Benarlah tetamu membawa keberkatan.
Kak Lina, kenalan dari Mafraq datang tumpang berteduh selama semalam. Berasal dari Indonesia yang merupakan pelajar jurusan shariah di Universiti Al-Bayt.
Sungguh aku amat kagum dengannya. Setiap butir bicara berunsurkan motivasi dan dakwah. Beliau bukan sahaja seorang pelajar malahan tidak pernah duduk diam, ada sahaja bisnes yang dibuatnya. Selain membuka kedai di sakan; tempat tinggalnya, beliau sering berulang alik ke Amman untuk mengadakan perbincangan atau erti kata lain dakwah kepada orang Arab. Antara isu yang dibincangkan ialah cara solat kita dengan orang Arab.
Ketika sarapan, beliau berkata " kita perlu habisin jugak makanan yang berada di dalam pinggan karna kasihan bukan kawannya sudah berada di dalam perut tetapi dia masih di pinggan." kalaulah orang Arab makan bersama-samanya dan masih tinggal sisa beliau akan berkata " aku tidak akan datang ke rumah kamu lagi jika kamu tidak habiskan makanan kamu."
Begitu sensitifnya beliau terhadap semua perkara sehinggakan sekecil-kecilnya juga dititikberatkan. Beliau berkata berdakwah tak semestinya perkara yang besar, yang kecil juga boleh berdakwah. Hidup disini terdapat dua jenis, satu berdoa dan lagi satu bekerja. Amatlah berkait rapat dua perkara ini dimana tanpa salah satunya usaha kita tidak lengkap.
Tiba-tiba beliau bertanya, apa yang akan kamu jawab jikalau di Malaysia ada yang bertanya, apakah yang kamu bawa balik ke negara kamu? Adakah ilmu semata? Hidup di negara orang kita perlulah tahu cara berurusan dengan persatuan pelajar Malaysia juga dengan persatuan orang Arab.
Beliau juga menekankan betapa pentingnya bahasa dan pengalaman hidup bersama orang Arab kerana itulah yang akan mencipta skill kita. Pentingnya untuk kita mahir berinteraksi dan bercakap dengan orang asing.
Hanya kita sahaja yang mampu mengubah hari ini, esok dan masa hadapan. Bukan kawan dan bukan juga ibu bapa. Mereka hanya pendorong. Pengubahnya adalah DIRI SENDIRI.
No comments:
Post a Comment