuatu tempat pasti ada hikmahnya.

Allah hadirkan:

~seseorang yang baik hati dalam kalangan orang yang nakal agar kelonpok itu boleh bertolak ansur antara satu dengan yang lain.

~seseorang yang pandai masak di dapur agar orang dalam rumah itu kenyang boleh merasai nikmat rezeki yang diberiNya

~seseorang yang manis bicara agar orang lain boleh mendapat mutiara kata dan nasihat daripadanya.

~seseorang yang garang dan tegas agar kita boleh berdisiplin.

~seseorang yang lemah lembut agar kita boleh mencontohinya dan menjaga sikap kita.

~seseorang yang bijak dan berilmu agar kita boleh mempelajari sesuatu yang baru dan sentiasa berusaha ke arah kejayaan.

~seseorang yang banyak mulut agar kita boleh mengambil hikmah supaya ramah dalam berkomunikasi

~seseorang yang nakal buruk akhlaknya agar kita boleh mengambil iktibar dan berpeluang untuk mangubah dirinya ke arah yang lebih baik

Tetapi janganlah kita hanya berdiam diri dan berserah pada takdir sahaja. Seharusnya kita sebagai manusia berusaha untuk sentiasa memperbaiki diri dan menguasai segala jenis cabang ilmu agar kita menjadi seorang yang berguna kepada keluarga, agama dan masyarakat.

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri " 13:11

Selamat  berjuang menjadi yang terbaaeekk ! :D

wallahua'lam .




Saturday, 13 October 2012

Pertemuan Singkat Yang Amat Bermakna

Jumaat-12 Oktober 2012

Catatan hidupku untuk dikenang pada masa hadapan.

Perjalanan yang panjang amat meresahkan aku. Penantian itu satu penyeksaan. Benar belaka. Hampir dua jam perjalanan aku dari pekan Mu'tah ke Amman menaiki sebuah van yang dipandu oleh pakcik Ibrahim bersama-sama kakak senior dan seorang kawan. Deringan handphone memukul gegendang telingaku.

"Ada dekat mana ni" tanya sahabatku.

"Sekejap, dalam perjalanan lagi" aku menjawab.

Dingin. Berdebar. Sebak. Berbaur perasaanku untuk berjumpa seorang sahabat yang amat aku rindui. Namun, aku lebih senang melayan lagu daripada perasaan aku itu.

10.15 pagi.

Van berhenti di hadapan ratusan gerai di Abdali, Amman. Tempat bundle yang sememangnya dikunjungi ramai. Tempat bakal pertemuan dua sahabat, aku dan dia. Keadaan yang sesak dan sempit serta ratusan manusia yang mengunjungi menyukarkan aku untuk mencari sahabatku. Namun, aku tidak berputus asa.

"Nadia !!! "

Pantas aku menoleh apabila namaku disapa.

Kenalanku di sekolah menengah memanggil. Pantas dia memeluk erat diriku kerana lama tidak berjumpa. Sungguh, aku sangat rindu padanya. Kenangan pada waktu persekolahan menyapa mindaku. Berjuang bersama-sama di dalam kelas, menghafal surah serta subjek-subjek STAM. Amat bermakna.

"Eh, nampak Zuk dak?" aku bertanya.

"Tak nampak pulak." Seketika kemudian. "Aku nampak Zuk, sekejap aku panggil".

Beberapa minit kemudian Dayah kembali bersama Zuk di sisi.

Kami bersalaman. Sebak rasanya. Kami hanya sempat berbual pendek memangdangkan keadaan yang begitu sesak. Lebih kurang sejam kami 'membeli belah' di bundle. Aku harus berundur diri kerana ada plan lain.

Tak sempat sebenarnya aku nak bersembang panjang dengan sahabatku. Tetapi aku amat bersyukur ya Rabb kerana menghadiahkan sebuah pertemuan kepada aku dan sahabatku walaupun sekejap. Sebenarnya ingin sekali lagi aku memeluk erat sahabatku dan berkata kepadanya Aku Sayangkan Kau Kerana Allah.

Ada jodoh kita berjumpa lagi. Berjuanglah di sana. Jaga diri. Jaga iman.










Diri ini seorang pentadbir.

