Sunday, 4 November 2012

Sungguh, aku terharu denganMu

PerancanganMu adalah sebaik-baik perancangan dan Engkau ya Allah adalah sebaik baik perancang.

Aku duduk santai di katilku. Dek kerana kebosanan aku mengambil handphone dan menekan satu apps di dalamnya iaitu kisah nabi. Perancanganku ingin membaca kisah kekasihMu Muhammad SAW tetapi tidakku sedar aku menekan kisah Nabi Nuh . Aku teruskan pembacaanku walaupun aku agak pelik dengan diriku sendiri. Selang beberapa hari selepas kejadian itu, aku mengikuti sebuah program yang membincangkan berkenaan kisah Nabi. Dan salah satu kisah yang dibincangkan adalah kisah Nabi Nuh. Aku berasa hairan macam mana aku boleh tahu kisah ini dan boleh menjawab soalan yang diajukan sedangkan aku ini bukanlah seorang yang rajin membaca. Rupa-rupanya Allah menetapkan aku membaca kisah tersebut pada awal lagi supaya aku dapat bersedia dengan apa yang akan dibincangkan. PerancanganMu sangat teliti.  Sungguh, aku terharu denganMu.

* * * * * * * * *

Aku berkira-kira untuk menukar takhasus kerana aku lebih meminati fiqh berbanding usuluddin. Peluang berada di depan mata apabila Biro Akademik (BA) menawarkan kepada pelajar tahun satu untuk menukar takhasus dengan mengisi borang. Tapi kenapa aku buat tak endah eh? Aku sendiri tidak faham dengan diriku. Mungkin kerana aku redha dan yakin inilah yang ditetapkan untuk aku dan mungkin kerana ibubapaku. Mereka amat menyokong aku jika terus berada dalam bidang ini. Baru-baru ini aku mengikuti program Seminar Ulum Hadis dan Bengkel Takhrij Hadis. Tak berniat sebenarnya untuk join program ni tapi entah haha Aku bertanya kepada kawanku sama ada dia hendak join program ini atau tidak. Dan kami bersepakat untuk join. Ada seorang penceramah berkata, diantara ratusan orang di universiti, kamulah yang dipilih oleh Allah untuk berada di dalam majlis ini dan mempelajari ilmu takhrij hadis. Ya, aku orang yang terpilih. Kenapa aku? Kerana ini merupakan hint untuk aku terus berjuang dalam bidang ini meskipun sukar. PerancanganMu sangat teliti. Sungguh, aku terharu denganMu.

Semoga setiap kejadian yang terjadi kepada kita dapat kita fikir secara berhikmah kerana Allah tak jadikan kita sia sia di bumi ini melainkan untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah di bumi ini.






No comments:

Post a Comment