Saturday, 13 October 2012

Pertemuan Singkat Yang Amat Bermakna

Jumaat-12 Oktober 2012

Catatan hidupku untuk dikenang pada masa hadapan.

Perjalanan yang panjang amat meresahkan aku. Penantian itu satu penyeksaan. Benar belaka. Hampir dua jam perjalanan aku dari pekan Mu'tah ke Amman menaiki sebuah van yang dipandu oleh pakcik Ibrahim bersama-sama kakak senior dan seorang kawan. Deringan handphone memukul gegendang telingaku.

"Ada dekat mana ni" tanya sahabatku.

"Sekejap, dalam perjalanan lagi" aku menjawab.

Dingin. Berdebar. Sebak. Berbaur perasaanku untuk berjumpa seorang sahabat yang amat aku rindui. Namun, aku lebih senang melayan lagu daripada perasaan aku itu.

10.15 pagi.

Van berhenti di hadapan ratusan gerai di Abdali, Amman. Tempat bundle yang sememangnya dikunjungi ramai. Tempat bakal pertemuan dua sahabat, aku dan dia. Keadaan yang sesak dan sempit serta ratusan manusia yang mengunjungi menyukarkan aku untuk mencari sahabatku. Namun, aku tidak berputus asa.

"Nadia !!! "

Pantas aku menoleh apabila namaku disapa.

Kenalanku di sekolah menengah memanggil. Pantas dia memeluk erat diriku kerana lama tidak berjumpa. Sungguh, aku sangat rindu padanya. Kenangan pada waktu persekolahan menyapa mindaku. Berjuang bersama-sama di dalam kelas, menghafal surah serta subjek-subjek STAM. Amat bermakna.

"Eh, nampak Zuk dak?" aku bertanya.

"Tak nampak pulak." Seketika kemudian. "Aku nampak Zuk, sekejap aku panggil".

Beberapa minit kemudian Dayah kembali bersama Zuk di sisi.

Kami bersalaman. Sebak rasanya. Kami hanya sempat berbual pendek memangdangkan keadaan yang begitu sesak. Lebih kurang sejam kami 'membeli belah' di bundle. Aku harus berundur diri kerana ada plan lain.

Tak sempat sebenarnya aku nak bersembang panjang dengan sahabatku. Tetapi aku amat bersyukur ya Rabb kerana menghadiahkan sebuah pertemuan kepada aku dan sahabatku walaupun sekejap. Sebenarnya ingin sekali lagi aku memeluk erat sahabatku dan berkata kepadanya Aku Sayangkan Kau Kerana Allah.

Ada jodoh kita berjumpa lagi. Berjuanglah di sana. Jaga diri. Jaga iman.










No comments:

Post a Comment