Wednesday, 15 May 2013

Istajibu *berlumbalumba!! Tapi untuk siapa?

" Okay, hari ini kita akan tadabbur surah Al-An'am "

" Apa yang entunna faham dalam surah ni? "

Saya. bla bla bla

Saya pulak. bla bla bla

Eh eh awak, bagusnya istajibu.

Kadang kadang sampai berebut nak tadabbur dulu. Bagus bagus.

Tapi kan awak, awak berebut-rebut ni sebab takut hilang point ke? Atau awak tengah mengarang taknak bagi lupa?

Awak, awak tadabbur untuk siapa?

" mereka itu bersegera dalam kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang lebih dahulu memperolehnya " [surah Al-Mu'minun: 61]
Bukankah tadabbur ayat itu kebaikan?

Ya lah. kebaikan yang nyata. Tiada kompromi.

Tetapi kan awak. Boleh ke kita titlekan sesuatu benda sebagai kebaikan kalau kita buat bukan kerana Allah. Boleh ke kita cakap kita buat kebaikan tapi sebab manusia.

Istajibu kannn.

Sangatlah Islam memelihara orang-orang yang beriman hatta sekecil niat sekalipun. Boleh jadi perbuatan kecil yang kita buat mendapat nilaian besar oleh Allah dan boleh jadi perkara besar giga yang kita buat mendapat nilaian sekecil cuma oleh Allah.

Semuanya disebabkan niat. Tajdid selalu :)

Awak, janganlah risau kita akan hilang point bila nak 'bentangkan' ayat favourite kita dekat orang lain.

Ilham itu kan milik Allah.

Pemahaman itu kan milik Allah.

Orang beriman itu istajibu ke arah kebaikan. Cuma redha Allah yang diharapkan.

Jom istajibu ^_^



No comments:

Post a Comment