Aku musykil sama ada aku ditarik masuk ke dalam gaung atau aku tergelincir ke dalam gaung yang mungkin sudah menjadi takdir hidup aku. Untuk sampai ke dasar gaung perit sekali. Sangat! Penuh luka di badan dan darah mengalir laju membasahi kulit. Ranting ranting kayu yang mencalarkan kulit membuatkan kulitku kebas. Sehinggakan luka yang mencalar menjadikan aku terbiasa dan redha.
Sesampai ke dasar gaung, aku bertambah musykil malahan pelik dan bingung. Gaung itu tak seperti yang kusangka. Gaung itu tak menghitam seperti arang batu. Gaung itu tak berbau busuk seperti yang terbayang di fikiran. Malah, gaung itu sangat cantik, harum sekali.
Aku terpinga-pinga sendirian mengenangkan nasibku di sebuah 'gaung' yang indah. Tidak pernah aku sebegini. Apa yang perlu aku lakukan? Adakah rugi jika aku keluar dari tempat sebegini ? Adakah ini balasan dan nikmat yang aku dapat setelah aku melalui onar yang perit? Adakah aku layak menerima nikmat ini?
Begitu indah dan bercahaya dinding-dinding gaung tersebut. Aku dapat lihat sinaran yang selama ini aku cari. Aku dapat merasakan kekosongan bakal terisi. Dan aku percaya aku ditakdirkan untuk bertemu dasar sang gaung.
Sungguh, kejadian ini amat bermakna dalam hidupku. Sungguh, selepas kesakitan dan kelukaan yang melanda ada sinar yang menjadi turning point dalam hidup aku. Aku bersyukur jatuh dalam 'gaung' ini. Semoga aku terus thabat.
No comments:
Post a Comment