Tuesday, 21 October 2014

Runner #6 Ego atau mengalah

Sepatutnya cuma 5 minit dari kuliah ke rumah. Tetapi hari ni jadi setengah jam. What a hectic day and people we have. Sigh.

Dengan asap rokok berkepul kepul aku hisap sepanjang jalan bekas hembusan orang lain.

Oh thanks. Aku memang ada insurans.

Bayangkan aku menunggu lebih puluhan minit dalam keadaan berpeluh merembes membasahi baju dan yang paling menyesalkan ialah aku tak bawak buku langsung untuk dibaca. Tak dapat mengisi masa langsung.

Phewww setengah jam percuma je aku jual.

Pandang atas. Rumah tingkat lapan. Tahniah diri sendiri. Kau boleh *yosh*

Okay. Tolong lah terima hakikat rumah kau tinggi.

"Eh bila kau balik?"

"Baru je. Apa yang kau sepahkan dekat tempat aku tu?"

"Nanti aku kemas la balik. Kejap lagi aku nak keluar jumpa kawan. Kau tolong masak boleh tak?"

"Eh, bukan turn kau ke hari ni?"

"Ye la kan aku cakap aku nak jumpa adik. Sebab tu la aku mintak tolong kau"

"At least bagitahu lah awal awal" * terpaksa cakap dalam hati *

"Rul, boleh tak?"

"Ye la. Tapi kejap lagi la aku penat ni"

"Okay."

****

"Aku keluar dulu, Rul"

"Okay. Kunci pintu"

"Weh, tempat aku..."

"Balik japgi. Aku dah lambat ni. Byee"

Okay.

***

"Rul, malam ni kawankawan aku nak tumpang tidur rumah."

Ada mesej dari Syen.

"Okay. Boleh je. Tapi berapa orang?"

"Lima. Yang pernah datang dulu"

"Esok aku ada kuiz."

"Habis tu?"

Em.

"Aku takut takleh nak layan diorang"

"Kawan kawan aku kan."

Erk. Okay. Tarik nafas.

Memuliakan tetamu yang pertama. Serabut yang kedua.

***
Kenapa kadang kadang aku rasa dia tak pernah faham aku.

As kawan.

Aku cuba menjaga sebuah ukhuwwah tetapi gagal.

Mungkin aku terlupa menyebut nama dia dalam sujud.

Kadang kadang aku rasa 'penat' dipujuk.

Kenapa tidak pernah selesai?

Satu jawapan.
Kerana aku belum berjaya.

Teruskan berpenat walau terpaksa berlakon.

Kerana antara ego dan mengalah, aku memilih Tuhan.

"Dan kerana Tuhanmu, maka bersabarlah " (74:7)

Antara cheritera kita dan Tuhan, ternyata Dia tak pernah salah.



No comments:

Post a Comment