Thursday, 27 September 2012

Bersediakah kita?

Apabila umur meningkat, ramai yang memikirkan soal jodoh. Bahkan ada yang risau takut-takut jadi anak dara tua. Lupakah kita pada janji Allah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya.

Untuk memilih pasangan hidup kita menetapkan syarat yang pelbagai. Contohnya, bila nak kahwin nanti nak cari isteri/ suami yang cantik/ handsome. Pasangan mestilah yang beriman, banyak duit, baik hati, pandai masak, pelawak dan sebagainya. Persoalannya di sini layakkah kita untuk memiliki pasangan seperti ciri-ciri tersebut dan adakah kita mampu untuk bersama dengan mereka ?



Bersediakah kita untuk menjadi pembimbing kepada isteri dan anak kita? Bersediakah kita untuk mengajar isteri kita yang akan menjadi guru pertama kepada anak kita? Bersediakah kita untuk memberi nafkah kepada keluarga kita? Bersediakah kita untuk menguruskan rumahtangga dan melayani suami? Bersediakah kita untuk menghadapi liku-liku kehidupan rumahtangga dan keletah anak-anak kita? Bersediakah mental dan fizikal kita ?

Jika ya, Alhamdulillah semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menjadi yang terbaik. Jika belum, perkara inilah yang menjadi persoalan yang harus dirungkaikan dengan tindakan kita. Sudah tentu semua orang inginkan yang terbaik. Sebelum mendapat yang terbaik, kita haruslah berusaha mempersiapkan diri kita untuk menjadi yang terbaik.

Semoga kita dapat bermuhasabah diri kita dan menjadi penawar kepada pasangan dan keluarga :)














No comments:

Post a Comment