Ramai yang ingin menjadi penulis hebat seperti IncheGabbana dan krew Langit Ilahi. Tetapi pernahkan kita mengidamkan untuk menjadi penulis hebat di buku amalan sendiri?
Sedar ataupun tidak kita seorang manusia yang sentiasa kejarkan gelaran dunia melebihi gelaran akhirat.
Memiliki buku cetakan sendiri tambahan dengan sambutan yang menggalakkan adalah menjadi idaman setiap penulis. Tetapi jika penulis tersebut tidak mencari glamour dia akan lebih gembira jika ada manusia yang dijengah oleh hidayah apabila membaca bukunya. Sukar sebenarnya untuk menjadi sang penulis di buku dunia kerana ia memerlukan idea yang menarik dan sesuai dengan kehendak manusia.Terkadang kita berputus asa di tengah jalan. Kenapa? Kerana kita tidak tahu apakah kesan yang mendatang. Kerana kita tidak tahu apakah hasilnya keluaran buku kita. Kerana kita tidak dijanjikan kejayaan yang manis untuk sebuah buku.
Berbeza pula keadaannya jika kita berusaha menjadi penulis hebat di buku akhirat. Buku amalan kita sendiri. Bukankah setiap manusia daripada kita mengidamkan pemberian buku ke tangan kanan di akhirat nanti? Jika kita sedar akan hakikat ini kita tidak akan futur atau berputus asa di tengah jalan. Kenapa? Kerana kita tahu kesannya kita akan diganjari dengan syurga. Kerana kita akan mendapat kesenangan hidup di kehidupan selamanya. Kerana kita dijanjikan kejayaan yang manis untuk sebuah buku.
Pilihan terletak di tangan kita. Menjadi penulis buku dunia atau penulis buku akhirat atau kedua-duanya sekali? Semoga hidayah milik kita.
Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment