Sunday, 9 June 2013

Daie Beg Kertas

Maaf, post ni agak keras. Amaran kepada orang yang mengaku daie, jika hati serapuh kaca pinggan mangkuk dirumah, mohon jangan baca. Post ini hanyalah untuk orang yang  suka disentap dan direntap yang suka cabaran seperti terjun bungee jumping dari tingkat 324. No hal lah, nak baca sambil hentak kepala di dinding pun okay.

Mohon terasa diri. Mohon sentap hati. Kau jangan bagi chance hati kau setan masuk rasuk.

" (iblis) menjawab , " kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur."  [7:16-17]

" Dengan kesimpulan inilah maka kamu, angkatan pemuda akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikul ke atas bahu kamu itu akan menjadi bertambah berat.
Oleh itu sepatutnya kamu berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kami menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna" 
-Petikan dari risalah wahai pemuda- imam Hassan al-Banna
Hei, menangiskah? T_T

Makin lama bumi ini hidup, makin lama umat ini beranak pinak, makin besar tanggungjawab, makin besar amanah.

Amanah siapa? Amanah engkau, wahai hamba! (sambil tuding jari tepat kena batang hidung)

Apa kaitannya aku post ayat Al-Quran di atas? Pasal syaitan.

Syaitan ni datang dari pelbagai arah. Dan dia dah berjanji dengan Allah dia akan sesatkan manusia sama seperti dia, heret kita masuk neraka.

Kau rasa malu nak post bendabenda baik.

Kau rasa kau daie padahal kau belom buat sesuatu untuk Islam.

Kau gelar diri kau daie padahal engkau lebih suka menghukum daripada memberi harapan. ops

Kau goyang kaki dalam rumah sambil makan eskrem disaat ummat perlukan kau.

Kau mudah bersangka kepada orang lain.

Mutabaah amal kau berterabur.

Fuhh berpeluh. Nak list sesatu sampai esok tak habis.

Nak kata semua ni kerja setan ka? Hasut kita? Lawanlahh!!! [gaya ultromen]

Kau bicara soal mujahadah tapi engkau futur didalam selimut. Kau bicara soal tabah tapi kau kalah dengan setan yang terkutuk. Kau bicara soal dakwah tetapi hati selalu lemah.

Wahai hamba, engkau mampu untuk lawan. Tapi kau selalu kalah. Kau tak percayakan diri kau disaat Allah percayakan diri kau dan beri kau kekuatan untuk bangun. Tapi kau tak gunakan kekuatan tu. Kau cakap kau tak mampu. Kau cakap kau tak sehebat dia dia dan dia. Kau cakap kau selalu lemah dan gagal.

Tapi, pernahkah kau lawan dan bangun dengan gagah? Pernahkan kau beri peluang kepada hati untuk terus menjengah redha Dia?

Terlalu banyak amanah kita. Terlalu banyak kerja kita. Sebagai seorang daie. Daie yang memberi harapan dan peluang. Daie yang memberi hak kepada orang lain. Daie yang menjaga tarbawi dan dakwi.

Belum tiba masakah untuk kau bangun? Kalau masih belom, bila?

Kau menunggu waktu yang sesuai untuk bergerak? sungguh tiada waktu yang sesuai mengikut nafsumu. Bangunlah mengikut iman dan hammasah yang satu.


maaf, tiada kena mengena dengan sesiapa. untuk diri sendiri.

No comments:

Post a Comment