Ada yang bertanya, "kenapa tidak letak gambar sendiri dalam profile picture atau di twitcon?"
Kenapa eh? Aku sendiri tidak tahu. setelah difikirkan aku cuba untuk memberikan jawapan yang sesuai untuk orang yang berfikir mengikut perubahan zaman. :)
Mungkin kalau aku letak gambar aku nanti tiada siapa yang akan kawan dengan aku ya la sebabnya aku ni tidaklah selawa orang lain untuk menayangkan gambar sendiri.Malu pula rasanya.
Dari pandangan islamik : Aku bersyukur kerana aku tahu gambar aku bukanlah untuk tatapan umum. Biarlah aku merendah diri dengan apa yang tercipta untuk aku walaupun hakikatnya aku berasa sedikit cemburu kerana mereka semua Allah jadikan cantik dan menawan. Sebenarnya itu adalah ujian untuk kita menjaga kehormatan diri. Akan lebih manis kalau kita sembunyikan kecantikan kita dan memberikan hanya kepada yang selayaknya. Ingat, kita ini manusia tak boleh lari dari godaan syaitan. Setiap manusia dianugerahi kelebihan masing-masing. Allah Maha Mengetahui apa yang diperlukan oleh hambaNya. Gunakanlah kelebihan yang ada pada diri kita dengan sebaiknya supaya ia dapat menjadi saham kekayaan di akhirat dan bukannya bahan pembakar di neraka.
Sayangilah dan peliharalah diri anda dengan sebaiknya kerana kelak ia akan menjadi saksi di hadapan Pemiliknya. Janganlah disebabkan perlakuan kita, tertanggu hati orang lain. Semoga Allah redha. Wallahua'lam.
.jpg)
No comments:
Post a Comment