Saya bawa satu persoalan di sini, apakah kerajaan yang paling kecil?
Mungkin ramai yang akan jawab kerajaan negeri , atau negara-negara yang lain?
Sebenarnya jawapan tersebut berkait rapat dengan diri kita. Kerajaan yang paling kecil ialah kerajaan diri. Kenapa? Kerana pentadbirnya hanyalah seorang iaitu diri kita sendiri.
Kitalah Perdana Menteri, kitalah Menteri Kewangan, kitalah rakyat, kitalah segala-galanya. Percaya atau tidak kita ialah seorang pentadbir kepada sebuah kerajaan.
Mampukah kita untuk mentadbir kerajaan tersebut? Tiada siapa yang dapat membantu kita menyusun strategi pentadbiran melainkan diri kita sendiri kerana masing-masing sibuk untuk melancarkan pentadbiran mereka. Kalaulah kita tidak ada basic dan ilmu untuk menguruskan sesebuah kerajaan, apakah yang terjadi? Semestinya kerajaan tersebut akan mundur dan ketinggalan.
Apa yang harus kita lakukan untuk menjadikan kerajaan kita sentiasa stabil dan gemilang di pandanganNya?
Berbalik kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Apa yang Allah suruh kita ikut dan apa yang Allah larang jangan kita lakukan. Mengikut panduan kehidupan yang diajar oleh Baginda S.A.W , inshaa Allah kerajaan kita akan cemerlang, gemilang dan terbilang.
Allah menguji kita untuk mentadbir diri kita sendiri supaya kita boleh bersedia untuk menjadi seorang khalifah yang mengajak kepada kebaikan dan melarang keburukan di muka bumi ini.
Sedarlah kita bahawa diri kita semestinya mahukan seorang pentadbir yang cemerlang supaya apabila diri ini dikembalikan kepada Pemilik asal, Allah S.W.T. diri ini dapat berada di tempat yang selesa, tempat yang diimpikan walaupun ketika berada di dunia ini, tempat yang sementara sanggup menelan kepahitan dan susah payah demi mengharap redha Allah Yang Esa.

No comments:
Post a Comment