Tuesday, 4 June 2013

Pukauan rindu.

Rindu. Satu lafaz hati yang tidak dapat diterjemahkan kepada sang kertas mahupun oleh bahasa isyarat.

Rindu. Anugerah dari Allah yang menghubungkan manusia dengan perasaan. Bayangan ghaib untuk sang perindu.

Rindu. Ikatan jiwa jiwa yang sentiasa mengingati. Kuat mengingati.

Jiwa mereka damai. Jiwa mereka tersenyum. Jiwa mereka terikat seperti terikatnya benang dan butiran tasbih. 

Rindu kita bukan seperti rindu mereka.

Rindu romeo kepada juliet. Rindu Sheh Jehan kepada Munmtaz Shah. Rindu laila kepada Majnun. Rindu sang pungguk kepada bulan.

Itu rindu mereka. Rindu kita berbeza. Kita punya rindu yang tersendiri.

Betapa aku rindu dia dan dia dan dia dan mereka dan mereka dan mereka, berapa pun bilangannya tetap aku sandarkan kepada Yang Satu.

Betapa dalamnya dan membuak buak rindu aku ketika itu seperti lava kemerah-merahan yang sedang meletus mengalir menyiram bumi, sedalam lautan pasifik yang wujudnya jutaan jenis hidupan laut, aku sandarkan kepada Yang Maha Esa.

Betapa sakitnya aku menahan kesakitan rindu seperti dihiris telinga seperti tertusuknya sang duri dan kaca ke dalam kulit, sakitnya dada berombak pilu, aku sandarkan kepada Pemilik Rindu.

Kerana aku tahu dan aku perlu sedar, harus sedar, perasaan rindu itu cuma diberi pinjam.

Wahai diri, wahai hamba, aku cuma diberi pinjam. Bermakna perasaan itu cuma seketika dan akan diambil balik. Apa yang aku lakukan? 

Allah berikan engkau untuk merasai nikmat rindu apa yang engkau beri sebagai balasan? Rindu itu engkau sandarkan kepada siapa?

Rindu family?
Rindu akhawaty?
Rindu murobbi?

Sebab apa? Sebab nafsu, perasaan atau Ilahi?

Rindu seorang mukmin itu bukanlah rindu yang kosong, bukanlah rindu yang sia-sia. Rindu mereka berisi. Rindu mereka penuh harapan, harapan kepada orang yang dirindui agar mereka boleh bersama sama berada di dalam mahligai yang kekal, 
berpegang tangan dan tiada lagi kesakitan rindu yang dirasai
bertemu lutut mengkaji ayat ayat cinta Dia selama lamanya

Rindu mereka kerana Tuhan. Bertemu berpisah mereka kerana Tuhan. Sayang mereka kerana Tuhan.

Jika engkau merindui seseorang, fikirlah menggunakan akal dengan hatimu berlandaskan iman, adakah rindu ini mendapat keizinan Pemilik Kerinduan, adakah rindu ini boleh mengundang redha atau murka Pemilik Rindu, adakah rindu ini mententeramkan hati dan iman?

Tidak salah merindui, rinduilah kerana Tuhanmu :) Rinduilah Pemilik Rindu. Rinduilah Tuhanmu :)

biar jatuh dalam lautan rindu, mohon jangan lemas [kredit]


No comments:

Post a Comment