Melangkah penuh lesu dalam ruangan kamarku disuluh samar-samar cahaya lampu jalan. bukan niatku untuk bangun. memang buang tabiat lah kan aku bangun malam malam begini. 3.50 pagi ?? lebih baik aku melayan mimpi. tapi kerana pundi kencingku memaksa juga. aku terpaksa bangun.
Sejuknya air. aishh tu la semalam tidur terus bukannya nak ke tandas dulu. eh kenapa tiba-tiba aku ambil wudhuk nie? takpa la teruskan je la sampai habis. tak salah kan..
sejurus selepas melangkah keluar dari bilik air, katil lah yang menjadi sasaran aku. aku terpandangkan tempat ku solat. tiba tiba hatiku teringat amalan yang pernah aku lakukan di sekolah menengah dahulu. apa ya? kalau time time ni.. hmm tahajud. ya tahajud!!! perasaan apakah ini? kenapa aku rasa sayu? ya Allah sungguh lama aku tinggal solat tahajud.. ya, patutlah hidup aku terumbang-ambing sekarang. terima kasih ya Allah kerana menjentik hatiku ini. memang kena sangatlah aku ambil wudhuk tadi. sesungguhnya perancangan Allah sangatlah teliti. :')
aku melangkah menghampiri sejadah. sebak dadaku kerana Allah memilih aku. ya, sebak sangat sangat. terima kasih ya Allah. antara ramai-ramai aku yang dipilih untuk beribadah kepadaMu.aku ya Allah. aku yang sering lalai. aku yang lupakanMu. aku yang selalu menyahut seruanMu di hujung waktu. ketika semua orang tidur, aku dipilih ya Allah. hinanya aku ya Allah. malunya aku pada Engkau ya Allah. yang hanya ingat Engkau pada masa susahku, pada masa sedihku.
Allahuakbar. takbir diangkat. bergetar hebat seluruh badan. menangislah duhai hati menangislah di hadapan Tuhanmu yang menciptakanmu . aku sudah lama lalai. aku cintakan dunia lebih daripada akhirat. aku mengejar dunia yang sementara. aku leka dalam melaksanakan suruhanMu. aku sayangkan orang lain ya Allah, yang juga hamba sepertiku. padahal Engkau tak pernah berpaling dari mencintai aku. malunya aku. hinanya aku. ampuni aku ya Rabb, sayangi aku, redhai lah aku yang lemah ini. pandanglah aku dengan pandangan kasih dan sayangMu. jadikan setiap detik nadiku, setiap sedutan nafasku hanyalah untuk Engkau. menjadi hamba kepada pemilik langit bumi dan seluruh ciptaan alam. Maha Suci Mu, Ya Allah :')
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah s.w.t :)

No comments:
Post a Comment