Sunday, 9 June 2013

Melihat mereka 'disembelih" *sambil makan popcorn

“Untukmu jiwa-jiwa kami, untukmu darah kami, untukmu jiwa dan darah kami, wahai Al-Aqso tercinta. Kami akan berjuang, demi kebangkitan Islam, kami rela berkorban, demi Islam yang mulia”

Lirik lagu Palestina Tercinta berlegar-legar di fikiran. Lirik yang penuh makna dan mantapnya seruan jihad yang terkandung. Hakikatnya kosong. Kosong untuk jiwaku. Aku berkata aku cinta Palestin, Al-Aqso tetapi iman aku menidakkan. Ya, aku langsung tak cinta.

 Kalau cinta mestilah sentiasa mendoakan, kalau cinta mestilah kita akan lakukan sesuatu untuk yang tercinta. Apa yang aku lakukan? Menghadap facebook dan twitter, bergelak ketawa dan bergurau kosong. Itukah cinta?

Tangisan demi tangisan tidak langsung kuhiraukan.

 Aku, sedang berada di bumi yang aman dari sebarang kekejaman, aman dari masalah kebuluran. 
Dan yang pastinya aman dari bunyi tembakan dan bom. 

Berita dari Timur Tengah langsung tidak menjentik hatiku. Pergolakan yang berlaku di Palestin dan Syria bahkan di Ronghingya hanya seperti  pasir yang ditiup angin bagiku. Muncul dan hilang sekelip mata cuma . 

Perlukah diambil tahu? Bukannya aku dapat melakukan sesuatu. Lagipun negara sekeliling kan banyak untuk membantu jika nak dibandingkan dengan aku yang jauh beribu batu.

Atau

Di sesebuah program, akulah yang paling kencang menangis jika ditayangkan video tentang Palestin dan Syria.

Akulah yang paling kuat bunyi sedu sedannya apabila memikirkan keadaan mereka.

Akulah yang paling hebat berbicara tentang saudaraku disana.

Tetapi sayang. Hammasah aku bermusim. Semangat jihad aku cuma ketika.

Ya, itulah aku.  Sungguh jahil. Langsung tidak cakna pada saudara seIslamku.

 Aku lupa pada ayat Allah

 " Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" [ al-hujurat : 10 ].  

Aku juga lupa pada sabda Nabi SAW

 " Tidak beriman seseorang Muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya " [ HR al-Bukhari]
Aku bangun dari tempat dudukku dan mencapai ‘diary’ a.k.a catatan harian. Aku harus lakukan sesuatu. Nekadku. Tapi apa? Aku terfikir apakah kekuatan aku untuk disumbangkan kepada ummah. 

Menulis?

Membuat blog? 

Mereka filem pendek?

Aku juga tak petah berkata-kata.

Aku masih belum menjumpai kekuatanku. Tiba-tiba datang satu ilham.

Ya, ini aku mampu. Mengubah diri sendiri. Aku boleh menjadikan diri aku lebih cakna sebelum aku mengajak yang lain. Aku mampu mengubah diri aku menjadi full-time-muslim . Aku mampu menjadikan diri aku contoh ikutan kepada yang lain kerana aku yakin manusia fitrahnya sukakan kebaikan. Semoga perubahan diri aku menjadi individu muslim mampu membawa kembali sinar Islam di dunia.

Keesokannya, aku bersama azam baru. Bangun pada awal pagi. Dimulakan dengan membina kekuatan melalui tahajud dan membangunkan sahabat yang lain untuk bersama-sama menunaikan solat Subuh. 

Sebenarnya aku sendiri terkejut dengan perubahan drastik diri ini. Mungkin kerana aku tersentap dengan kisah ini.
sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung-burung yang lain.

"Usahamu itu hanya sia-sia, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.

Lalu burung kecil itu membalas: "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepada ku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."

 Walaupun aku ini seumpama burung kecil tersebut, yang cuma berazam untuk berubah menjadi insan yang lebih baik, tetapi aku yakin dengan adanya sedikit keazaman ini akan dapat membina ummah yang cakna terhadap keadaan saudara seIslam yang lain kerana untuk membentuk sekumpulan bermulanya daripada seorang. 
Aku tidak boleh ego.
 Aku hanyalah hamba yang menurut perintah Sang Pencipta.
 Aku tidak dicipta untuk diri sendiri tetapi untuk kepentingan ummah.
 Sekurang-kurangnya tindakan minor ini boleh menjadi saksi keprihatinan aku terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti.
Solat di awal waktu. Cintakan ilmu. Hormat semua orang dan saling membantu. Sentiasa bersangka baik terutamanya kepada Allah. Bertawakal dan bergantung hanya kepadaNya. Menjadi qudwah hasanah kepada yang lain.
 ‘Checklist’ dibuat agar aku tidak leka dan sentiasa lurus di jalan ini. Islam tengah membangun dan itu tandanya kiamat semakin dekat.
 Adakah aku hanya ingin menjadi penonton kepada kebangkitan Islam atau menjadi penggerak dan salah seorang tentera kepada kebangkitan Islam. Tepuk dada tanya iman. 
Aku tak malu andai ada yang mahu mencerca diri aku.

" Ko ni kolot la. Sekarang zaman rambut 'pang'"

" Eh aku malulah nak berjalan dengan kau, tudung labuh bebagai. Kita ni nak pergi shopping mall bukan ceramah agama"

Maaf, biarlah aku asing kerana aku hidup keranaNya. Nabi saw bersabda,
"Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana permulaanya. Beruntunglah orang yang termasuk dalam golongan asing itu. " [ HR Muslim]
 Itulah azam aku. Berubah menjadi lebih baik dan bermanfaat untuk Islam. Allahumma amiinn.


[kredit]

1 comment: