Sunday, 15 December 2013

Peka

Kucerita perihal salju.
Andai manusia dihidupkan untuk cuma mengadap makanan dan harta benda.
Akan ku cerita perihal mereka.
Namun, kedatangan salju menjadi sesuatu.
Sesuatu yang besar untuk dilakarkan.

Cuba engkau perhatikan salju.
Apa yang mereka punya.
Innocent dan putih.
Turun menyembah bumi mengikut perintah Tuhannya.

Cuba engkau perhatikan salju.
Andai mereka tercampur dengan tanah.
Aku pasti mereka akan ditinggalkan.
Dan engkau akan cari salju yang baru.
Apabila ditanya kenapa.
Engkau beralasan siapa mahu yang tercemar andai ada yang suci.

Kalau begitu, ingin aku bertanya kepada engkau.
Layakkah kita yang sentiasa tercemar dengan noda,
yang berdegil dan beralasan mengislamkan jahiliyyah.
Andai ada yang suci, yang sentiasa membersihkan diri
berusaha memutlakkan cinta suci untuk Ilahi,
Untuk mendapat syurga Dia. 

Cukupkan perbandingan itu untuk menjawab pertanyaan aku?
Apakah kita atau mereka yang rugi? 

Cuba engkau perhatikan salju.
Halus dan mendamaikan
menyapa pipi.
Seindah lagu winter sonata.
Ala-ala korea gitu.

Andai salju sehalus itu kau boleh rasai
Tak mustahil iman halusmu tidak boleh merasai
maksiat dan jahiliyyah di hati.
Bersihkan dan putihkan kembali
Agar salju itu menjadi saksi.
Kesucian hati imanmu.
Buktikan kau mampu!

Cuba engkau perhatikan salju.
Berapa banyakkah butiran yang hinggap dibumi.
Mustahil kau mampu membilangi.
Hanya Allah yang Maha Tahu.

Pernah kau dengar kata-kata "seputih salju"
Apa bukti yang kau boleh katakan salju itu putih
Dan sedap mata memandang.?
Apabila salju itu turun dengan lebat 
Membentuk satu timbunan yang gebu.

Andaikata ianya hanya sebutir atau beberapa butir.
Adakah kau tetap mengagumi seperti selalu.
Kau mungkin lebih tahu.
Sungguh, "seputih salju" itu bukanlah kerana sebutir dua
Tetapi bilangan butiran yang tidak mampu kau kira.
Mereka tahu tugas mereka.
Bersama-sama turun kebumi atas perintah Tuhan.
Menunjukkan kebesaran Ilahi.
Kepada yang Dia kehendaki.

Jika kau ingin hasil yang "gebu" dan hebat
seperti timbunan salju yang memutih
Kau tetapkan posisi dan bergerak seiringan
Jangan pernah ada istilah kau pergi dahulu, aku menyusul nanti.
Kau hebat, aku cuma kuli.
Kau tinggi diatas, aku dibawah goyang kaki.

Andai salju itu Allah tetapkan 
Masing-masing punya posisi untuk menyembah bumi
Merealisasikan kata Ilahi
Menunjukkan keagungan milikNya
Inikan pula engkau,
wahai manusia, hamba dan khalifah bumi.

Salju itu nikmat tetapi sakit. persis dunia [kredit]

1 comment: