Aku diam. Biarkan kerana mereka belum mengerti.
"Eh setahu aku, kau ni ada usrah setiap minggu. Kenapa aku tengok kau tak bergerak pun. Joinla 'orang ramai' or bagi talk ke. Jangan lah simpan sorang-sorang ilmu kau tu"
Aku diam. Biarkan kerana mereka akan mengerti suatu hari nanti. Kerana kita punya sistem dan strategi.
" Bukan aku taknak join 'orang ramai', tapi nanti aku akan terikat. Banyak benda yang perlu aku settlekan dalam dunia tarbiyah ni "
Ringkas. Aku sudah pun terdahulu diikat dengan satu perjanjian. Akan berjuang dalam dunia ini sampai akhir hayat.
" Kau ni, cuba kau fikir. Allah tak suka orang yang bercakap tapi tak buat tau. Mana medan amal kau kalau kau tak join 'orang ramai'. ? "
Aku diam. Maaf aku berada dalam sistem.
" Suatu hari kau akan nampak medan amal aku. Proses yang aku lalui panjang. Kau takkan faham. "
Mengelak.
" Ya aku tahu kalau lah kita tunggu diri kita sempurna dan cukup ilmu untuk menyertai orang ramai dan program, aku yakin takdak seorang pun yang layak menjadi daie "
Aku terus ditikam.
" Aku sedang lalui proses yang bertahap. Sampai satu saat aku akan menyampaikan. Betul la tu. Memperbaiki diri dan menyampaikan. Tetapi persediaan tetap kena ada, aku masih baru.Yang aku nak bentuk itu manusia bukan robot. "
Maaf. Aku hampir berdebat dengan kau.
" Tetapi kau sepatutnya join program-program yang dibuat. Kau boleh melebarkan fikrah kau. Program itu berkala. Boleh mendidik kau. "
Ditikam di tempat yang sama.
" Seperti yang aku cakapkan tadi. Aku taknak terikat. Disebabkan berkala lah aku cuba mengelak. Aku ada prioriti yang lain. Memang bagus program tu, aku kena pandai susun apa yang diri aku cuba untuk dapatkan sekarang. "
Bicara soal medan amal.
Ya, kita berada di dua buah jalan yang berbeza. Dan terdapat puluhan jalan lain yang kita tidak mempunyai hak untuk menyekat orang lain berada di atasnya. Kenapa mempertikaikan medan kita yang berbeza andai hadaf dan matlamat kita adalah sama?
Kau ingin menyampaikan dan bergerak bersama orang ramai dalam sebuah persatuan.
Begitu juga aku.
Aku ingin menyampaikan dan bergerak bersama sebuah jemaah.
Cumanya aku punya sistem dan tahapan yang harus aku lalui.
Mana mungkin sama jarak dan keadaan orang yang melalui jalan sempit dan jalan luas.
Kita sudah pasti akan berjalan seiringan apabila di jalan yang terhad ruangnya dan kita akan bebas berjalan apabila mempunyai ruang yang luas.
Mana mungkin kita akan berada dalam satu medan yang sama andai kita berpeluang untuk berada di medan lain-lainnya.
Seperti kita bebas berjalan di atas jalan yang luas dan mempunyai ruang medan yang luas.
Andai kau faham apa yang ingin aku sampaikan.
![]() |
| Medan amal kita mungkin berbeza tetpi hadaf kita sama. [kredit] |

proses kita panjang , dan kita ada strategi sendiri . Kita juga menyampaikan , tapi bukannlah dalam bentuk umum . Melebarkan fikrah itu bukanlah tertumpu pada program sahaja .Go "pe-langkah" ! ana sentiasa sokong apa yang terbaik buat anda . :D
ReplyDelete