Bismillah. Niat syahid!
Aku yang berada hampir dengan tempat kejadian merasakan sedikit gentar dengan keadaan. Walaupun bukanlah berlaku di tempat aku, tetapi ia berlaku di dalam negera yang aku duduki.
Keadaan semakin membimbangkan dari hari ke hari.
" Sempadan Jordan dah terima lebih daripada setengah juta pelarian Syria. tentera pembebasan Syria skrg byk bergantung kpd pertolongan tentera drpd Lubnan.
skrg ni pelarian Syria kt sempadan Jordan terima tekanan drpd kerajaan Jordan utk ditutup, rakyat syria berterusan ditekan dlm segenap sudut, Russia menyokong serangan Bashar utk melenyapkan etnik sunni..
Ada brita bocor mengatakan Raja Jordan menyokong Bashar dgn memberi tekanan kepada pelarian yg terdiri drpd ahli kuarga FSA.. Baru2 ni di Irbid ade shbt bgtau, anak2 perempuan Syria dirogol n ditinggalkan..
Mnurut beberapa berita antarabangsa, Jordan mungkin dijangkiti perang yg berpunca drpd pergolakan yg berlaku di Syria, bnda ni berpunca drpd limpahan pelarian Syria yg membanjiri Jordan.
Doakan Syria tanpa henti. Fatrah PRU tidak sepatutnya memisahkan kita dr memberi perhatian n doa kpd saudara disana. "
Petikan komen daripada salah satu group di Facebook. Gentar? Risau? Ya, itu pasti ada dalam diri.
Tetapi ingatlah setiap yang bernyawa pasti akan mati. Kita tidak tahu di mana, dan bila kita akan menghadap Ilahi. Apa yang patut kita risaukan ialah, bersediakah kita menghadap Tuhan langit dan bumi?
Andai aku dipanggil dulu, aku sebagai hamba memohon ampun dan maaf kepada semua manusia yang pernah aku kenali sama ada dalam jangka masa sekejap atau lama. Andai ada kata yang menghiris hati. Andai ada hak hak yang tak tertunai. Andai ada amanah yang tak terlaksana. Aku mohon ampun.
Terutamanya kepada mama dan baba. keluarga, sanak saudara sahabat handal dan jiran.
Terima kasih diatas pengorbanan yang mama dan baba lakukan.
Terima kasih atas setiap titisan susu yang diberikan.
Terima kasih kerana melahirkan kakak.
Terima kasih di atas segala-galanya.
Mohon halal segala makan minum barang harta wang dan masa yang kalian pernah berikan.
Jika tidak, tuntutlah dari keluargaku jika aku ada hutang wang. Jika aku terhutang masa, halalkanlah, aku mohon. Supaya aku tenang di sana.
Andai aku dipanggil dulu, aku mohon untuk tinggalkan andai aku pernah secara tidak langsung terajar perbuatan perkataan tingkah laku yang mencemarkan akidah kepada Allah. Ambillah yang baik cuma, jika ada. Supaya aku tenang di sana.
Andai aku dipanggil dulu, aku sangat mengharapkan doa daripada kalian. Supaya aku tenang di sana.
Ketahuilah, andai aku dipanggil dulu, aku memaafkan segala kesalahan yang pernah kalian lakukan kepadaku kerana aku beranggapan itu ujian daripadaNya dan aku juga beranggapan aku tidak layak untuk menyimpan salah seseorang kerana pahala dan dosa itu kerja Tuhan Yang Esa.
Andai aku dipanggil dulu, ketahuilah aku meredhai kalian sebagai watak lakonan dalam hidupku, redhailah juga aku menemuiNya.
Ketahuilah wahai hambahamba Allah. Hidup kita di dunia sementara cuma. Berlumba-lumbalah kalian ke arah kebaikan. Bersabarlah di dunia kerana Tuhanmu. Allah membeli harta dan jiwa kita dengan bayaran syurga. Kenapa kita tak sanggup berjual beli dengan Allah? Sedarlah, kita hamba Dia.
Jumpa di syurga, biiznillah :)
![]() |
| Jalan kita susah kerana syurga itu mahal. |

No comments:
Post a Comment