Tuesday, 21 May 2013

Wanita kotor.


Hai!
Nama aku X. Aku bisu. Tak boleh bercakap.
Tak perlulah kot nak tahu siapa nama sebenar aku. Yang penting korang baca cerita aku.
Korang, baca guna hati. Ini kisah bukan memain. Betul betul betul bak kata upin ipin.
Ini betul betul bukan cobaan - Pendekar Mastur or mustar ? apaapajelah 

**********


                Aku seorang Daie.
                Wow! Serius poyo.
                Haha.
                Tapi betul lah kot aku ni Daie. Keep from blog-blog hot yang aku baca sebelum ni pun.. Diorang  kata kita semua Daie. Diorang kata tujuan hidup kita is Abid. Ada lagi satu…
                Caliph.
                And masih belum ada lagi yang sangkal apa diorang cakap tu.
So, tak salah lah kot kalau aku mengaku aku ni Daie kan? Tapi kadang-kadang bila duduk sorang-sorang ada  jer  aku macam terpikir lah jugak.. So what’s the matter kalau aku seorang Daie pun? Berdiri je lah depan orang.. then..ajak diorang pergi solat.. bayar zakat.. Puasa..
Eheh.
Senang jer  rupanya  jadi Daie ni.
                Aku nak cerita lah pada korang pasal sorang budak ni. Nama dia Mek. Dia memang sangkal habis-habis lah statement aku ni. Dia kata, Daie bukan setakat ajak orang pegi solat je. Bukan setakat ajak puasa, bukan setakat suruh bayar zakat. Which is bukan setakat suruh orang laksanakan rukun iman and rukun islam tu je lah! Dia kata tugas Daie ni..banyak lagi.. tapi kalau nak state semua kat sini.. memang sampai ke tahun depan lah aku takkan bercerita gamaknya.
                Yang aku sangat pelik sampai ke sekarang, aku tak pernah salahkan pun apa yang Mek cakap tu. Aku ni ngikuut je kata dia. Aku selalu terdengar Mek cakap pada diri dia sendiri. Kalau nak bercakap, cakaplah melalui hati.
                So, selama ni yang bercakap tu hati dia lah ea? Habis tu.. ape function mulut dia seyh?
                Ish, tak faham lah. Serius tak faham.
                Orang yang ikut usrah ni memang suka cakap benda yang pelik-pelik ea?
                Oh..yup! Lupa pulak nak beritahu. Mek ni ikut usrah. Aku pun tak tahu lah apa nama usrah dia tu tapi yang aku tahu dia ikut usrah lah.
                Macamana aku boleh tahu?
                Ehem.
                Aku ni.. one of watak yang agak dekat lah jugak dalam hidup dia tu. So, Tanya je lah apa-apa soalan pasal diri dia. Petik jari jer nak jawab semua soalan-soalan tu. Ceh.
                Mana-mana jer Mek pergi aku mesti ikut dia. And Mek tak pernah kesah pun kalau aku nak ikut dia. Dia pergi usrah pun aku ikut jugak. So, secara tak sengaja aku pun termasuk sekali dalam list usrahmates dia. Mungkin sebab tu kot sampai sekarang aku still yakin yang aku ni Daie. Naqibah kitorang pun selalu je cakap..
                “Sebagai seorang Daie. Kita mestilah…”
                “Sebagai seorang Daie. Kita haruslah…”
                “Sebagai seorang Daie. Kita patutlah…”
                Aku respect sangat dengan naqibah kitorang tu. Dia serius baik gile. Bila bercakap.. alahai.. lembutnya. Apa yang keluar dari mulut dia semuanya tentang
                 Tarbiyah.. Dakwah.. Hammasah..
                Jenis-jenis camtu jelah yang dia selalu cakap. Quote budak-budak baik. Quote budak-budak alim. Aku suka. Walaupun aku tahu je bunyi-bunyi tu semua macam poyo jer, tapi tak apa. Aku suka. Secara tak langsung, Mek pun dah macam terikut je style naqibah dia tu. Bila update status facebook je, mesti cerita pasal dakwah la.. mujahadah la.. Aku rasa mesti Mek sendiri pun impress dengan akak naqibah tu.
                Mek ni masa kat sekolah dulu setiap minggu dia ponteng usrah. Waktu tu bagi dia usrah  membosankan. Mek ni pun sebenarnya biasa-biasa je. First time dia dapat usrah dulu pun sebab ada lah sorang akak tu ajak dia pergi satu pengisian ni. Pasal ilmu vs Fikrah. Pastu akak tu ajak dia pergi rehlah la.. makan-makan la.. Tup! Tup! Tiba-tiba je dia ikut usrah. Aku pun tak paham. Tapi aku malas nak tanya Mek. Suka hati dia lah. Hidup dia. Pilihan dia.
