Dicapai sebatang cili padi untuk santapan mulut aku. Ibarat nutella disapu ke atas roti. Begitulah cili padi yang dikerat dua disapu di bibir aku. Pedih.
" Cakap apa tadi. Siapa yang ajar mencarut ni? " Suaranya ditinggikan.
" Ibuuuu sakit ibuuuuu. "
" Nak mencarut lagi tak? "
Menangis. Berlari ke bilik air untuk mencuci mulut yang makin membengkak. Pedih sangat.
Aku tahu ibu memerhati gelagat aku yang seperti cacing kepanasan. Hakikat mulut kepanasan. Dengan bercucuran air mata aku menyejukkan mulut aku dengan air. Tetapi sia-sia.
Aku tahu ibu sedang menangis. Ibu mana yang sanggup lihat anaknya sebegitu rupa.
Aku tahu ibu ingin menolongku dan memujukku dalam dakapannya.
Aku tahu ibu menahan sekeras-keras dirinya memperlakukan aku seperti itu tetapi ini semua demi kebaikan aku.
Aku tahu ibu kecewa dengan sikapku. Tidak pernah dia mengajarku dengan tingkah laku yang sebegitu.
" Eh cik abang, teringat Malaysia ke? bahuku ditepuk.
Laa. Aku disini lagi rupanya ingatkan dah balik manis rumah manis [baca: home sweet home]. sigh
" Minggu depan raya. " Aku memandang Ziyad.
" Em. first time raya di perantauan. Chill lah. Kita beraya dengan roh-roh para sahabat. Kita beraya dengan semangat jihad para mujahideen." aku dipujuk.
" Ayat sedap hati haa. Tak layak rasa nak beraya. Nafsu tak dibebaskan sepenuhnya dari jahiliyah. Kenang nasib jiran jiran yang sedang berperang dengan musuh. Hasbiyallahu wanikmal wakil. "
"Aidilfitri. Kembali kepada fitrah.
Semua benda yang diberi pinjam, nyawa, hati, nafsu, nafas, anggota badan dan semuanya kena kembali kepada fitrah. Fitrah semulajadi bukan yang kita cipta iaitu fitrah Islam.
Tak layak nak beraya sakan andai kita tak memahami dan mengembalikan apa yang diberi pinjam kepada fitrah. " Ziyad bersuara.
Masing-masing melayan perasaan. Mungkin ke negara jiran mungkin juga ke tanah air sendiri. Apalah yang ibu tengah buat sekarang eh?
![]() |
| Fitrah kita bersih. Tak perlu 'kreatif'. Keep the momentum till we return to Him [kredit] |

No comments:
Post a Comment