Thursday, 11 October 2012

Jawapan kepada orang yang baru clash.

Apa yang akan saya katakan ialah TAHNIAH.

Kenapa? Bukan menyokong kerana berjaya patahkan hati orang haha tetapi semata-mata kerana tahniah.

Lazimnya, kenapakah kita mengucapkan tahniah kepada seseorang? Tujuannya kerana memperoleh kejayaan atau sesuatu berita yang menyenangkan.

Clash ni berita yang menyenangkan kah?

Orang yang berfikir dan sentiasa bermuhasabah setiap sesuatu tindakan yang berlaku ke atas dirinya akan mengatakan ya, clash ni berita yang menyenangkan.

Sebenarnya tak semua orang berjaya mendapat hidayah Allah. dan hanya orang yang terpilih sahaja. Special kan? Hanya yang terpilih sahaja. Jadi bersyukurlah anda.

Anggap saja Allah nak kita berubah ke arah yang lebih baik. Jadi Allah bagi peluang kepada kita dengan menghentikan jalan-jalan zina yang selama ni kita tak sedar pon yang sebenarnya couple juga boleh mendekatkan kita dengan zina. Memanglah kita tak pegang tangan dia pon, kita tak berjumpa pon, tetapi bagaimana dengan hati kita? Sentiasa ingat si dia atau Dia, Pencipta seisi alam?

Jadi, kita sebagai seorang hamba yang diciptakan berada di muka bumi ini tak lain tak bukan hanyalah untuk menjadi khalifah dan beribadah kepada Allah. Jika kita meletakkan selain Allah di hati kita , wajarkah kita dipanggil hamba yang bersyukur? Dia memberikan segala-galanya kepada kita tanpa meminta balasan tetapi kita tak bersyukur dengan pemberianNya bahkan mengingati yang lain.

Muhasabah kembali diri kita dan berilah peluang kepada hati untuk mengenal Penciptanya.

Wallhua'lam.

No comments:

Post a Comment