                Sampai sekarang, dia still ikut usrah lagi. Kadang-kadang ada lah program-program sikit. Pengisian. Mek sekarang rajin pergi menziarah. Tak macam dulu. Dulu sebelum Mek ikut usrah. Dia dengan dunia dia je. Internet dia. TV dia.
                Tapi, ada satu benda yang aku tak berapa nak berkenan dengan Mek ni.
                Jahiliyyah.
                Yup. Masih ada lagi sisa-sisa jahiliyyah dalam diri Mek ni.
                Mek ada sorang kawan lelaki. Nama dia Hornett. Haha. Macam nama kereta kan? Dia kawan Mek yang paling rapat dengan Mek starting from sekolah menengah sampai lah Mek dah study kat oversea sekarang ni. Itu rahsia Mek. Tak semua orang tahu dia ada sorang kawan lelaki seakrab tu. Bagi Mek, dia tak ada apa-apa perasaan pun kat Hornett tu. Hornett pun pernah kata kat Mek yang dia tak pernah ada apa-apa perasaan kat Mek pun. Cuma rapat je. Segala masalah dan kisah hidup Hornett, Mek tahu. Dari A sampailah ke Z. Wow. Hornett pun sama jugak. Dia kenal Mek dari A sampai Z. Wow kuasa dua. Fuh.
                Mek kata, Hornett faham Mek. Hornett selalu support Mek bila Mek jatuh. Mek selalu jatuh. Macam-macam masalah yang melintas dalam hidup Mek. Especially family problem lah. Maybe sebab Hornett kenal family Mek, ibu Mek, abah Mek. So, bagi Mek itulah satu-satunya orang yang paling Mek percaya untuk luahkan segala beban yang ditanggung perasaan Mek…kot.
                Tapi sebenarnya Mek ni kuat. Kuat sangat. Mek dah dilatih diuji dengan bermacam-macam jenis ujian dari kecik lagi. Aku teringat satu cerita pasal Mek ni. Masa tu dia kecil lagi. Belum pandai membaca pun. Tapi dah boleh bercakap, berjalan semua lah. Masa tu, ibu dan abah Mek bertengkar depan mata Mek, kakak dia dan adik lelaki dia. Abah Mek marah sangat waktu tu. Then, dia pun lafazkan cerai pada ibu Mek. Disebabkan penceraian tu, Mek and adik Mek kena hantar kat rumah babysitter sebab tak ada siapa nak jaga diorang kat rumah. Ibu Mek kerja pagi, abah Mek kerja malam. So, keputusan yang paling relevan untuk Mek dan adik dia pada waktu tu adalah hantar ke babysitter.
                Mek happy dapat duduk kat rumah babysitter tu (babysitter tu makcik yang duduk kat taman perumahan Mek  jugaklah). Mek panggil makcik tu Mak. Mak tu garang. Tapi penyayang. Mak ajar Mek membaca, lipat baju, mengaji, macam-macam lagi lah. Sebab tu Mek happy dapat duduk situ. Bila ibu Mek balik dari kerja, barulah Mek dan adik Mek ikut ibu dia balik rumah. Kakak Mek sekolah dari pagi sampai ke petang. So, tak payah duduk rumah babysitter pun tak apa.
                Satu hari, benda yang tak diingini berlaku dalam hidup Mek. Pagi-pagi tu, Mak pergi pasar kejap. Macam hari-hari yang biasa. Setiap hari Mak pergi pasar. Tinggallah Mek, adik Mek dan sorang anak lelaki Mak.
                Oh.
                 Mak ada 6 orang anak lelaki. Sorang dah meninggal. Accident. Motor vs trailor. Tanak cerita. Ngeri. Ok. Setiap kali Mak pergi pasar, anak Mak yang sorang tu akan jaga Mek dan adik Mek. Dia dah habis sekolah menengah. Tunggu panggilan IPTA lah masa tu. Nama dia Khairi. Anak Mak yang lain semua pergi kerja, takpun pergi sekolah. Pada hari tu, lepas Mak pergi pasar, Khairi belikan adik Mek banyak sangat permainan. Khairi ajak adik Mek main permainan-permainan tu kat ruang tamu sampai adik Mek leka tak ingat dunia. Lepas tu, Khairi tinggalkan adik Mek untuk ajar Mek baca buku.  Baik kan Khairi tu?
                Khairi panggil Mek masuk bilik supaya adik Mek tak ganggu Mek belajar.  Khairi kata “Mek, kunci pintu. Nanti adik kacau”. Mek pun kunci pintu. “Hah. Buku apa nak baca? Keluarkan. Abang Khairi ajar.” Mek pun buka zip beg, nak keluarkan buku. Belum sempat Mek keluarkan buku dari beg dia, Khairi tarik tangan Mek and hempas Mek  atas katil. Mek terkejut. Khairi ikat mulut Mek supaya Mek tak boleh jerit. Mek meronta-ronta lepaskan diri tapi Khairi pukul Mek sampai Mek lemah.
