Tak buat salah. Gelak dalam perut. Tak kentut kuat kuat. Tak ada perasaan chenta. Status fb dakwah tarbiyah mujahadah sokmo. Al-Quran dan tasbih ditangan.
Susah. Sangat susah.
Persepsi orang terhadap orang yang ditarbiyah ni selalunya tinggi. Sampai tingkat 136. Gayat ~
Sebenarnya lah kan, orang yang ditarbiyah bukanlah orang yang baik tetapi orang sedang cuba memperbaiki diri.
Mereka juga seperti kau. Buat segala benda. Tetapi yang membezakan ialah fikrah. Semuanya berbalik kepada Allah.
Mereka tetap bersedih. Mereka tetap futur. Mereka tetap lemas dalam chenta. Mereka tetap gelak bergemagema. Tetapi mereka cepat kembali kepada Dia.
Apabila mereka sedih, mereka ingat sedih itu juga milik Allah. Kita, hamba kepada sedih atau hamba kepada Allah?
Apabila mereka futur, mereka cepat bangun. Mereka sedar Allah sentiasa bersama mereka. Allah tidak suka hamba Dia futur. Futur itu sifat syaitan.
Apabila mereka lemas dalam chenta sang remaja. Mereka kembali selam ke dasar hati mencari chenta Sang Ilahi kerana iman mereka memberontak
" Hei aku taknak chenta ini masuk ke dalam hati. Aku cuma nak Allah!!"Sebabnya Allah dah beritahu dalam surah Al-Ahzab ayat 4
"Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya..."Haa kann? Dah terbukti tak boleh masukkan banyakbanyak chenta dalam hati selain chenta Dia.
Dan apabila mereka buat salah, jangan salahkan tarbiyyah yang diorang ikut. Tolong jangan.
Aku ulang. Mereka tetap buat salah. Mereka bukan Nabi yang maksum.
Ketahuilah mereka sedang bermujahadah. Mereka sedang memperbaiki diri. Allah tahu penat mereka.
Jangan kita judge seseorang disebabkan masa lalu mereka. Allah tak pandang yang lalu sebabnya sekarang dia berubah ke arah yang lebih baik. Cuba letakkan kita berada di tempat mereka.
Disaat kau ingin berubah dan lupakan kisah silam kau, tibatiba ada orang canangkan kisah buruk kau yang lalu. Apa kau rasa? Sedih kan?
Kalau mereka buat salah, tegurlah. Kau aku dan mereka memerlukan teguran. Sebabnya tak lama kita hidup di bumi. Kita tak diciptakan untuk hidup seorang diri. Kita ada kerja besar selain menguruskan 'dirisendiri'. Jika aku kau mereka dan kita yang faham agama dalam diri tidak dapat membangunka diri sendiri dan orang sekeliling, bagaimana hendak membangunkan ummah yang semakin tenat?
Itu amanah kau aku dan mereka. Menegur dengan hikmah. Menegur dengan membawa kembali seseorang ke arah Islam.
Tapi aku pinta sesuatu kepada mereka, jangan jadi fitnah Islam. Jangan disebabkan sikap kita yang tidak menjaga, orang lari dari Islam. Orang memandang sikap kita. Orang judge baikburuknya. Qudwah sangat penting untuk dakwah.
Tarik nafasss. Lepasss Jom sama sama berubah. Untuk ummah. Untuk Islam. Tiada hasad. Tiada dengki. Aman.
![]() |
| kita berlindung dibawah satu Tuhan, kenapa perlu ada perpecahan? |

No comments:
Post a Comment