Sekali lagi catwalk dah masuk sepuluh round aku tawaf ruang tetamu. Mata tak lekang dari pintu.
"Salam. kau dah ada dekat mana?"
Mesej dihantar ke Akim.
Beberapa minit kemudian tangan yang berpeluh memegang handphone vibrate.
"Kejap la. Aku on the way"
Sigh. On the way lagi. Dari 15 minit tadi tak sampai sampai lagi. Bukan jalan 'jem' pun pagi pagi.
Mengeluh. Salahkan orang lain.
Dua kesalahan aku dipagi hari. Sungguh, hari ini bukan permulaan yang salim (baca: bagus/sejahtera)
Sekejap aku duduk. Sekejap aku pegang buku.
Bagus jugak si Akim ni lambat, tersentuh la jugak buku buku di rak tu.
Sempat aku jamah beberapa.
Jom tanya murobbi osem.
Ihya ulumuddin.
The Kite.
Fiqh Seerah.
Bekalan dalam jalan dakwah.
Sempat aku hafal. Tajuk je la.
9.25 am.
Sekali lagi ketidaksabaran memaksa aku mencari Akim.
"Nombor yang anda dial tidak terdapat dalam perkhidmatan kami..."
Haila Akim. Sejak bila kau pandai upah operator jawabkan call ni?!
Aku ingat waktu dulu. Memang kitorang sangat suka bergaduh. Bukannya sebab apa pun. Kadang kadang cuma perselisihan faham. Tetapi masam mukanya berhari hari. Lebih malang apabila kitorang sebilik, sekelas di kuliah, sesame street semunya lah.
Memang sengaja la ditakdirkan sekali. Biar cepat cepat pulih penyakit hati tu.
Akibatnya semua kerja tak menjadi. Ikhlas tu jauh sekali lah. Dah memasing mencuka, macam mana roh nak bersatu?
Patutla time hijrah Nabi mempersatukan muhajirin dan ansar terlebih dahulu supaya akan ada support system yang kuat.
Keadaan semakin baik apabila masing masing mula menapak dalam jalan tarbiyyah.
Sekali abam naqib kitorang fire kaw kaw dalan usrah. Menusuk qalbu beb.
"Kalau ukhuwwah korang still tak settle settle sampai sekarang, cuba check balik takut takut iman korang palsu. Bukankah ukhuwwah tu atas dasar iman? Gabungan roh roh? Mana mungkin iman yang palsu dapat bergabung dengan iman yang segarbugar.."
Muhasabah tiga hari tiga malam. Memang menangis dalam toilet la nak lawan.
9.40 am
Ada wasap masuk.
"Man, aku kat bawah. Kau dah siap ke belum?"
Bergegas aku capai beg dan hadiah.
" Abam Man, kitorang dah sampai Taman Astakiri"
Okay dah start berpeluh.
"Tunggu abam dekat pondok sebelah tasik"
Balas aku ringkas.
Akhirnya, pintu dibuka.
"Tu la kau, dah tahu nak jumpa hadek usrah yang kau tinggal kunci rumah dalam beg aku tu kenapa?"
"Ya la. Aku salah"
Malas melayan. Kalau tak, setengah jam tak habis.
" Okay aku pergi dulu. Ada pesanan? "
" Bawa diorang kepada Allah" Balas Akim.
Gulp. Padat. Cukup buat aku rasa tanggungjawab ni besar.
"Aku takut." Terluah jugak sesak di dada.
" Kau takut apa? "
"Aku takut aku gagal."
Sejenak dia terdiam dan bertanya.
"Apa yang kau harapkan sebenarnya? "
Bersambung . . .
![]() |
| Kau terhenti. Berharap dapat berpatah balik. Tapi mustahil. Tawaran cuma ada dua. Hidup mulia atau mati syahid. |

No comments:
Post a Comment