Dari bumi Malaysia terbanglah aku ke timur tengah bumi anbiya' bumi Jordan
Alhamdulillah bersyukur kepada Mu Ya Rabb kerana memilih diriku yang jahil ini untuk bermusafir mencari ilmuMu :')
tak semua orang dipilih untuk mendapat peluang sedemikian. tetapi apabila kita terpilih untuk menjadi salah seorang diantara yang bertuah itu maka yakinlah ada sesuatu yang manis disebalik takdir tersebut
tak dinafikan dimana sahaja kita belajar, atau jurusan apa sekalipon yang kita ambil sebenarnya kita diberi peluang oleh Allah untuk mempelajari ilMu. Gunakanlah peluang itu sebaik baiknya.
Bukanlah beerti kita mengambil jurusan kejuruteraan, doktor, teknikal atau apa sahaja jurusan yang tidak berkaitan ilmu agama, kita ini tidak bertuah. tetapi bergantung pada diri kita sendiri untuk menilai takdir Allah itu dan juga bergantung pada hati kita untuk menetapkan niat kita mempelajari ilmu tersebut.
bicara soal niat, kita akan menjadi orang yang sangat beruntung jika kita meletakkan matlamat pembelajaran kita untuk mencari redha Allah dan membantu agamaNya. tidak kiralah jurusan apa sekali pon yang kita ambil kerana setiap perbuatan bermulanya dengan niat dan setiap amalan yang kita lakukan sikira berdasarkan niat.
Jika kita meletakkan tujuan kita belajar sebagai untuk membantu agama Allah, yakinlah Allah pasti bantu kita :)

No comments:
Post a Comment