Tetapi apakah makna sebenar kita jalani ukhuwwah itu?
Ukhuwwah itu manis dan asyik jika kita berlandaskan kepada cinta Allah dengan saling menasihati ke arah kebaikan dan berazam untuk sama-sama mencapai redha Allah dan syurgaNya. Kita mengasihi seseorang bukan atas dasar nama atau kelebihan yang ada pada diri seseorang tetapi kerana Allah.
Bagaimana nak kasihkan seseorang kerana Allah? Sedarkah hakikat bahawa kita seorang hamba dan saudara kita juga sama statusnya seperti hamba. Apabila bernama hamba, sudah pasti ada pemilik atau tuannya. Pemilik kita ialah Allah. Suatu saat nanti, kita yang bergelar hamba dan makhluk pasti akan menghadap kembali Pemilik kita. Di saat itu, adakah kita hanya ingin berjaya seorang diri tanpa mempedulikan yang lain atau bersama-sama saudara kita memasuki syurgaNya.
Rasulullah SAW bersabda " Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri " [ HR Bukhari & Muslim ]
Kekadang kita tidak sedar bahawa kita jalinkan persahabatan dengan seseorang atas sebab tertentu. Sebagai contoh, sahabat kita seorang yang dikenali ramai ; dan kita mahu menjadi 'famous' sepertinya jadi kita bersahabat dengannya. Ataupun contoh lain, kita bersahabat dengan seseorang atas dasar perikatan persatuan dan kerja semata-mata bukannya untuk menambahkan kenalan dan saling berkasih sayang.
Hargai apabila berdua . Sayangi apabila bersama . Maafkan apabila terluka . Rindui apabila jauh di sana . Fahami apabila berprasangka . Ingati saban ketika . Kerana Allah kasih tercipta <3
Ubahlah dan perbaiki semula niat kita dalam bersahabat agar persahabatan yang kita jalinkan di dunia tidak menjadi saham yang dapat melontarkan kita ke neraka. Nauzubillah.
Wallahua'lam.
.jpg)
No comments:
Post a Comment