Saya bawa satu persoalan di sini, apakah kerajaan yang paling kecil?

Mungkin ramai yang akan jawab kerajaan negeri , atau negara-negara yang lain?

Sebenarnya jawapan tersebut berkait rapat dengan diri kita. Kerajaan yang paling kecil ialah kerajaan diri. Kenapa? Kerana pentadbirnya hanyalah seorang iaitu diri kita sendiri.

Kitalah Perdana Menteri, kitalah Menteri Kewangan, kitalah rakyat, kitalah segala-galanya. Percaya atau tidak kita ialah seorang pentadbir kepada sebuah kerajaan.

Mampukah kita untuk mentadbir kerajaan tersebut? Tiada siapa yang dapat membantu kita menyusun strategi pentadbiran melainkan diri kita sendiri kerana masing-masing sibuk untuk melancarkan pentadbiran mereka. Kalaulah kita tidak ada basic dan ilmu untuk menguruskan sesebuah kerajaan, apakah yang terjadi? Semestinya kerajaan tersebut akan mundur dan ketinggalan.

Apa yang harus kita lakukan untuk menjadikan kerajaan kita sentiasa stabil dan gemilang di pandanganNya?

Berbalik kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Apa yang Allah suruh kita ikut dan apa yang Allah larang jangan kita lakukan. Mengikut panduan kehidupan yang diajar oleh Baginda S.A.W , inshaa Allah kerajaan kita akan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Allah menguji kita untuk mentadbir diri kita sendiri supaya kita boleh bersedia untuk menjadi seorang khalifah  yang mengajak kepada kebaikan dan melarang keburukan di muka bumi ini.





Sedarlah kita bahawa diri kita semestinya mahukan seorang pentadbir yang cemerlang supaya apabila diri ini dikembalikan kepada Pemilik asal, Allah S.W.T. diri ini dapat berada di tempat yang selesa, tempat yang diimpikan walaupun ketika berada di dunia ini, tempat yang sementara sanggup menelan kepahitan dan susah payah demi mengharap redha Allah Yang Esa.







Thursday, 11 October 2012

Jawapan kepada orang yang baru clash.

Apa yang akan saya katakan ialah TAHNIAH.

Kenapa? Bukan menyokong kerana berjaya patahkan hati orang haha tetapi semata-mata kerana tahniah.

Lazimnya, kenapakah kita mengucapkan tahniah kepada seseorang? Tujuannya kerana memperoleh kejayaan atau sesuatu berita yang menyenangkan.

Clash ni berita yang menyenangkan kah?

Orang yang berfikir dan sentiasa bermuhasabah setiap sesuatu tindakan yang berlaku ke atas dirinya akan mengatakan ya, clash ni berita yang menyenangkan.

Sebenarnya tak semua orang berjaya mendapat hidayah Allah. dan hanya orang yang terpilih sahaja. Special kan? Hanya yang terpilih sahaja. Jadi bersyukurlah anda.

Anggap saja Allah nak kita berubah ke arah yang lebih baik. Jadi Allah bagi peluang kepada kita dengan menghentikan jalan-jalan zina yang selama ni kita tak sedar pon yang sebenarnya couple juga boleh mendekatkan kita dengan zina. Memanglah kita tak pegang tangan dia pon, kita tak berjumpa pon, tetapi bagaimana dengan hati kita? Sentiasa ingat si dia atau Dia, Pencipta seisi alam?

Jadi, kita sebagai seorang hamba yang diciptakan berada di muka bumi ini tak lain tak bukan hanyalah untuk menjadi khalifah dan beribadah kepada Allah. Jika kita meletakkan selain Allah di hati kita , wajarkah kita dipanggil hamba yang bersyukur? Dia memberikan segala-galanya kepada kita tanpa meminta balasan tetapi kita tak bersyukur dengan pemberianNya bahkan mengingati yang lain.

Muhasabah kembali diri kita dan berilah peluang kepada hati untuk mengenal Penciptanya.

Wallhua'lam.