                Mek dirogol dengan rakus.
                Mek tak berdaya nak lawan.
                Mek kecil lagi waktu tu.
                Khairi ugut Mek supaya Mek tak beritahu sesiapa pun. Kalau Mek degil, Mek akan dipukul. Pernah sekali Mek cuba beritahu pada abah Mek, tapi tak sempat. Sebab Khairi terus muncul kat sebelah Mek. Lepas abah Mek pergi kerja, Mek betul-betul dipukul.
                Lepas jer peristiwa hari tu, Mek kena rogol setiap hari dengan Khairi. Sampailah Mek berusia 6 tahun. Bila Mek dah 6 tahun, masa Mek banyak dihabiskan kat sekolah and kelas mengaji. Mek tanggung penderitaan emosi Mek sampai sekarang. Tak ada siapa pun yang tahu apa berlaku pada Mek selama setahun duduk kat rumah babysitter tu termasuklah ibu and abah Mek.
                Ye.
                 Sampai sekarang.
                 Yang tahu hanyalah Allah dan kawan-kawan yang Mek percaya termasuklah Hornett.
                Mek yang aku kenal, Mek yang tak percaya dengan perkahwinan. Mek selalu cakap pada Hornett, “Aku still tak nampak lagi apa la yang bahagia sangat dengan perkahwinan ni. Ibu ngan abah aku kahwin pun, dah bercerai. Lepas tu, ibu aku kahwin lagi sekali, bercerai lagi. Tak Nampak macam bahagia pun?”
                Tapi Hornett faham, Mek mangsa keadaan. Mangsa penceraian mak ayah, mangsa lapahan lelaki lapar. Dah berapa kali Hornett nasihat pada Mek supaya jangan melawan fitrah. Still… Mek tetap tak boleh terima.
                Kesian Mek.
                Peristiwa hitam tu menghantui diri Mek sampai sekarang. Mek rasa dia perempuan kotor. Mek tak macam perempuan lain yang ada cita-cita untuk dapatkan seorang suami yang soleh, penyayang and what ever else. Mek tanak kahwin dengan sesiapapun. Baik dengan lelaki soleh or lelaki jahat. Mek fobia dengan perkahwinan. Walaupun bukan salah Mek pun peristiwa tu berlaku. Tapi dia tetap dengan pendirian dia which is ‘Aku Gadis Kotor’.  Tapi Mek tak pernah putus asa untuk teruskan kehidupan dia tu. Setiap hari dia cuba untuk lupakan peristiwa tu and jalani kehidupan dia as Daie yang Qawiy. Yeah!
                Mek tahu je ade lagi sisa-sisa jahiliyyah dalam diri dia. Mek dalam mujahadah. Mek kata, semua ni perlukan proses. Aku faham. Aku kenal Mek dah lama sangat. Mek bukan jenis orang yang cakap sebarang. Semalam aku nampak Mek menangis. Masa tu, Mek ngah chatting dengan Hornett kat fb messenger. Mek beritahu pada Hornett, “Hornett, aku tengah mujahadah sekarang .. Nak jaga muamalah aku dengan syabab. Doakan aku. Kita kurangkan mesej kalau tak penting ea?”
                Hornett faham.
                No reply. Few minutes later..
                Tet! Tet! Mesej masuk. Dari Hornett.
                “There’s times when strangers are like family, and family are like strangers.”
                Hornett sedih. Dia fikir Mek nak tinggalkan dia. Dia fikir Mek nak putus kawan dengan dia.
                Aku tahu, tinggalkan jahiliyyah bukan senang. Kalau tak, takkan sampai Mek menangis. Aku kenal Mek. Mek takkan menangis kalau tak ada apa-apa yang sakit. Mek kuat. Aku respect Mek. Walaupun dia diuji dengan ujian yang orang lain pun tak sanggup nak dengar, dia masih boleh buat keputusan yang baik. Dia tak melepak kat tepi-tepi jalan disebabkan less attention dari parents dia. Dia tak jual badan dia disebabkan dia pernah dirogol dulu. Dia masih bercita-cita nak jadi Daie yang O.S.E.M tu. And sekarang, dia dah mulakan first step dia untuk tinggalkan jahiliyyah tu. Aku tak kesah kalau semua orang nak pandang Mek kotor. Aku lagi kenal siapa Mek. Ibu Mek pun tak kenal Mek macam aku kenal Mek.
          
                 Sebab aku X.

                Akulah naluri Mek.







-XX-

No comments:

Post a Comment