Sunday, 2 December 2012

Bilakah kemenanganku?

Siang malam aku berusaha, membaca buku mengabaikan dugaan dugaan lain, penat hatiku melawan semua itu, tapi bilakah kemenanganku? Sungguh, keputusan tak setimpal usahaku. Sangat mengecewakan.

*****************************************

Itulah aku. Mengalah sebelum pecut berlari. Sedarkah wahai diriku aku sedang berada di atas trek yang penghujungnya sudah kutemu. Sikit waktu lagi. Sedarkah wahai diriku, Allah sedang membuka ruang untukku mendekatkan diriku denganNya. Sedarkah aku? Tidak! Kerana aku dikuasai ammarah dan putus asa.

Hakikatnya belum cukup aku berusaha, jika orang lain boleh memahami sesuatu hanya cuma sekali pembacaan, namun aku 25 kali pun belum tentu memahami. Dan aku harus menjadikannya kali ke 26. Ya, itulah aku! Aku terlupa kesibukan itu melalaikan aku. Aku jauh dengan Dia. Solatku di penghujung waktu dek kerana melekat dengan buku. Sungguh aku terlupa tajdid niat, Kerana apa aku membaca? Exam?

Allah nak berikan aku pengajaran. Disebabkan aku membaca kerana exam. Ya inilah jadinya. Bukannya kerana ilmu dan redhaNya.

Aku tahu Ya Rabb, Engkau mahukan aku berusaha dengan gigih lagi. Engkau rindukan dengar rintihan tensionku. Aku malu ya Rabb, aku yang begitu hina ini mendapat perhatian dariMu. Inilah kemenanganku. Ujian kekalahanku ialah kemenanganku.

Semoga aku termasuk dalam kalangan orang yang cintakan ilmu. Bukannya orang yang lelah putus asa di pertengahan waktu.
Jika kita tersangkut di pertengahan jalan, sememangnya ada kesalahan di permulaan. Semak semula.
Kejarlah ilmu, in shaa Allah kejayaan mengiringimu. Mintalah ilmu itu pada Pemilik ilmu. :)


No comments:

Post a Comment