Tuesday, 9 October 2012

Aku menghormati dirimu

Bukanlah tujuanku meluahkan perasaan di dalam entry.
tapi inilah salah satu cara diriku mengilhamkan sesuatu
tidak ku sekali mencari nama
tidak juga ku lakukan ini untuk diberi perhatian
tapi semata-mata hanya kerana ingin berkongsi
sesuatu yang ku tahu
maaf andai kehadiranku mengganggu dirimu
tapi izinkan aku membuat satu permintaan
ini caraku
hormatilah.
pedulikan aku, tetapi
jika aku melanggar syariat
jika aku melakukan sesuatu yang mengaibkan
bantulah aku
tegurlah aku
supaya aku kembali ke jalanNya.
terima kasih <3
hanya Allah dapat membalas
kecekalan hatimu
melawan godaan nafsu
yang tidak menyenangi diriku tetapi
sanggup melawan perasaan
demi kebaikan kita bersama :)





Kan Manis Bersangka Baik, Tak Gitu?

NASIHAT SHEIKH ABDUL KADIR AL-JALANI : 

 Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkanlah dalam hatimu :
     
     "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku "

 Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu :

     " Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu           anak ini jauh lebih baik dariku "

 Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu :

     " Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku "

Jika bertemu dengan seseorang yang berilmu, maka ucapkanlah :

     " Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tak akan pernah kucapai, mngetahui apa yang tidak aku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku "

Jika bertemu dengan orang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu :

    " Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu) sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku & umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku "

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah dalam hatimu :

     " Aku tidak akan tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi akhir usia diriku kufur & berbuat buruk (nauzubillah ) "



Sunday, 7 October 2012

muhasabah cinta


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata - kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir butir cinta air mataku teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Muhasabah cintaku :)

Saturday, 6 October 2012

Tips Menuntut Ilmu



Rasulullah s.a.w bersabda :

Barangsiapa yang ingin mudah menghafaz ilmu, maka haruslah melazimkan akan lima perkara :

1. Hendaklah melaksanakan sembahyang (solat) malam, meskipun dua rakaat sahaja.

2. Selalu suci dan didalam keadaan berwudhuk.

3. Bertaqwa kepada Allah sama ada dalam keadaan rahsia (tanpa diketahui orang) ataupun terang-terangan (diketahui orang).

4. Niat ketika makan adalah untuk nertaqwa ( kuat untuk beribadah) bukan untuk nafsu.

5. Selalu mengamalkan bersugi ( membersihkan mulut daripada berbau ).

wallhua'lam



Sejuk Luaran Dalaman

Lazimnya, apabila masuk musim sejuk semua orang nak ber'hibernate' bawah hirom (selimut tebal). memanglah kan dah sejuk sangat. Tapi itu bukanlah alasan untuk kita bermalasan dan melambatkan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba.

Sejuk kan? . Cuaca juga sebenarnya ujian untuk kita. Apa kata kalau kita sentiasa panaskan iman kita. Lagi kuat kita mujahadah, lagi hebat kasih sayang Allah kepada kita masha Allah hebat kan?

Sentiasalah bersyukur kepada Allah dengan keadaan yang dikurniakanNya. Tak kiralah sejuk, panas atau apa jua keadaan, ingatlah kita tetap seorang hamba. Seorang hamba yang mengejar redha Pencipta, yang mengimpikan kehidupan di dalam syurga bukan seorang hamba yang leka dengan keadaan dunia.

Kita mengharapkan syurga yang begitu indah, tetapi amalan kita, bagaimanakah keadaannya? Adakah selayaknya untuk mendapatkan syurga jikalau kita menjadi hamba kepada dunia, tewas dengan ujian dan cuaca.

Allahu Robbi. Semoga kita mendapat hidayah dan kuat untuk menempuhi ujian ini. Selamat bermujahadah ^.^

semoga Allah redha :)







aku, seorang hamba kepada Yang Maha Esa




aku  seorang manusia yang tidak sempurna tetapi mencuba untuk menjadi yang terbaik di sisiNya

aku bukan seorang yang alim. aku lakukan dakwah kecil ini hanya untuk meraih kasih sayangNya.

jika anda lihat banyak kelemahan dalam diri ini, memang benar.

itulah aku.

#cp

Friday, 5 October 2012

Tangisan dua per tiga malamku

Melangkah penuh lesu dalam ruangan kamarku disuluh samar-samar cahaya lampu jalan. bukan niatku untuk bangun. memang buang tabiat lah kan aku bangun malam malam begini. 3.50 pagi ?? lebih baik aku melayan mimpi. tapi kerana pundi kencingku memaksa juga. aku terpaksa bangun.

