Tuesday, 6 August 2013

Bersihkan.

Bersihkan
Sementara punya waktu.

Bersihkan.
Sementara tiada daya tarikan daripada musuh yang merancang.

Bersihkan
Sementara nafsumu dibawah kawalan iman.

Delete ********

Satu button ditekan di lappy.
Sakit. Sangat. Akif meraup wajahnya. Berat tetapi puas.

Segala jenis movie aku buang.
Hakikatnya diri aku berkata aku akan control diri dan takkan lalai dengan movie movie yang ada.
Hakikatnya diri aku berkata, itu movie je pun. yang kau syadid terhadap diri kau sangat ni kenapa.
Hakikatnya diri aku berkata sekali sekala je pun kau tengok movie.

Tetapi iman aku gelisah.
aku tetap curi-curi. aku tetap menghalalkannya dalam apa cara sekalipun.
Sedangkan aku tahu. Boleh melalaikan aku.

Kesempatan ini masih ada. Tekadkan iman. Letakkan nafsu ditepi.
Dengan nama Allah pemilik segala nikmat dan qudrat.
Padukan kekuatan untuk menentang.
Segala jahiliyyah.

Dan bila kau sekali melakukan.
Kau akan puas.
Berjaya dan merdekalah wahai jiwa.
Selamat kembali kepada fitrah asal.

Yakinlah pabila engkau bulatkan tekad, Allah akan membantumu.

Berayalah jiwa. Kau layak.
Kerana kau membebaskan jiwamu.
Dari perkara yang tidak sepatutnya.
Yang bukan asalmu.

Lappy ditutup. Akif bersandar. Senyum.
Terima kasih ya Rabb atas kudrat ini. Peliharalah jiwa dan nafsuku dari syaitan.

Bolehkan kalau nak tengok movie dekat syurga?

nyalakan iman semaksima mungkin sementara masih ada waktu. [kredit]

No comments:

Post a Comment