Setelah sekian lama mencari akaun facebook seorang ustaz yang pernah mengajar saya ketika di sekolah dahulu, akhirnya saya menjumpai beliau. Dengan niat untuk memberitahu permusafIran saya dan meminta sedikit nasihat.
Antara kalam beliau ialah bila berada di tempat orang kena selalu jaga hati. Maksudnya jika hati kita bersih dan ikhlas apa saja yang kita buat akan disenangi oleh orang. Bayangkan jika kita melakukan sesuatu dalam keadaan terpaksa atau berdengki, pasti orang sekeliling akan rasa kehitaman hati kita kerana apa yang difikirkan oleh hati akan dicerminkan melalui perbuatan.
Sedar atau tidak, kita tutup perasaan atau rasa hati kita dengan pakaian kita. Hakikatnya kita berpakaian cantik kemas dan wangi tapi hati kita yang bermasalah berselindung di sebalik kesempurnaan tu.
Malunya seorang hamba Allah berjalan riak di atas muka bumi sedangkan seluruh penduduk langit sedang bertasbih kepada Sang Pencipta.
Malunya kita 'tutup' kebusukan hati sedangkan penduduk langit hakikatnya semua tahu perangai kita.
Persoalan " Kita pilih jalan mana sebenarnya?" " Dunia atau akhirat?" "Pandangan Allah atau hamba?"
Bersangka baik. Susah sebenarnya apabila diri kita masih ada masalah dengan pemandu iaitu hati.
Sangka baik haruslah didahului dalam setiap perkara yang berlaku kepada kita. Yang paling penting sekali sangka baik dengan Allah. Apabila kita boleh bersangka baik dengan Allah 100% barulah kita boleh bersangka baik dengan manusia.
Betapa Islam amat menekankan sangkaan baik terhadap manusia. ( rujuk entry lepas2)
Pesan beliau lagi selalulah bertalaqqi dengan sheikh sheikh di sini dan buat usrah dengan rakan. Kita tak mampu untuk berseorangan dalam menuntut ilmu kerana segala ilmu bermula dengan seorang sheikh.
No comments:
Post a Comment