Sejuknya air. aishh tu la semalam tidur terus bukannya nak ke tandas dulu. eh kenapa tiba-tiba aku ambil wudhuk nie? takpa la teruskan je la sampai habis. tak salah kan..

sejurus selepas melangkah keluar dari bilik air, katil lah yang menjadi sasaran aku. aku terpandangkan tempat ku solat. tiba tiba hatiku teringat amalan yang pernah aku lakukan di sekolah menengah dahulu. apa ya? kalau time time ni.. hmm tahajud. ya tahajud!!! perasaan apakah ini? kenapa aku rasa sayu? ya Allah sungguh lama aku tinggal solat tahajud.. ya, patutlah hidup aku terumbang-ambing sekarang.  terima kasih ya Allah kerana menjentik hatiku ini. memang kena sangatlah aku ambil wudhuk tadi. sesungguhnya perancangan Allah sangatlah teliti. :')

aku melangkah menghampiri sejadah. sebak dadaku kerana Allah memilih aku. ya, sebak sangat sangat. terima kasih ya Allah. antara ramai-ramai aku yang dipilih untuk beribadah kepadaMu.aku ya Allah. aku yang sering lalai. aku yang lupakanMu. aku yang selalu menyahut seruanMu di hujung waktu.  ketika semua orang tidur, aku dipilih ya Allah. hinanya aku ya Allah. malunya aku pada Engkau ya Allah. yang hanya ingat Engkau pada masa susahku, pada masa sedihku.

Allahuakbar. takbir diangkat. bergetar hebat seluruh badan. menangislah duhai hati menangislah di hadapan Tuhanmu yang menciptakanmu . aku sudah lama lalai. aku cintakan dunia lebih daripada akhirat. aku mengejar dunia yang sementara. aku leka dalam melaksanakan suruhanMu. aku sayangkan orang lain ya Allah, yang juga hamba sepertiku. padahal Engkau tak pernah berpaling dari mencintai aku. malunya aku. hinanya aku. ampuni aku ya Rabb, sayangi aku, redhai lah aku yang lemah ini. pandanglah aku dengan pandangan kasih dan sayangMu. jadikan setiap detik nadiku, setiap sedutan nafasku hanyalah untuk Engkau. menjadi hamba kepada pemilik langit bumi dan seluruh ciptaan alam. Maha Suci Mu, Ya Allah :')




sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah s.w.t :)

Tuesday, 2 October 2012

umur itu . . .




umur itu amanah. kitalah yang bertanggungjawab untuk menggunakan umur itu kearah kebaikan atau keburukan.

segala yang kita punyai adalah sebenar benarnya milik Yang Maha Esa termasuklah tubuh kita.

gunakanlah custom yang diberi pinjam ini untuk beribadat kepadaNya kerana semuanya akan menjadi saksi di akhirat kelak.

p/s : selamat hari lahir kepada yang menyambut hari lahir. bersyukurlah kita masih diberi kesempatan untuk hidup dan meningkatkan amalan :) semoga kita sentiasa dalam redhaNya :)

Untukmu duhai kekasihku :')


ibu bapaku kekasihku <3


Segunung ucapan terima kasih pon tak dapat terbalas jasa dan pengorbanan yang mama dan baba lakukan.

kakak bersaksi sesungguhnya mama dan baba ialah insan yang melaksanakan amanah dalam menjaga anak-anak dengan sempurna.

Izinkan anakmu ini tetap menjadi ahli keluargamu dalam syurga kelak :')

Kakak akan belajar bersungguh-sungguh dalam apa jua cabang ilmu khususnya ilmu agama untuk membalas jasa mama dan baba.

Dan kakak akan pastikan mama dan baba akan menjadi insan yang kaya dengan doa dari seorang anak yang solehah. inshaa Allah.

Izinkan jua kakak menjadi seorang anak yang solehah yang disenangi mama dan baba serta anak yang membalas jasa.

Redhailah kakak terutamanya ketika berada di perantauan ini dan kakak sangat mengharapkan doa daripada kalian

Ikhlas dari,

Anakmu <3