Tuesday, 8 April 2014

Runner #2

" Andai waktu ini adalah waktu yang terakhir, apa yang kau nak buat? "

" Ni cuma andaian je kan, so takyahla fikir, possible je tak jadi. "

" Andai waktu ni adalah saat terakhir kau tengok aku, apa yang kau akan buat dekat aku? "

Aku tersentap. Pehal pulak dia ni. Nak bergurau pon janganlah seram seram sangat.

Aku diam. Biar angin menjadi jawapan.

Hebat betul tamparan soalan yang dia bagi petang tadi, sampai sekarang kusut dalam fikiran. Tetiba aku tertanya, apa yang aku akan buat?

Dan memang la tu cuma soalan, tapi takdir siapa tahu?

Ah, kau lain sehari dua ni. Kenapa.? Syahid menjadi zikir. Senyum menjadi hiasan. Seolah pertanyaan kau adalah zahiriah perasaan rindu untuk kembali ke tempat asal kau.

Airmata aku mengalir tanpa malu dihadapan yang lain. kerana aku cemburu dengan kau.

Kau begitu yakin dengan jalan kau. Kau sangat sabar menghadapi waktu.

Kalau kau nak tahu, satu benda yang sangat aku kagumi tentang diri kau.
Semua orang mengatakan Allah adalah tujuan hidupku. Tetapi sedikit sekali yang mengerah diri kearah matlamat itu.

Tetapi pada kau, aku nampak. Kau bersegera ke arah Tuhan. Kau kata kau nak ikut jejak Nabi Musa; meninggalkan kaumnya dibelakang semata mengejar redhaNya. Kau nak meninggalkan dunia dibelakang kerana kau kata ajal waktunya tak tahu.

Kau kata satu benda penguat kau iaitu qiam. Waktu cinta kau dengan Dia.
Tapi aku masih bertatih menolak selimut ke tepi.

Setiap benda kau hitung pandangan Dia. Langsung tak hiraukan bisikan manusia yang melemahkan. Kau kata andai sesuatu itu baik untuk agama dan dakwahtarbiyyah, kau teruskan.

Aku nampak itu dalam diri kau. Tanpa kau definasikan kepada aku. Sungguh qudwah inilah yang diajar sehingga mampu menundukkan dua pertiga dunia pada pemerintahan Islam suatu ketika dulu.

Aku tak tahu kenapa aku masih memikirkan pertanyaan kau.
Tak dapat bayangkan andai kau tiada disisi aku. Aku sayang kau lah! Kenapa kau tanya soalan yang boleh buatkan jiwa kental aku menangis?!

" Kau kata kau ukhuwwah fillah dengan aku. Kenapa kau nak sedih bila aku tiada?"

" Habis tu tak kan aku tak boleh sedih kot"

" Kejap kejap sudah la. Kau yakin kan pertemuan kita Allah yang atur?"

" ye aku tahu"

"Aku yakin kau juga tahu perpisahan jugak Dia yang atur"

Okay. Aku terlupa yang kedua. Aku tahu tapi aku terlupa maknanya.

" Kau yakin ke kita akan berjumpa dekat syurga?" aku menguji.

" Aku yakin.Kita banyak berkorban untuk meneguhkan bata-bata islam. Kita bermujahadah untuk merelakan persahabatan ini ditarbiyyah mengikut acuan Ilahi. Aku yakin itu kerana kau sahabat syurga aku. Dengan izin Allah "

Sendu aku masih berbaki.

Aku kena 'pure'kan segalanya sebelum ditanam kembali. Kerana kita mendakwa kita ukhuwwah kerana Ilahi, korbankan segalanya yang tak islami. Redha dengan pemergian yang tak akan kekal dibumi.

Berkenaan soalan kau petang tadi,

 "Andai waktu ni adalah saat terakhir kau tengok aku, apa yang kau akan buat dekat aku? "

Jawapan aku, aku sedia menjadi saksi kau disana nanti. Kerana islam kau bukan sekadar mimpi.

Wahai, adakah aku punya saksi?

T_T

080414, 11.12pm.



No comments:

Post a Comment